Sunday, December 26, 2010
Boss Tak Adil!!! :O
Walaubgaimanapun, pemimpin mesti tetap kekal berlaku adil. Tidak mengira kepada anak buah yang digemari ataupun sebaliknya. Jangan kerana kita sukakan seseorang, maka segala apa yang dibuatnya, semuanya dikatakan betul, walaupun nyata ianya salah.....
Di pihak yang lain (baca pengikut/anak buah), jangan pula asyik memikirkan keadilan seorang ketua. Sehinggakan setiap apa yang dilakukan ataupun dikatakan mereka, diadili dengan sangkaan sendiri. Seolah-olah kita menjadi hakim kepada perlakuan orang lain. Kita perlu ingat, kerana sesungguhnya keadilan pada kita, tidaklah semestinya adil pada orang lain. Kerana kita mengadili dengan melihat dari satu sudut sahaja, iaitu sudut apa yang zahir. Sedangkan mereka, barangkali mengambil kira pelbagai sudut....
Wednesday, November 17, 2010
Aku dan Blog
June 2010.... Huhhh...lama sudah rupanya aku tak mengemas kini blog rupanya.. Bukan hanya tak kemas kini, singgahpun tidak. Sehinggalah hari ini, tiba-tiba teringin pula untuk menyinggah... Alang-alang menyinggah, tak salah rasanya untuk aku membuat posting yang baru..... Bukan nak posting panjang.....cuma nak ucapkan selamat hari raya kepada semua... Insya Allah aku akan kembali membuat posting...setidak2nya posting yang pendek.....wassalam
Taklah ak
Tuesday, June 29, 2010
BERPASUKAN ATAU BERSENDIRIAN?!!!
Tapi, dalam posting aku kali ini, aku tak berminat untuk membahas atau memberi komentar mengenai permainan yang telah berlangsung itu. Tetapi aku ingin kongsikan sesuatu yang boleh kita ambil iktibar/pengajaran daripada Piala Dunia ini…. 'teamwork'.
Aku melihat pasukan yang hebat, mempunyai semangat kerja berpasukan yang sangat mengagumkan. Mereka secara individu sangat 'skillful', tetapi mereka tidak bergerak secara sendirian. Mereka tidak tamak dalam meraih kejayaan dan kemenangan. Dan mereka hadapi kegagalan dan kekalahan secara berpasukan. Apabila salah seorang di antara mereka menjaringkan gol mereka meraikannya bersama-sama.
Baru-baru, perlawanan antara Germany dan England yang berlangsung pada 27 Jun membuktikan kesan bergerak secara berpasukan. Apabila ada pemain yang berdepan 'one on one' dengan penjaga gol, ia tetap memberikan bola itu kepada rakan sepasukannya. Kalau difikirkan, tendang sajalah bola itu ke gawang lawan. Jika bernasib baik, gol menjadi habuan, nama menjadi harum. Manakan tidak, nama penjaring gol akan terukir di kaca tv dan akhbar2 sedunia, tapi jarang penyebab kepada gol itu dijadikan hero. Tetapi hakikatnya tidak berlaku seperti itu. Beliau melihat lebih daripada keharuman namanya.
Demikian kita dalam kehidupan kerjaya kita. 'Teamwork' merupakan elemen yang penting. Dalam gerak kerja secara berpasukan, setiap ahli memainkan peranannya. Ia bukan mengenai diri kita sendiri. Tetapi ia lebih kepada keKITAan, bukannya keAKUan. Kejayaan yang ingin dicapai dilihat sebagai kejayaan pasukan, bukan kejayaan individu.
Kita bekerjasama dan tolong-menolong dalam semua hal yang membawa kebaikan. Kita kecapi kejayaan bersama. Kita memikul bebanan bersama-sama. Kita harungi rintangan seiringan. Kita rasai kegagalan bersama. Semuanya KITA, KITA dan KITA. Aku dan engkau, bersama kita satu pasukan.
Apabila engkau kesusahan atau perlukan bantuan, yang lain akan hulurkan tangan. Tanpa mengira batasan kerja yang diberikan, kita tetap membantu meskipun ia diluar tanggungjawab khusus kita. Kerana kita percaya, untuk mencapai kejayaan, tidak dapat tidak, kita perlu keluar dari apa yang kita kenali sebagai 'comfort zone'.
Berkata sahabat Nabi saw tika mereka berada di tepi pantai, "Sekiranya aku tahu di seberang sana ada daratan, akan aku renangi dan aku tegakkan panji-panji Islam di sana." Renungilah kata-kata ini. Pada masa Islam telahpun bertapak di Tanah Arab dengan gemilangnya, mereka tetap tidak putus untuk menyebarkan lebih dari itu. Meskipun mereka telah selesa (comfort zone), mereka tidak tenggelam dengan keselesaan itu. Apakah kita mampu mencontohi mereka?!!!
Wednesday, June 2, 2010
AKIKAH
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ} [آل عمران 102].
{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} [النساء 1].
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} [الأحزاب 70-71].
أما بعد:
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin sekalian kerana sudi datang untuk memeriahkan kenduri nasikah[1]. Sungguh menyambut kelahiran anak sulung kami, merupakan satu detik yang cukup menggembirakan kami. Meskipun pelbagai dugaan yang perlu diharungi khususnya si ibu, Alhamdulillah segalanya telah selamat.
Setelah menyambut kelahiran, tibalah masanya untuk menunaikan tuntutan agama iaitu nasikah. Meskipun ia bukanlah wajib, sebagai hamba Allah yang serba lemah, kita tunduk kepada perintahNya yang disampaikan melalui Nabi kita Muhammad saw.
Saya mengambil peluang ini, untuk berkongsi sedikit perihal kajian saya berkaitan nasikah yang telah saya lakukan dalam usaha melaksanakan nasikah sesuai dengan apa yang termaktub dalam nas-nas dan juga qaul ulama’ yang dipercayai.
Artikel ini bolehlah sedikit sebanyak menjadi satu garis panduan yang saya rasa ada baiknya kita menelitinya. Sungguh, satu-satu amalan itu akan menjadi lebih baik kiranya kita mengetahui dalil-dalil serta hukum berkaitannya.
Dengan usaha yang kecil ini, kami benar-benar berharap agar amalan kami diterima Allah swt.
Syed Edlee Harith
g@y@t
Taman Melewar, Gombak
Sabtu, 4 Jun 2005
Nasikah disyariatkan dalam Islam berdasarkan kepada beberapa dalil hadis. Salah satunya adalah:
Daripada Salman bn Amir ad-Dhobbi ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, “Hak seorang anak adalah aqiqah, sembelihlah haiwan untuknya dan buangkanlah segala kesakitannya.”[Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain]
Adapun mengenai hukumnya, para ulama’ berbeza pendapat. Dr Mariam Ibrahim Hindi dalam kitabnya al-Aqiqah fi al-Fiqh al-Islami telah menghimpunkan 3 pendapat iaitu wajib, sunat dan makruh[2]. Namun, saya tidak bertujuan untuk membahaskannya di sini kerana ia memerlukan ruang yang lebih besar. Cukuplah saya melampirkan qaul mazhab Syafi’i.
Dalam kitab Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’I dinyatakan bahawa hukum nasikah adalah sunat muakkad. Dalilnya adalah sepertimana dikemukakan sebelum ini.
Binatang Nasikah
Dr Wahbah al-Zuhaily dalam kitab al-fiqh al-Islami wa Adilatuhu Juz 3 mengatakan bahawa binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban iaitu binatang an’am(ternakan).
Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa binatang aqiqah hanyalah kerana Nabi saw hanya menyembelih kambing sahaja. Ini merupakan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya fathul Bari jil 9. Dalilnya:
Daripada Ummi Kurz dan Abu Kurz, mereka berkata, “Seorang perempuan daripada keluarga Abdul Rahman bin Abu Bakr telah bernazar akan membuat nasikah dengan unta jika melahirkan anak. Aishah ra berkata, “Bukan! Bahkan paling baik yang menepati sunnah iaitu anak lelaki 2 ekor kambing yang sepadan dan bagi anak perempuan seekor kambing.””[Hadis diriwayatkan oleh al-Hakim dan dihasankan olehnya]
Walaubagaimanapun, jumhur fuqaha’ mengatakan boleh juga menyembelih selain kambing berdasarkan kepada dalil berikut:
Daripada Anas ra dengan sanad yang hasan, “Beraqiqah untuk anak dengan unta, lembu dan kambing.”[Dikeluarkan oleh Tabrani]
Adapun mengenai bilangan kambing itu, fuqaha syafi’iyyah berpendapat bahawa bagi anak lelaki, 2 ekor kambing manakala bagi anak perempuan seekor sahaja. Dalilnya seperti hadis al-Hakim di atas.
Waktu Nasikah
Disunatkan menyembelih nasikah setelah keluarnya bayi dengan sempurna daripada perut ibu. Dan ini berterusan sehingga balighnya bayi itu.
Namun, sunat yang dituntut adalah dilakukan pada hari ketujuh berdalilkan hadis berikut:
Daripada Samrah ra katanya bahawa Rasululah saw bersabda, “Bayi itu ditebus oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya.”[Hadis sahih riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain]
Salim Ali Rasyid al-Syubli dalam buku yang diterjemahkan ke tajuk ‘Hukum Menyambut Kelahiran Zuriat Menurut Sunnah Rasulullah saw’ berpendapat waktu yang paling afdhal melakukan penyembelihan adalah pada hari ketujuh tanpa menunda ke hari lain dan wajib hukumnya menyegerakan aqiqah jika mempunyai kemampuan.
Hukum Daging dan Kulit
Daging hendaklah dimakan dan disedekahkan. Tidak boleh dijual walaupun sedikit.
Fuqaha Syafi’iyyah mengatakan bahawa tidak makruh memecahkan tulang kerana tiada dalil yang menunjukkan ke arah makruh.
Sunat juga disedekahkan daging nasikah itu kepada bidan yang menyambut bayi berdasarkan kepada hadis mursal berikut:
Kenduri Nasikah
Tidak terdapat sebarang hadis daripada Nabi saw mengenai kenduri nasikah. Hanyasaja terdapat di kalangan sahabat yang melakukannya. Antara dalilnya:
Daripada Muawiyah bin Qurah berkata, “Tatkala I’yas dilahirkan, aku mengundang sahabt datang ke rumahku kerana mengadakan kenduri. Sempena kehadiran mereka aku berkata, “Kamu sekalian memenuhi jemputan majlis yang mulia ini dan semoga kamu mendapat keberkatan daripadanya. Aku meminta kamu sekalian mengaminkan ketika aku berdoa untuk agama anakku dan kecerdasan akal I’yas. Itulah niatku mengundang dan menjamu selera di rumahku dan memberitahu kamu satu doa yang khusus untuk anakku I’yas dalam majlis yang penuh berkat ini.””[Dikeluarkan oleh Bukhari dalam adabul Mufrad dengan sanad yang sahih]
Maka berdasarkan athar di atas, jelaslah bahawa cara kenduri yang dilakukan oleh para sahabat ra.
Bercukur
Hukum mencukur kepala bayi adalah sunat tanpa mengira lelaki mahupun perempuan. Maksud cukur adalah jelas tanpa memerlukan sebarang penjelasan lagi. Telah keliru kebanyakan awam bahawa menganggap memadai dengan hanya memotong jambul bayi itu. Padahal jelas dalam hadis bahawa yang disuruh adalah mencukur:
Daripada Amru bin Syu’aib meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menyuruh memberi nama anak pada hari ketujuh dan mencukur rambut kepalanya.[Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi, al-Hakim, Ahmad, Baihaqi dan lain-lain]
Hadis di atas umum tanpa mengkhususkan lelaki atau perempuan. Oleh itu, para fuqaha’ tidak membezakan lelaki dan perempuan dalam hal ini.
Adapun larangan bercukur separuh adalah merujuk kepada hadis berikut:
Ibn Umar ra mengatakan, “Antara larangan Rasulullah saw adalah dengan mencukur rambut yang tidak sempurna(Qaz’i). Lalu mereka bertanya, “Apakah itu Qaz’i?” Baginda menjawab, “Mecukur sebahagian rambut di kepala dan membiarkan sebahagian lagi.””[Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa’I, Ibn Hibban dan lain-lain]
Rambut yang dicukur, ditimbang. Kemudiannya bersedekah perak seberat timbangan rambutnya itu. Ibn Hajar dari kalangan mazhab Syafi’I dalam kitab al-Talkhis berkata:
“Semua riwayat sependapat menyatakan kadar sedekah itu mengikut sukatan perak. Tiada suatu riwayat yang menyebut sukatan emas.”
Namun begitu, kitab kontemporori mazhab Syafi’I iaitu al-Fiqh al-Manhaji mengatakan boleh memilih antara sukatan perak atau emas.
Adapun waktu bercukur adalah selepas disembelihkan binatang nasikah itu. Ia tidaklah semestinya pada waktu kenduri nasikah itu sepertimana dipahami orang awam. Bahkan berdasarkan hadis Amru di atas, disunatkan juga mencukur anak pada hari yang sama dengan hari penyembelihan.
Penutup
Demikianlah risalah yang serba ringkas ini yang saya tulis dalam masa 2 hari. Ketahuilah bahawa perbahasan di atas ini diringkaskan sedaya yang mungkin. Padahal, para fuqaha telah membahaskannya dengan panjang lebar. Pelbagai perbezaan pendapat wujud mengenainya dan kesemuanya merupakan ijtihad para mujtahid berdasarkan dalil-dalil yang mereka kemukakan.
Dengan ruang yang terhad ini, tidak mampu untuk saya bahaskannya. Sedangkan hati ini inginkan yang demikian. Oleh itu, memadailah risalah ini bagi panduan orang awam. Sebarang kekurangan dan kesilapan diharapkan dapatlah dikhabarkan kepada saya untuk diperbetulkan. Kerana sesungguhnya insan itu insan. Tidak dapat insan lari dari sifat keinsanannya yang serba lemah.
Daripada Abdullah bin Amru bin Ash ra bahawasanya Nabi saw bersabda, “Sampaikanlah sesuatu dariku meskipun satu ayat, dan boleh saja kalian menceritakan tentang Bani Israil(untuk diambil pelajaran). Barangsiapa yang mendustakan kepadaku dengan sengaja, maka sebaiknya ia bersiap-siap untuk menempati tempat duduknya di neraka.” [Hadis riwayat Bukhari. Imam an-Nawawi memasukkan hadis ini dalam Riyadhus solihin di bawah bab Kitab al-ilmi]
“Ya Allah. Saksikanlah bahawa aku telah menunaikan amanahMu dengan menyampaikan ilmu yang ada pada diriku. “
Wassalamu’alaikum
Ditulis dan disusun oleh,
-Ayahanda-
[1] Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum menggunakan istilah aqiqah. Ada yang mengharuskan dan ada yang memakruhkannya. Ibn Hajar al-Asqalani dalam fathul bari (9/588) mengatakan bahawa kalimah yang terbaik adalah nasikah atau dzahibah, bukannya aqiqah. Allahu’alam.
[2] Dr Mariam Ibrahim Hindi mengatakan bahawa mazhab Hanafi mengatakan hukum nasikah itu makruh. Yang benar (Allahu ‘alam), pada sisi mazhab Hanafi, hukumnya harus sepertimana dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-fiqh al-Islami wa adilatuhu.
Tuesday, June 1, 2010
TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
(Artikel ini ditulis pada tahun 2004)
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat. Wahai orang Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.
Rata-rata masyarakat Islam mengi’tiraf kuasa suami ke atas isteri yg diberikan oleh Islam. Masyarakat Islam rata2 sudah mengetahui hak suami ke atas isteri. Dan perkataan nusyuz juga sudah tidak asing lagi pada pandangan masyarakat awam Islam. Namun, apa yg menyedihkan kelompok suami ini seakan-akan tidak tahu hak isteri ke atas suami. Apa yang cuba diketengahkan ialah sikap pergaulan suami kepada isteri yg kasar dan dicampur pula dgn herdikan serta hinaan. Isteri ditengking tanpa merasa timbang-rasa.
Islam telah menggariskan bukan saja hak suami ke atas isteri tetapi juga sebaliknya. Di antara hak isteri ialah nafkah zahir dan batin, didikan dari suami, layanan mesra daripada suami dan lain-lain. Apa yg ingin ditekankan di sini ialah hak layanan suami ke atas isteri.
Allah telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud:
“…..Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”
Dalam ayat 228 surah al-Baqarah pula, Allah berfirman yang bermaksud:
“…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf….”
Ibn Kathir dalm mentafsirkan ayat 228 di atas mengatakan apa yang dimaksudkan dengan ‘hak yang seimbang’ ialah bergaul dgn mereka dgn baik, berbuat dan melayani mereka dengan baik bergantung pada kemampuannya. Sepertimana suami ingin dilayani isteri, seperti jugalah hendaknya suami melayani isteri. Sesuailah dgn sabda Nabi saw yang bermaksud:
“Terbaik dikalangan kamu ialah yg paling baik terhadap isterinya dan sesungguhnya akulah org yg paling baik dikalangan kamu terhadap isteriku.”[HR at-Turmudzy dan Abu Dawud]
Dalam hadis yg lain;
“Orang mukmin yang paling baik imannya iaitu yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik di antara kamu iaitu org yang sangat baik kpd isterinya.”[HR Ahmad dan at-Turmudzi]
Seorang suami juga seharusnya melihat jangkamasa panjang jika terjadi sesuatu yg tidak disukainya sepertimana hadis berikut:
Abu Hurairah ra menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminat(isteri). Jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu ada sesuatu perangai lain dari isterinya yg disukai.”[HR Ahmad dan Muslim]
Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 128 yg bermaksud:
“Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan istrimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Maka jelaslah dengan segala dalil yang dikemukakan di atas, tidaklah terdapat sebarang alasan untuk seorang suami melayan isteri dengan kasar atau seumpamanya tanpa sebab. Hak menggauli isteri dengan baik ini adalah satu kewajipan dan sekiranya ia tidak dilaksanakan, maka berdosalah suami dan kata-kata bahawa suami itu tidak akan berdosa jika berkasar dengan isteri itu tertolak. Allahu Ta’ala ‘alam.
Dr Saalih Ghaanim al-Sadlaan, The Fiqh of Marriage in the Light of the Quran and Sunnah
TM Hasbi Ash Shiddieqy, Koleksi Hadis2 Hukum 8
Fatawa Ibn Uthaimeen, Fatawa Islamiyyah Jil 5
Sayyid Sabiq, Fiqhus sunnah
Friday, May 14, 2010
Apabila Harapan Menjadi Pemangkin
Pengalaman adalah sesuatu yang berharga, Ia tidak boleh dibeli dengan sebesar manapun nilainya. Ia hanya hadir seiring dengan berlalunya masa. Kerana itulah erti pengalaman……..
Jika pengalaman itu sesuatu yang telah lepas, harapan pula sesuatu yang mendatang……. 2 perkara ini jika disatukan dapat menjadi pemangkin kepada haluan hidup seseorang…
Telah banyak harapan memainkan peranan dalam kehidupan manusia. Dengan harapan ini, tidak sedikit yang telah mencapai kejayaan. Dengan harapan juga, ramai dapat mengharungi kehidupannya dengan tabah….
Lihatlah persekitaran kita. Betapa seorang ibu membesarkan anaknya dengan harapan akan berjaya di masa hadapan. Bagaimana seorang guru mendidik dengan harapan anak didiknya berjaya ke manara gading. Bagaimana seorang pekerja, bekerja dengan sepenuh jiwa dengan harapan mendapat imbuhan dari hasil keringatnya…. Itulah peranan harapan. Apakah kita masih meragui peranan harapan? Bagaimana kiranya harapan itu tidak hadir dalam hati insan?
Sebagai seorang insan, kita perlu mempunyai harapan… Tetapi letaklah harapan itu di suatu tempat yang dapat dicapai. Jangan diletakkan gula di para yang tinggi, kerana kelak kau akan sukar mencapainya. Jangan juga kau letakkanya di para yang rendah, kerana akan ada kanak2 yang bermain dengannya….
Dayunglah engkau mengharungi sungai dengan segenap tenagamu. Biar arus sekuat mana sekalipun, harungilah ia dengan semangat yang jati tanpa mengenal erti lelah. Kerana percayalah, harapan yang engkau letakkan itu, pasti akan dapat kau garap sekiranya engkau berusaha ke arahnya…
Janganlah kau endahkan suara asing yang datang kerana ia hanyalah umpama angin yang lalu tidak kunjung pulang. Jika laluan engkau dihalang oleh batu yang besar, jangan engkau cuba memecahkannya jika tidak mampu. Tetapi berjalanlah mengelilinginya…
Berusahalah….
Dan kemudian bertawakkallah kepadaNya. Nescaya harapanmu menjadi kenyataan.. Amiin...
Saturday, April 24, 2010
Erti Kehidupan
“Dan tidak ada suatu binatang melatapun di bumi melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).”
Kehidupan itu datang dalam pelbagai wadah. Ada yang penuh dengan liku, dugaan dan cabaran. Dan ada juga yang mudah perjalanan hidupnya. Walaubagaimana keadaan kehidupannya, hanya insan itu sahaja yang dapat menentukan pilihan titik akhir yang diinginkan. Apakah dia inginkan kehidupan indah yang berkekalan ataupun sebaliknya. Kata William James, “Hidup itu adalah hasil karya dari fikiran anda sendiri.”
Ada sebahagian di antara kita merasakan dia tahu apa itu erti kehidupan. Atas sangkaan ilmunya yang tahu apa itu kehidupan, maka keluarlah kata-kata seperti, “haaa…padan muka…that’s life” apabila rakannya menghadapi masalah. Tidaklah dikatakan salah pada kalimah ini. Tetapi janganlah kita memendekkan akal sekadar itu. Erti kehidupan itu luas. Jangan disangka bahawa erti kehidupan hanyalah melalui kesukaran hidup. Kerana jika dikatakan kesukaran hidup itu erti kehidupan, maka ramai sahaja yang melalui kehidupan yang lebih berat daripada diri kita ini. Dan kalau diikutkan sifir yang kita reka sendiri itu, maka pasti kesukaran hidup kita itu, tidak layak diertikan sebagai erti kehidupan yang boleh diaplikasikan kepada semua insan.
Yang benar, setiap insan itu ada jalan kehidupannya. Semuanya telah diatur Allah. Maka apa yang dilaluinya, itulah erti kehidupan yang sebenar. Hanya yang tinggal, mereka ingin belajar daripadanya. Dan kehidupan orang lain, yang barangkali kita ikut perkembangannya melalui media massa ataupun kita baca buku-buku biografinya, boleh kita gunakan sebagai teladan hidup sahaja, bukan untuk kita mendefinisikan erti kehidupan.
Seorang ahli falsafah Perancis, Monten ada mengatakan, “Manusia sebenarnya tidak terpengaruh dengan apa yang terjadi, akan tetapi ia terpengaruh dengan fikirannya tentang apa yang terjadi.”
Kadang kala kita mendengar rintihan insan atas kesukaran perjalanan hidupnya. Sehingga ada berputus asa yang akhirnya memilih jalan membunuh diri. Semua ini pasti tidak akan berlaku, kalau setiap daripada kita berserah diri dan bertaqwa sepenuhnya kepada Allah yang Maha Kuasa. Kerana setiap apa yang kita lalui, Allah lebih mengetahui hikmah disebaliknya. Kalaupun hikmah itu tidak diungkap pada ketika masih hidup, pasti akan Allah bentangkannya di hari kemudian nanti. Bersangka baiklah kepada Allah kerana Allah itu bersangka baik kepada hambaNya. Firman Allah swt dalam hadith Qudsi yang bermaksud,
“Aku menurut prasangka hambaKu kepadaKu. Oleh itu berperangsakalah dia kepadaKu tentang apa yang dia kehendaki.”
Apapun, perjalanan hidup seseorang telahpun ditentukan oleh Allah swt. Tugas hambaNya hanyalah mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepadanya. Ingatlah bahawa nikmat Allah itu luas. Jangan disingkatkan lagi pemikiran akan erti nikmat itu.
Sebagai penutup, beberapa kata-kata yang ingin dikongsikan....
Abraham Lincoln berkata, “Seandainya saya membaca surat-surat yang berisikan cacian dan celaan yang ditujukan kepada saya, maka pasti saya sudah meletakkan jawatan.”
Bechzamehor berkata, “Kesukaran dan kesengsaraan sebelum datangnya kebahagian dan kelapangan bagaikan rasa lapar sebelum datangnya kenyang, ia dapat menjadikan seseorang itu benar-benar mengecapi kenikmatannya.”
Thursday, April 15, 2010
Story Behind the Success of Sir Isaac Newton
Story Behind the Success of Sir Isaac Newton
I think everyone have heard about Sir Isaac Newton who discovered the Laws of Gravity (Newton's Law) in the 1600s. From his discovery, it revolutionized astronomical studies. But, if it weren't for Edmund Halley, Newton's idea might not be learned by anyone.
Then, who is Edmund Halley? Well, you can say that Halley is the 'backstage' for Newton's success. He helped Newton's from many aspects, he challenged Newton's assumptions, he corrected Newton's mathematical calculations when there were off and also supports Newton's work with his own drafted geometric diagrams. More than that, when Newton reluctant to publish his work, Halley convinced him to write the manuscript where he himself then finance the printing of the manuscript. Then there is where the final work of Newton's was publish, 'Mathematical Principles of Natural Philosophy'. With this, Newton's became one of the most highly regarded thinkers in history.
Self Promotion and Selfless Promotion.
Halley knows that no one can actually work alone. He decided to support Newton from the 'backstage'. If not because of him, Newton's might not been known today. His objective is for all to learn about Newton's finding. He can always lift himself so that people know him. But he did not do that. This is what it meant by selfless promotion.
On the hand, there are people who lift themselves among the others so people know them. Their objective is more towards their own benefit rather than for the team Worst of all, they rather stab their own friend for their own benefit.
If we bring both kind of promotion together, to be in the middle is the best option. I don't think that self promotion is wrong (not back stabbing off course). There are times where you need to lift yourself. We just need to know when to self promote and when to selfless promote.
Anyway, always remember, that working as a team, you must always have a desire to win as team but lose individually, rather than win individually but lose as a team.
Wednesday, March 31, 2010
Principle of Teamwork
Some people might not see the philosophy behind the message. Indeed the message contain the principle of teamwork. As a team, you have to work with your team mate. There is no 'I', 'me', 'mine' etc.....
It is amazing how much you can accomplish when it doesn't matter who gets the credit. If you think that you want to get credit of your work alone, then there is something wrong.... Yes, you might have something (knowledge, experience etc.) that others might not. But working as a team, with all that you have, will give a better result. As Coach Phil Jackson Chicago Bulls said, "The strength of the team is each individual member...the strength of each member is the team."
We have to agree, that working as a team is better than working alone. Two head are better than one. Even Thomas Edison, when asked why he had a team of twenty-one assistants, he said, 'If I could solve all the problems myself, I would.'
I believe that each of you guys have something to contribute. Each of you guys have talent of your own. Make use of them but not for yourself but for the benefit of the team.
We have worked together before and we will continue to work together. We will share our tear, we will struggle towards our vision and we shall share our success together.
If you ask me, what do you believe... I will say, "I believe that my team is the team that will excel in whatever they do..." This is all because I believe in them...
Tuesday, March 30, 2010
'Law of Influence'
'Law of Influence'
As a leader, there is nothing more than influence. It is all about it. Without influence, you will not have follower. Abraham Lincoln during war, was rank as captain. But at the end of the war, he was a private. He was a casualty of the Law of Influence.
Many people think, that being in a position such as a manager, is a sign of leadership. They think, with a position, they can gain influence from the others. But it is totally wrong. It is a myth. Yes, with a position, come with power. But power doesn't actually come with influence. Well. initially you do have some influence. But after a while, if you doesn't perform as a leader, you will loose your influence...
The best example is our prophet Muhammad saw. The influence he has is extremely extraordinary. No one can imagine at that time, Muhammah (saw), a farmer and someone who is not from a rich family can actually be what he had became. He did not only influenced his follower, but he has managed to go beyond it. People heard about him across the continents. Bare in mind the communication media was not the same as now. But yet, people heard about him. More than that, people who used to be his arc enemy, has actually became his truly sahabah....
Do not underestimate the power of this law, or you might find yourself leading no one but yourself only....
Thursday, March 25, 2010
Sambungan.... Leadership / Kepimpinan
Pada tahun 1954, Dick dan Maurice telah bertemu dengan Ray Kroc. Ray Kroc mempunyai sebuah syarikat menjual mesin dan MacDonalds merupakan salah satu pelanggan mereka.
Apabila Ray Kroc melihat restoran yang telah dibuka oleh Dick dan Maurice, dia telahpun mencipta 'vision'nya. Beliau kemudiannya membuat perjanjian dengan Dick dan Maurice dan mewujudkan Macdonald's Systems, Inc pada tahun 1955. Kroc tanpa berlengah juga membeli hak franchise. Beliau kemudiannya menghimpunkan sebuah pasukan dan membentuk sebuah organisasi. Beliau berjaya membuka restoran MacDonald di seluruh Negara.
Pada tahun 1961, Kroc telah membeli 'exclusive rights to MacDonald's'. Kepimpinan Ray Kroc telah memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaannya ini. Antara 1955 hingga 1959, Kroc telah berjaya membuka 100 restoran. 4 tahun kemudian, 500 restoran telah dibukanya. Walaubagaimanapun, tidaklah perjalanan usaha Kroc umpama tiada ombak di tengah lautan. Pelbagai pengorbanan telah beliau lakukan. Sehinggakan beliau sendiri tidak mengambil gaji. Bahkan membuat pinjaman bank dengan menyandarkan insuran hayatnya semata-mata untuk membayar gaji beberapa 'key leaders' dalam syarikatnya.
Dalam kes seperti atas ini, kita dapat melihat bahawa tahap kepimpinan itu seseorang itu memainkan peranan penting dalam apa jua usaha hariannya. Dick dan Maurice sememangnya usahawan yang telah berjaya. Tetapi kejayaan yang dicapainya tidaklah sepertimana yag diperoleh oleh Ray Kroc. Bukan mereka tidak mencuba menjadi seperti Kroc, tetapi usaha mereka tidak mendatangkan hasil seperti yang diimpikan.
Itulah dia peranan 'Law of the Lid'….
Muzium MacDonald's di US
Sunday, March 21, 2010
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
Setelah lama melihat sebuah buku nipis bertajuk ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul’ karangan Fatimah Syarha, akhirnya aku ambil dan membacanya juga. Tidak sedikit juga mereka yang telah membaca buku ini memberikan komen yang baik mengenainya. Hanya saja aku belum terdetik untuk membacanya lagi sehinggalah semalam, yang mana aku akhirnya mengambil dan membuku helaian demi helaian sehingga aku habis membaca buku nipis 88 ms tersebut dalam masa yang singkat.
Penulis iaitu Fatimah Syarha bukanlah seorang yan asing terutama di kalangan remaja. Banyak juga buku telah beliau tulis. Penulisan beliau sememangnya menarik. Setiap penulisannya dimasukkan unsure-unsur Islami dan dakwah.
Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul adalah sebuah bingkisan hati dan pengalaman seorang gadis bernama Qaniah. Penulis mencoretkan perjalanan hidup Qaniah bermula dari zaman remajanya hinggalah kea lam perkahwinan. Bolehlah juga kita katakana ia merupakan sebuah diari Qaniah…
Qaniah merupakan seorang gadis yang sangat berpegang kepada syariat. Setiap helah cinta duniawi yang cuba mencuri hatinya pada zaman sebelum perkahwinan, telah beliau tolak. Benteng yang diciptanya sendiri daripada mainan cinta remaja sungguh mengkagumkanku. Sehingga terdetik dihati sanubariku ini, apakah wujud gadis sedemikian rupa?
Perkahwinannya yang dikisahkan oleh Qaniah bermula dari alam pertunangan sungguh indah. Tidak melampau jika aku katakana, inilah model keluarga Islami zaman moden. Sekiranya anda ingin membina istana yang suci lagi berkat, ambillah mutiara pengalaman Qaniah ini….
Apa yang menjadi persoalanku ini, apakah Qaniah di dalam buku ini sebenarnya penulis sendiri iaitu Fatimah Syarha…. Apakah bingkisan Qaniah ini, sebenarnya bingkisan Fatimah Syarha….. Apapun, telah penulis nyatakan ‘Usahlah di tanya bahawa kisah ini benar ataupun tidak…’
Beli di sini - http://www.eashoppingcentre.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=10
Tuesday, March 16, 2010
LEADERSHIP / KEPIMPINAN
Antara buku yang aku banyak aku baca selain buku agama adalah buku mengenai 'self-help'. Tak sedikit juga yang telah aku baca dan ambil manfaatnya. Tetapi antara penulis yang benar-benar membuatkan aku terpesona dengan gaya penulisannya ialah John C. Maxwell. Beliau banyak menulis perihal 'leadership' dan 'teamwork'. Kalau kita menelusuri penulisan beliau, kita akan dapat tahu bahawa beliau seorang aktivitis Kristian yang aktif. Tetapi, aku rasa, sepanjang pembacaanku terhadap beberapa buku beliau, Alhamdulillah, beliau tidak memasukkan sebarang unsur-unsur Kristianisasi. Pun begitu, kita perlu melihat terlebih dahulu tajuk buku yang ingin kita beli. Kerana aku sendiri pernah menjumpai buku beliau yang sememangnya beliau tulis perihal Kristian.
Insya Allah, dari semasa ke semasa, aku akan cuba coretkan sedikit-sebanyak isi daripada buku-buku beliau untuk dikongsikan bersama. Tidak lain hanyalah sebagai satu perkongsian ilmu sesama kita……
The Law of the Lid – Leadership Ability Determines a Person's Level of Effectiveness
Ayat di atas menjadi topik pertama yang dibincangkan oleh John C Maxwell dalam satu buku beliau bertajuk The 21 Irrefutable Laws of Leadership. Dengan erti kata lain, tahap efektif seseorang itu ditentukan oleh tahap kepimpinannya. Jika dia mempunyai tahap kepimpinan 8/10, maka tahap efektifnya tidak akan lebih daripada itu. Sekiranya tahap kepimpinannya 4/10, demikian juga rendahnya tahap efektifnya.
Aku merenung kenyataan ini dan aku dapati terdapat kebenaran padanya. Kerana kita perlu ingat bahawa serendah-rendah pemimpin itu, adalah pemimpin kepada diri sendiri. Sekiranya kita mempunyai daya pimpin yang rendah terhadap diri kita, mana mungkin kita dapat menjalani hidup ini dengan efektif. Hidup kita akan menjadi tidak teratur dan tiada hala tuju.
Kisah yang bersangkut dengan kenyataan ini adalah seperti yang dialami oleh 2 orang adik-beradik yang bernama Dick dan Maurice sekitar 1930 yang mereka memulakan kerjaya mereka sebagai seorang pengusaha Teater di Hollywood. Malangnya, kerjaya mereka ini gagal. Pun begitu, mereka tidak menyerah kalah. Bahkan semangat mereka meninggi meskipun mereka gagal dalam dunia teater.
Hidup mereka menjadi lebih baik apabila mereka membuka restoran kecil berkonsepkan Drive-In. Bisnes mereka menjadi lebih maju dengan keuntungan bersih USD50k setahun. Sebagai restoran yang kecil, nilai tersebut bukanlah satu nilai yang kecil.
Pada tahun 1948, mereka merasakan sudah tiba masanya mereka mengubah strategi dan konsep bisnes. Mereka menutup konsep 'Drive-In'. Sebaliknya mereka membuka restoran berkonsepkan 'fast food'. Dick and Maurice meringkaskan menu dan menurunkan harganya. Kaedah penyediaan makanan pula diubah seperti 'assembly line' kilang. Dan mereka berjaya mendapatkan keuntungan dari anjakan mereka ini. Merekalah pengasas McDonalds.
Namun, apa yang kita kenal MacDonalds kini sebenarnya mempunyai kisah yang menarik disebaliknya. Dick dan Maurice tidak dapat pergi lebih jauh melainkan sekadar pemilk sebuah restoran sahaja….
Kisah di Sebaliknya………
Setelah Dick dan Maurice berjaya dalam bisnes restoran mereka, sebagai usahawan yang bersemangat, mereka cuba untuk berkecimpung dalam dunia franchisee. Mereka menganggap ia semudah itu. Apa tidaknya, restoran dengan nama yang sama dibuka oleh orang yang lain. Sedangkan mereka mendapat royalty ke atas usaha orang lain itu…..
Tetapi, ia tidaklah semudah itu. Mereka gagal dalam usaha mereka. Dick and Maurice sememangnya usahawan yang berkaliber. Namun, mereka tidak mempunyai tahap kepimpinan yang tinggi. Kepimpinan mereka hanyalah sekadar pemilik sebuah restoran yang kecil………………
BERSAMBUNG.....
Friday, March 12, 2010
Aku dan MPV ku.....
Aku baru juga membeli sebuah kereta 2nd hand. Baru dalam 4 bulan juga.... Niat di hati ingin membeli kereta yang besar (MPV) yang mampu beli. Maka aku memilih sebuah kereta Eropah memandangkan reputasi MPV berkenaan agak baik. Tambahan pula kereta 2nd buatan Eropah jatuh harga. Jadi bolehlah aku membeli MPV murah....
Namun, aku termasuk dikalangan orang yang tidak bernasib baik. Meskipun MPV berkenaan pada umumnya mendapat pujian, tetapi unit yang aku beli penuh dengan dugaan yang perlu kutempuhi.
Dalam hanya 10 bulan, aku telahpun menghabiskan lebih kurang RM10k untuk memperbaiki pelbagai masalah. Dan kini, aku sedang menanti pomen aku untuk datang merawat keretaku lagi yang tersadai di Shah Alam....Aaarrgghhh...ntah apa pula masalahnya lagi kali ini. Dan yang lebih penting, berapa pulak perluku belanjakan lagi untuk MPV ini......
Thursday, March 11, 2010
Sibuk...Sibuk...Sibuk...!!!!
Sebelum aku sepenuh masa bisnes, aku merupakan seorang Project Engineer dalam salah sebuah syarikat minyak yang boleh dikatakan besar. Tugasku memerlukan untuk aku berada di negeri orang selama hampir setahun. Banyak juga pengalaman yang aku perolehi daripadanya. Tidak mudah juga, apabila kita berjauhan dengan keluarga yang tercinta. Walaupun begitu, sedikit sebanyak, pengalaman di negeri orang bolehlah menjadikan aku seorang yang matang.....
Kini, aku kembali ke dunia minyak sekali lagi tetapi di syarikat yang lebih kecil. Kali ini, aku diberikan tanggungjawab yang lebih besar. Meskipun projek yang aku kendalikan tidaklah sepertimana sebelum ini (kos projek hampir RM 1 bil), tetapi tanggungjawab aku kali ini lebih besar memandangkan aku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek. Berbeza sebelum ini, yang mana aku hanyalah sekadar project engineer yang membantu project manager...
Apapun, aku rasa bersyukur kepada Allah kerana rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepadaku setakat ini. Setiap apa dugaan yang pernah aku hadapi sebelum ini, pasti ada hikmah sebaliknya. Setiap musibah yang ditimpakan kepadaku, aku doakan agar menjadi penghapus dosa-dosaku sebelum ini. Tidak sekali aku mengeluh atas apa yagn telah Allah kurniakan kepadaku.
Nasihatku kepada pembaca sekalian, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia mengetahui setiap apa yang kita tahu dan juga tidak kita tahu. Jang sekali merasa mengalah kepada keadaan. Semoga ita semua dapat menjalani hidup ini sebagai seorang yang beriman, dan yang paling penting, semoga kita dapat mengakhiri hidup ini sebagai orang yang beriman jua..... Ammeennnn
Friday, March 5, 2010
Warkah Terakhir Ani
----------------------
Cahaya bulan menerangi malam yang gelap-gelita. Bunyi unggas dan cengkerik memecah kesunyian malam.Embun pagi membasahi bumi. Angin bertiup seopi-sepoi bahasa dan tumbuh-tumbuhan bagaikan menari mengikut deruan angin. Jam di tanganku menunjukkan tepat pukul dua pagi. NAmun Ani masih belum muncul. Hatiku mulai resah. PElbagai kemungkinan bermain di fikiranku. Ani merupakan seorang gadis yang tidak pernah memungkiri janji. Sepanjang perhubunganku dengannya, tidak pernah dia membuatku marah. Setiap perbuatannya cukup untuk menggambarkan dia seorang yang baik budi pekertinya. Pertemuanku dengan Ani pada mala mini adalah atas perancangannya. Aku tidak pernah bertemunya lewat malam begini. Entah mengapa tiba-tiba dia ingin berjumpa denganku. Setelah lama menanti. Aku membiat keputusan untuk pulang sahaja.
Pada keesokan harinya, selepas menunaikan solat Subuh, aku dikejutkan oleh deringan telefon yang bertalu-talu. Aku bergegas mendapatkan telefon. Aku mengangkat gagang…..
“Asalamualaikum.”
“Abang…” kedengaran suara adikku yang tersekat-sekat.
“Hah, adik? Kenapa?” aku bertanya dengan penuh kecurigaan.
“Kak Ani, bang. Kak Ani dah tak ada.”
Aku terdiam. Tak terkata walau sepatah pun. Aku hanya mampu membisu. Lidahku kelu seribu bahasa. Ani telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Gagang telefon yang tadinya aku pegang kini berada di atas lantai. Aku berdiri menghala ke cermin. Aku merenung ke dalam wajahku sendiri. Mengapa aku, mengapa mesti aku….!
Seelah selamat dikebumikan, aku bertemu ibunya dan memeluknya sekuat hatiku. Wajah ibunya menunjukkan kesedihan yang teramat. Namun keimanan dan ketabahan hatinya merelakan pemergian anaknya. Dia sedar setiap yang hidup pasti akan mati. Sesungguhnya dari Dia kita dating, kepada Dia jugalah kite kembali.
Dua hari kemudian, aku menerima sepucuk surat yang menarik perhatianku. Tulisan di sampul surat tersebut amat kukenali. Tanpa belengah aku membukanya. Seperti yang kusangkakan, memang benar tulisan tersebut tulisan Ani. Aku tatapi surat itu……
Menemui Azmi yang kusayangi, yang berada jauh di mata tetapi dekat di hati. Semoga dalam keadaan sihat wal’afiat selalu.
Azmi,
Tiga tahun kita bersama. Pelbagai kenangan manis dan juga pahit kita harungi. Onak dan duritelah kita tempuhi bersama tanpa mengeal erti putus asa. Halangan demi halangan sentiasa mengundang kita. Namun Azmi tetap bersabar. Keyakinan terhadap qada’ dan qadar Allah menabahkan lagi hati Azmi. Itulah sikap yang amat Ani kagumi.
Kedatangan warkah ini tentu telah mengejutkan Azmi. Warkah yang jarang sekali Ani kirimkan pasti menimbulkan tanda Tanya kepada Azmi. Ani berharap Azmi dapat membaca surat ini terlebih dahulu sebelum menilai sesuatu. Ani berharap Azmi faham akan apa yang ingin Ani sampaikan. Sekiranya surat ini mengganggu Azmi, maafkan Ani.
....bersambung......
Apakah Itu Tabarruj?
Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."
*****
Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).
Kemudian pada ayat lain Allah berfirman:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)
Ayat ini pula menceritakan tentang larangan bertabarruj sebagaimana orang jahiliah dahulu.
*************
Baiklah, berdasarkan seluruh nash-nash mengenai aurat dan berhias, di hadapan kita sekarang ini ada beberapa persoalan yang perlu dipecahkan, antaranya ialah:
1) Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.
2) Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.
Kalau, kita pilih pendapat yang mengatakan bahawa muka adalah aurat Habis cerita. Soal gincu, bedak, losyen dan celak dsbnya sudah tentu tak timbul. Ia nyata haram dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi. Tetapi, bagaimana jika kita memilih bahawa muka itu bukan aurat - kebanyakkan kita memilih pendapat ini -, di mana kedudukan celak, gincu, bedak dan bla.. blabla
Sekarang ini kita pilihlah kononnya bahawa muka itu bukan aurat Tetapi, sebelum itu lebih baik kita bincangkan dahulu mengenai masalah tabarruj, yang sudah tentu berkaitan dengan soal muka bukan aurat.
**************
Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)
Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.
Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.
Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.
************
Selesai mengenai erti tabarruj Dan, lihat kembali ayat al-Quran: ".orang-orang jahiliyah dahulu."
Tabarruj yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada? Di dalam tafsir al-Qurthubi menyatakan beberapa pendapat mengenainya:
1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.
2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s.
3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.
4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.
5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.
6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.
Namun semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu sumber yang kukuh dan sahih. Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh (jangkamasa yang begitu lama). Dan, apabila al-Quran menyebutkan "jahiliyah dahulu" - dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'.
Bila masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.
Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini: Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.
Era jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus. Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.
Sekarang ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj sikit-sikit. Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan.
Perlu diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di hadapan mahram, orang gaji dsbnya
Ya, selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini mengenai berhias pula.
Mari kita lihat lagi firman Allah:
Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.. (al-Nur, ayat 31)
Sebagaimana yang telah disinggung di atas, bahawa para ulamak berselisih pendapat mengenai, apakah muka itu aurat atau bukan. Dan ayat di atas telah menjadi hujah kepada kedua-dua kelompok dengan penafsiran yang berbeda.
Kita ambil sedikit petikan ayat: ..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya.
Terjemahan ayat : kecuali yang biasa kelihatan padanya.. dapat juga diterjemahkan: kecuali apa yang zahir (illa ma zahara).
Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamirkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:
1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)
Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..
Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.
Kitab-kitab tafsir berikut ada menjelaskan pendapat-pendapat berkenaan:
1. Jamiul Bayan Al-Thabari
2. Ahkamul Quran AL-Jashas
3. Al-Wajiz fi Tafsiril Quran al-Aziz Al-Wahidi
4. Maalimatut Tanzil AL-Baghawi
5. Tafsir al-Kasyaf Al-Zamakhsyari
6. Ahkamul Quran Ibnul Arabi
7. Al-Muharrir al-Wajiz Ibnu Athiyah
8. Zadul Masir Fi Ilmit Tafsir Ibnul Jauzi
9. Al-Tafsir al-Kabir Al-Fakhrur Razi
10. Al-Jami li Ahkamil Quran Al-Qurthubi
11. Tafsir al-Baidhawi
12. Lubabut Tawil Fi Maanit Tanzil Al-Khazin Dan banyak lagi
Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir. Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat, terdapat tujuh pendapat, iaitu:
1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Masud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan dari al-Dhahhak.
************
Itulah pendapat mereka tentang maksud perhiasan zahir yang biasa dilihat. Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas, Al-Misywar bin Mukhrimah, Mujahid, dan al-Dhahhak dan al-Hasan dapat kita simpulkan bahawa yang boleh dipamerkan ialah perhiasan yang tidak mungkin diselindung yang memang biasa dipakai oleh para wanita. Kalau perhiasan di muka apa lagi kalau bukan celak. Kalau di telapak tangan apa lagi kalau bukan cincin. Cuma ada beberapa ulamak yang mengatakan bahawa muka itu sendiri adalah perhiasan. Dan telapak tangan itu sendiri adalah perhiasan. Jadi, mereka tidak memasukkan celak dan cincin sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan.
Mereka yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat. Berikut ini adalah antara perhiasan yang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau tradisi arab dahulu:
1. Khidhab Pewarna untuk tangan
2. Shufrah Pewarna kuning untuk wajah
3. Kalkun Pewarna untuk memerahkan wajah
4. Isfidaj Pewarna putih untuk wanita berhias.
5. Celak Berhias pada mata (Nanti akan disertakan dalil tentang kewujudan perhiasan ini)
***********
Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Jadi, bila celak dan segala macam di atas itu boleh, mengapa tidak gincu? Sebab yang dibenarkan bukanlah diri celak itu secara khusus tetapi sesuatu yang lebih umum iaitu perhiasan yang biasa dilihat, yang biasa digunakan pada muka. Dan gincu serta bedak adalah termasuk di bawah keumuman ini.
Begitu juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air. Kerana jika air terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah.
Berikut ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:
Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari & Muslim)
Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.
Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.
Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbaiah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber ikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membaiahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud)
Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)
Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)
Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. (HR Bukhari & Muslim)
*********
Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu:
1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.
Ya, pokoknya bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam Melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.
Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka dsbnya.
Ya.. Kalau bersolek itu tidak boleh, silakan saja. Pergilah ke pejabat atau mengajar ke sekolah, dan jangan bersolek samasekali. Pergilah dalam keadaan kusut masai dengan muka seperti orang yang belum mandi. Kelihatan lesu. Pakaian pula tidak bergosok. Berkedut sana dan sini. Baju bergosok, haram katanya. Ditambah lagi dengan bau peluh yang kurang enak dan menyengat hidung. Pakai wangian walaupun yang baunya tersembunyi utk menghindarkan dari bau peluh, juga haram katanya. Ya.. silakan saja..
>>Sudah tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah dia solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Sekadar mahu mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak terurus.
*********
Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?
Jawab: Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu. Syeikh Athiyah Saqar mengatakan: Memperelok /menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud.
********
Kesimpulan
1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu adalah aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.
2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.
3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: kecuali apa yang biasa dilihat. Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.
4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.
Sekian adanya. Wallhu alam
Rujukan
1. Al-Quran
2. Ahsanul Kalam Syeikh Athiyah Sqar
3. Al-Hijab Al-Maududi
4. Tahrir al-Marah Fi Ashri al-Risalah Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah
5. Fatawa Muasharah 1 AL-Qardhawi
6. Fatawa Muasharah 2 AL-Qardhawi
Artikel ini adalah artikel lama al-Ahkam.net
Thursday, March 4, 2010
ENGKAU MEMANG CANTIK
Dalam dunia serba moden yang memerlukan interaksi antara manusia, khususnya antara lelaki dan wanita, ketrampilan diri memainkan peranan yang cukup besar. Apabila bercakap soal ketrampilan ini, tidak dapat tidak, kita akan membincangkan mengenai tabarruj….
Tabarruj yang ingin diperkatakan di sini lebih sesuai diaplikasikan kepada golongan muslimah. Kerana dewasa ini, kelihatan muslimah sudah tidak lagi duduk di rumah sepertimana dahulu. Apabila mereka menghadirkan diri mereka di dunia luar, maka mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dan apa yang lebih parah, mereka cuba menyesuaikan diri dengan media barat.
Kalau kita memerhatikan di sekeliling kita, kita dapat mengkategorikan muslimah ini kepada beberapa kumpulan iaitu:
1. Menghias diri tetapi masih menjaga batasan syara’ sepertimana digariskan oleh Allah swt.
2. Mendedahkan apa yang ada
3. Menghias diri seakan-akan menutup aurat menetapi kehendak syara’, tapi pada hakikatnya tidak seperti memakai pakaian ketat. Atau menutup aurat hanya ketika keluar dari rumah. Tetapi apabila berada diperkarangan rumah, tidak pula dia menurut aurat dengan sempurna.
4. Syadid (keras) dalam bab menghias diri sehinggakan tidak setitik pewangi pun dipakai.
Antara semua ini, sebagai seorang yang bersikap wasatiyyah, ada baiknya kita berada dipertengahan. Tidak ekstrem kepada pihak yang tertentu. Dan inilah sebenarnya ruh Islam. Tidaklah agama itu memberatkan urusan ummatnya…. Aku ingin menyarankan anda semua, khususnya muslimah yang sering berinteraksi di dunia luar agar membaca sebuah buku tulisan Burhan Sodiq bertajuk ‘Engkau Memang Cantik’. Beliau adalah warga Indonesia. Buku ini diterbitkan di Malaysia oleh Kemliau Publika. Pada pendapatku, penulisan beliau sangat sederhana sehinggakan orang awam bisa memahami setiap apa yang cuba disampaikan. Metod penulisannya adalah berbentuk nasihat. Tidaklah beliau meleret-leret membahaskan isu-isu tabarruj secara ilmiah kerana itu bukan metod penulisannya. Beliau cuba membawa muslimah bersikap sederhana dalam berhias diri. Supaya tidak mereka tergelincir ke ruang maksud Tabarruj itu sendiri…..
Dalam pada memberikan nasihat itu, beliau juga memberikan tips-tips pemilihan barangan kosmetik agar tidak terperangkap dengan bahan-bahan yang haram dan juga boleh merosakkan kulit. Dijelaskan secara umum bahan-bahan kimia utama yang biasa ada dalam alatan kosmetik serta kesan-kesannya. Meskipun tidaklah beliau bahaskan sepertimana seorang guru kimia atau guru farmasi menerangkan dalam buku-buku mereka, tapi pada aku, cukuplah sekadar memberikan gambaran ringkas mengenai bahan-bahan berkenaan…
Tuesday, March 2, 2010
Masalah Taklid & Talfiq
Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.
Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya. Seperti seseorang itu mengikut pendapat Imam SyafiI tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.
Apa hukum bertaklid?
Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.
Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam SyafiI, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.
Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.
Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).
Bertaklid kepada mazhab-mazhab Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab SyafiI, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafii.
Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain? Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya SyafiI dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab SyafiI, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.
Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.
Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab SyafiI dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.
Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.
Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:
Apa hukumnya?
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.
Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.
Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.
Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat SyafiI telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.
2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.
Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.
Ittiba Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.
Feqhul Muqaran Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.
Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.
Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.
Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.
Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:
Bagaimana kita di Malaysia? Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafii. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafii. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.
Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat SyafiI, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.
Thursday, February 25, 2010
U-TURN KE JALAN LURUS
'Ketika membelek buku-buku lama di rak, saya menemui sebuah buku yang saya gunakan sewaktu pengajian di peringkat I’dadiah. Saya memhembus habuk yang melekat padanya. Ada bubuk buku berkeliaran, bau lapuk terserak sama. Saat menyelak-nyelak helaian buku itu, saya tertarik kepada satu tulisan catatan tangan di penjuru bahagian atas muka surat pertama yang tertulis:
“Kitab ialah bicara bisu pengarangnya yang mrentasi zaman dan jarak!”
Saya merenung dengan mendalam catatan ringkas ini, ternyata ada kebenarannya. Kita tidak dapat berbicara dengan asy-Syafi’I kerana selisih masa antara kita dan dia ialah 1200 tahun. Tetapi kita boloeh meneroka mindanya apabila kita menelaah al-Umm. Kita tidak punya pintu ajaib yang boleh di buka ke terowong masa lampau untuk mendengar bicara al-Ghazali, tetapi kita boleh ‘mendengar’ syarahannya dalam ihya’ ulumuddin……………… Semua ini kita temui melalui buah tangan tulisan mereka.Masa dan jarak sama sekali tidak melusuhkan mutiara pemikiran mereka! '
Sungguh aku terkesima dengan tulisan di atas ini. Ya, ia bukan tulisanku. Tetapi aku salin dari buku tulisan Ustaz Zul Ramli yang bertajuk ‘U-TURN KE JALAN LURUS’. Betapa benarnya apa yang beliau nukilkan. Meskipun masa berlalu tanpa mengira apapun yang berlaku, tulisan para pemikir sentiasa di bawa bersama. Bahkan tulisan mereka menjadi rujukan utama dalam kebanyakan keadaan….
Buku ‘U-TURN KE JALAN LURUS’ merupakan sebuah buku yang sebenarnya memasukkan mutiara tauladan secara santai kepada hadis-hadis qudsi yang dihimpunkan oleh al-Imam al-Ghazali rhm dalam kitabnya bertajuk ‘al-Mawa’iz Fil Ahadis al-Qudsiah’. Setelah membacanya, sebahagian besar pengajaran dan tauladan yang dimasukkan benar-benar menginsafkan diri ini. Kadang-kala perkara yang sering berlaku di persekitaran kita, sebenarnya terkandung seribu satu pengajaran bagi mereka yang benar-benar berfikir. Benarlah kalam-kalam Allah di dalam al-Qur’an:
Surah Ali Imran ayat 190-191 bermaksud:‘Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan sesuatu dengan sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.’
Surah ar-Ra’d ayat 3 bermaksud:‘Dan Dia yang menghamparkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai di atasnya. Dan padanya Dia menjadikan semua buah-buahan berpasang-pasangan; Dia menutupkan malam kepada siang. Sungguh, pada demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir.’
Aku menyarankan agar peminat-peminat ilmu membaca buku ini sebagai salah-satu santapan rohani. Untuk pengetahuan semua, suara Ustaz Zul Ramli ini sering berkumandang di radio IKIM.fm bagi rancangan Durul Hikmah (Tahsin as-Solah: Falsafah dan Dinamika Solat).
http://eashoppingcentre.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=652
Wednesday, February 24, 2010
Pengalaman Adalah Guru Terbaik
Pengalaman guru yang terbaik…. Ya, aku sememangnya bersetuju 100% dengan kata-kata ini. Dan aku rasa anda juga demikian. Samada ia pengalaman manis maupun pahit, ia mampu menjadikan kita insan yang lebih baik di masa selepasnya….
Aku, sepertimana manusia yang lain telah melalui pelbagai frasa hidup. Ada manis, gembira, takut dan tidak kurang juga sedih. Walaupun begitu, aku tau bahawa pengalamanku masih kurang. Usiaku masih dikategorikan muda, dan masih banyak yang perlu ku pelajari…..
Apa yang ingin aku ketengahkan di sini adalah, kebanyakan kita tidak sedar bahawa pengalaman yang kita lalui boleh menjadikan kita seorang yang lebih matang dan seterusnya berjaya dengan cemerlang di masa hadapan.Sehinggakan ada dikalangan manusia ini, berputus asa dalam hidup mereka. Dan inilah salah satu sebab gejala bunuh diri berlaku.
Bagi mereka yang sedar akan peri pentingnya pengalaman hidup, mereka mampu mengubah hidup mereka. Mereka mampu mencapai kejayaan. Bahkan kejayaan yang mampu di capai itu, mungkin tidak pernah kita bayangi sebelum ini. Ia akan menjadi lebih baik, jika perjalanan kita ini, ditetapkan satu misi dan visi yang kemudiannya kita kemudi ke arah itu….
Contohnya, kebanyakan usahawan yang berjaya kini pernah melalui kejatuhan sehinggakan ada di antara mereka muflis. Namun, kerana mereka mempunyai misi dan visi, mereka tidak mengalah dengannya. Tetapi mereka semakin bersemangat pula dalam mencapai cita-cita mereka…
Dan contoh yang terbaik, adalah perjuangan Nabi yang kita cintai iaitu Nabi Muhammad saw dan juga para sahabatnya ra. Kalau kita membaca sirah, kita akan dapati perjuangan Nabi kita ini ada pasang dan ada juga surutnya. Misalnya, peperangan yang dihadapi umat Islam, ada yang menang dan ada juga yang kalah. Sememangnya itulah fitrah perjuangan manusia. Inilah salah satu fiqh sirah yang boleh kita terapkan dalam kehidupan kita.
Akhir kata, jadikanlah pengalaman itu sebagai guru dalam membentuk perjalanan hidup yang lebih baik. Maaf, aku tidak setuju dengan pepatah, ‘ buang yang keruh, ambil yang jernih’…Pada aku, gunakanlah yang keruh maupun yang jernih sebagai satu aset dalam membawa diri kita ke tahap yang lebih baik.
Monday, February 22, 2010
I Love You Too
I Love You Too
Hj Badrul Hisham Shari
ISBN: 978-983-097-223-7
Tebal: 200 ms
Harga: : RM21.00
Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!
Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.
TENTANG PEREMPUAN
SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri
TENTANG LELAKI
SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden
TENTANG ZURIAT
SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua
IKLIM RUMAH TANGGA
SKETSA 23 Suami-suami Hebat Akhir Zaman
SKETSA 24 Dia Tenang, Engkau Pun Tenang
SEKTSA 25 Ragam Romantis Emak dan Ayah
SKETSA 26 Perang di Rumah: Siapa Nak Menang dan Siapa Menang?
SKETSA 27 Wang Besar Wang Haram
SKETSA 28 Ke Mana Hilang Special Service Isteri?
MENCARIK ADAT
SKETSA 29 Terbalik Pula Jadinya!
SKETSA 30 Kenapa Lelaki Patut Suka Pada Aku?
SKETSA 31 Bikin Bakal Mentua Cair
SKETSA 32 The Making of … ‘Cerita Tentang Kahwin’
SKETSA 33 Nak Sebut Sayang Pun Malu
MEMAKNAKAN IBADAH
SKETSA 34 Jalan Short Cut ke Syurga
SKETSA 35 Post-mortem Amalan
SKETSA 36 Aduh! Macam Mana Kita?
SKETSA 37 Cincai Dalam Taubat
SKETSA 38 Ada Hati Nak Masuk Syurga
SKETSA 39 Mengejar ‘Mata Ganjaran’ Manusia
SKETSA 40 Score Penalty Semasa Ramadan
SKETSA 41 Pergi Mungkin Tak Kembali
SKETSA 42 Jangan Usung Guni Bocor, Pahala Tak Dapat Dosa Berterabur!
Beli di sini: http://www.eashoppingcentre.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=650
Sunday, February 21, 2010
Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni
Di Malaysia, bermula dari karya ‘Best Seller’ inilah, pelbagai buku beliau diterjemahkan ke Bahasa Malaysia. Sepertimana buku ‘La Tahzan’, buku-buku lain juga tidak kurang hebatnya. Olahan bahasa (bergantung kepada penterjemah juga) membuatkan pembaca pasti akan terpaku dengannya. Terpesona dengan tarian bahasa yang digunakannya… Mesej-mesejnya yang cukup bermakna memenuhi setiap muka tulisannya…
Minatku terhadap karyanya, membuatkan aku tidak kedekut untuk membeli buku-bukunya. Tidak sedikit juga telah aku belanjakan untuk mendapatkan buku-buku beliau. Kerana minatku terhadap Dr Aid Al-Qarni ini, aku telah membeli dan membaca buku bertajuk ‘Biografi Dr Aid Abdullah al-Qarni’ yang di tulis oleh Ahmad Ibnu Fallah. Aku menyarankan agar peminat-peminat ilmu membeli buku ini bagi mengenali beliau dengan lebih dekat.
Sebagaimana ahli ilmu yang lain, Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga tidak terlepas dari terkena kritikan-kritikan tajam dari pelbagai pihak. Beliau yang juga pendakwah sunnah, juga tidak disenangi oleh segelintir puak salafi. Walaubagaimanapun, buku biografi ini boleh menjernihkan air yang keruh. Di dalamnya dinyatakan aqidah dan pegangan beliau. Di samping itu, beliau menghafaz al-Qur’an sejak kecil dan menghafal lebih 5000 hadis dan 10000 bait-bait syair…..
Antara buku lain yang memberi kesan terhadap diriku (dan aku sarankan anda memiliki dan membacanya) adalah ‘Sakaratul Maut, Bersediakah Anda Menghadapinya?’ yang diterjemahkan dari kitab arab yang berjudul ‘Wa jaa sakaratul maut alhaq’. Di dalamnya terkandung ilmu yang sangat memberi kesan terhadap jiwa….
Selain itu, ada satu buku yang mana, Dr Aidh Abdullah al-Qarni memberikan kita petunjuk dalam menuntut ilmu. Beliau telah membahaskan bab ilmu dengan baik sekali. Dan di dalamnya juga, beliau memasukkan senarai kitab-kitab yang seharusnya dipelajari. Senarai berkenaan dikategorikan berdasarkan disiplinnya. Dan kebanyakan kitab yang disenaraikan, beliau nyatakan pula sudut positif dan negatif kitab berkenaan. Buku yang aku maksudkan adalah ‘Bacalah Atas Nama Tuhanmu’
Banyak lagi buku-buku beliau yang sangat baik. Tidak tersenarai olehku di sini. Lawatilah kedai-kedai buku, pasti engkau akan ketemukan buku-buku beliau….. Di dalam setiap bukunya terkandung peti khazanah ilmu yang hanya menanti saat engkau membuka peti itu…..
Kepada engkau, wahai Dr Aidh Abdullah al-Qarni, semoga Allah merahmatimu dan memberkati segala usaha agamamu ini. Ameen…
NOTA: SEMUA BUKU DI ATAS BOLEH DI BELI DARIPADA E&A DENGAN HANYA EMEL KE ea_book_centre@yahoo.com.my atau sms 0193433532