Thursday, March 11, 2010

Sibuk...Sibuk...Sibuk...!!!!

Agak lama jugak aku tak kemaskini blog aku ni. Kesibukan membuatkan masa ku terbatas untuk menulis. Aku sebenarnya kini kembali ke dunia makan gaji, setelah beberapa ketika aku berkecimpung di dalam dunia bisnes sepenuh masa.

Sebelum aku sepenuh masa bisnes, aku merupakan seorang Project Engineer dalam salah sebuah syarikat minyak yang boleh dikatakan besar. Tugasku memerlukan untuk aku berada di negeri orang selama hampir setahun. Banyak juga pengalaman yang aku perolehi daripadanya. Tidak mudah juga, apabila kita berjauhan dengan keluarga yang tercinta. Walaupun begitu, sedikit sebanyak, pengalaman di negeri orang bolehlah menjadikan aku seorang yang matang.....

Kini, aku kembali ke dunia minyak sekali lagi tetapi di syarikat yang lebih kecil. Kali ini, aku diberikan tanggungjawab yang lebih besar. Meskipun projek yang aku kendalikan tidaklah sepertimana sebelum ini (kos projek hampir RM 1 bil), tetapi tanggungjawab aku kali ini lebih besar memandangkan aku bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek. Berbeza sebelum ini, yang mana aku hanyalah sekadar project engineer yang membantu project manager...

Apapun, aku rasa bersyukur kepada Allah kerana rahmat dan rezeki yang dikurniakan kepadaku setakat ini. Setiap apa dugaan yang pernah aku hadapi sebelum ini, pasti ada hikmah sebaliknya. Setiap musibah yang ditimpakan kepadaku, aku doakan agar menjadi penghapus dosa-dosaku sebelum ini. Tidak sekali aku mengeluh atas apa yagn telah Allah kurniakan kepadaku.

Nasihatku kepada pembaca sekalian, percayalah bahawa Allah itu Maha Adil dan Maha Pemurah. Dia mengetahui setiap apa yang kita tahu dan juga tidak kita tahu. Jang sekali merasa mengalah kepada keadaan. Semoga ita semua dapat menjalani hidup ini sebagai seorang yang beriman, dan yang paling penting, semoga kita dapat mengakhiri hidup ini sebagai orang yang beriman jua..... Ammeennnn

No comments:

Post a Comment