Wednesday, February 17, 2010

APAKAH KAU TAU APA ITU ERTINYA PENGORBANAN?

Dalam posting aku yang sebelum ini, aku ada katakan bahawa isteriku 'outstation' atas urusan kerja selama 3 hari... Seperti yang dijangkakan, anak lelaki ku (Ammar) mencarinya sehingga dia bangun malam mencari ibunya. Seperti robot yang diprogram, dia bangkit dari tidur (duduk) sekitar 2 pagi dan melihat sekeliling mencari ibunya...dan apa yang keluar dari bibir comelnya, "Ibu takde..." yang kemudian disusuli dengan tangisan seorang anak yang rindukan ibunya....

Dek kerana kesiankannya(aku pun rindu jugak), aku pun membuat keputusan untuk pergi bersama anak-anakku (dan juga bibik) ke tempat isteriku bekerja.....
Maka bermulalah cabaran keduaku (cabaran pertama: menghadapi kerinduan anak-anak terhadap ibu mereka), iaitu mengemas beg pakaian keluargaku. Sebelum ini, isterikulah yang mengemas beg pakaian kami.Tapi untuk kali ini, kerana ketiadaannya, aku terpaksa mengambil alih...

Aku mengambil masa yang agak lama juga untuk menyiapkan beg pakaian. Seperti biasa, pakaian sendiri paling mudah. Disusuli dengan pakaian anak-anak dan yang paling susah, pakaian isteri......manakan tidak, setiap apa yang diambil perlu disesuaikan warna dan coraknya.

Setelah semuanya siap, aku bertolak Jumaat pagi dan tiba tengah hari. Wajah ceria jelas kelihatan di wajah setiap anak-anakku bila mereka bertemu ibu mereka.... Dan kamipun bersama menikmati percutian kami selama 3 hari di negeri orang.....

Sungguh aku katakan, bahawa kuasa ibu itu sememangnya telah Allah limpahkan ke dalam jiwa setiap insan yang bergelar wanita...... Pengorbanan seorang ibu bukanlah satu pengorbanan yang sedikit. Biarpun ia bukanlah pengorbanan yang bisa kita pahami dengan pengertian perang, tetapi pengorbanan mereka mampu mengegarkan dunia ini......

Isteriku tercinta, terima kasih atas segala pengorbananmu. Dan yang lebih penting, kau telah menyedarkanku akan satu hakikat yang tidak mungkin akan aku pahami sekiranya tidak kau berkongsi hidupmu denganku, iaitu pengorbanan seorang IBU...

Buat Umi dan juga Abohku, tidak ada apa yang mampu aku katakan melainkan terima kasih yang tiada hingganya. Aku mungkin bukan seorang anak yang punya sifat/personaliti yang kau impikan. Aku mungkin tidak tahu meluahkan perasaan cinta dan sayangku secara langsung. Tapi percayalah, bahawa nukilan rasa ini datang terus dari hati seorang insan yang sememangnya anak lelakimu. Aku cinta dan sayang kepada Umi dan Aboh. Ampunkan aku atas segala salah dan silapku. Aku percaya telah banyak sedih dan duka akibat sikapku yang barangkali aku tidak sedar.........

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kesihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil

No comments:

Post a Comment