Sunday, December 26, 2010

Boss Tak Adil!!! :O

Pengurusan manusia (human management) bukan satu kerja yang mudah. Bahkan mungkin inilah paling sukar bagi seorang ketua dalam satu-satu organisasi ataupun kumpulan. Setiap anak buah dengan personalitinya masing-masing. Mengambil hati setiap orang boleh membuatkan kita rasa serba tak kena. Apa lagi kalau ada yang tak suka antara satu dengan yang lain. Semuanya boleh membuatkan kita pening....



Walaubgaimanapun, pemimpin mesti tetap kekal berlaku adil. Tidak mengira kepada anak buah yang digemari ataupun sebaliknya. Jangan kerana kita sukakan seseorang, maka segala apa yang dibuatnya, semuanya dikatakan betul, walaupun nyata ianya salah.....

Di pihak yang lain (baca pengikut/anak buah), jangan pula asyik memikirkan keadilan seorang ketua. Sehinggakan setiap apa yang dilakukan ataupun dikatakan mereka, diadili dengan sangkaan sendiri. Seolah-olah kita menjadi hakim kepada perlakuan orang lain. Kita perlu ingat, kerana sesungguhnya keadilan pada kita, tidaklah semestinya adil pada orang lain. Kerana kita mengadili dengan melihat dari satu sudut sahaja, iaitu sudut apa yang zahir. Sedangkan mereka, barangkali mengambil kira pelbagai sudut....