Tajuk: Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya
Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun: Januari 2009
Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun: Januari 2009
Sinopsis:
Buku Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya… dihasilkan untuk menjawab segala persoalan mengenai tasawuf. Justeru, dengan persoalan yang dikemukakan ini dengan penuh raja’ semoga kemelut tersebut terungkai mengikut Futuh al-‘Arifin dan Lisan al-Ulama’ serta hikmah mutiara kata dengan ilham Rabbani.
Buku Soal Jawab A-Z tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat untuk Bertanya… dihasilkan untuk menjawab segala persoalan mengenai tasawuf. Justeru, dengan persoalan yang dikemukakan ini dengan penuh raja’ semoga kemelut tersebut terungkai mengikut Futuh al-‘Arifin dan Lisan al-Ulama’ serta hikmah mutiara kata dengan ilham Rabbani.
MENGAPA ANDA MESTI MILIKI BUKU INI
PERSOALAN tentang tasawuf disertakan dengan jawapan yang jelas dan padat.
DISUSUN mengikut tingkatan kefahaman ilmu tasawuf untuk memudahkan pembaca mengenal tasawuf secara berperingkat.
PENERANGAN lengkap dengan dalil al-Quran, hadis, kata para sahabat dan syeikh- syeikh tasawuf terkemuka.
SESUAI buat pencinta tasawuf dan mereka yang ingin mengenal dunia tasawuf.
MEMAHAMI salah faham tasawuf dalam masyarakat kontemporari.
Book Review:
Tasawuf merupakan satu istilah yang sering menjadi isu hangat dikalangan puak salafi dah khalaf. Perdebatan di antara 2 puak ini telah lama berlangsung sehinggakan kadang-kala sampai ke tahap sesat-menyesatkan antara satu dengan yang lain…. Lebih parah lagi, kandag-kala puak yang terlibat hanya sekadar ‘cut and paste’ tanpa memahami apakah sebenarnya maksud sesuatu istilah itu…
Kerana itu, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, seorang yang tidak asing lagi, telah menulis sebuah buku yang bermanfaat bagi mereka yang ingin mengetahui asas-asas serta istilah-istilah dalam dunia tasawuf. Buku ini bukanlah bertujuan untuk mendalami tasawuf itu sendiri tetapi sekadar menjadi ‘kamus’… Buku yang dimaksudkan adalah:
Soal Jawab A-z tentang Tasawuf tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya
Dalam buku ini, penulis tidak hanya bertujuan memperkenalkan tasawuf kepada orang awam, tetapi juga cuba menegur ahli tasawuf itu sendiri… Ini dinyatakan sendiri oleh beliau dalam mukaddimahnya dengan katanya,
“Mereka (mursyid) hendaklah menerangkan risalah tasawuf yang sebenar kepada manusia sehingga mereka memahami tentang ilmu ini. Mereka juga hendaklah merujuk kepada sumber utama terbitnya ilmu tasawuf ini dan kembali kepada sirah (sejarah) tokoh-tokoh tasawuf yang agung sebagai ikutan dan penghayatan.”
Beliau juga menulis satu ‘Soal Jawab’ yang menerangkan beberapa kesesatan sebahagian Ahli Tasawuf…
Allahu’alam
No comments:
Post a Comment