Wednesday, February 17, 2010

Permasalahan, Liku-Liku & Dasar-Dasar Utama Pengabdian Diri Kepada Allah: Menurut Fatwa Imam Ahmad Ibn Taimiyyah

Di antara para ulama yang telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna dalam aspek kerohanian Islam, sebagaimana yang dinyatakan oleh alMarhum Sayyid Abul Hasan Ali an-Nadwi ialah Imam Taqiyyuddin Ahmad Ibnu Taimiyyah rhm.

Saya tertarik dengan salah satu karya terjemahan tempatan yang mana beliau telah menterjemahkan fatwa Shaikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bersangkut paut dengan tasawuf. Beliau adalah pensyarah di UM iaitu Dr Rushdi bin Ramli. Tajuk yang diberikan kepada karya terjemahannya adalah, ‘Permasalahan, Liku-Liku & Dasar-Dasar Utama Pengabdian Diri Kepada Allah: Menurut Fatwa Imam Ahmad Ibn Taimiyyah Buat Panduan Para Ahli Ibadah dan Renungan Para Ahli Tareqah’

Di dalamnya terkandung 19 fatwa beliau yang terkandung dalam kitab fatwanya yang besar iaitu Majmu’ Fataawa Shaikhul Islam Ahmad Ibnu Taimiyyah. Fatwa-fatwa yang bertaburan di dalam kitabnya yang besar ini telah dikutip dan disusun oleh Muhammad bin Abdul Rahman Qasim, seorang guru di Ma’had Imam ad-Da’wah di Riyadh.

Dr Rushdi, telah menterjemahkan fatwa-fatwa ini dan memasukkan ulasan/komentarnya pada nota kaki bagi memudahkan orang awam semuanya menatapi fatwa Imam besar, Shaikhul Islam, Imam Ibnu Taimiyyah rhm. Semoga karya ini menjadi saham yang beruna buat penterjemah, apatah lagi pemilik fatwa itu sendiri. Allahu ‘alam

No comments:

Post a Comment