Aku bukanlah sesiapa. Aku hanyalah hambaNya yang lemah. Yang sentiasa bergelumang dalam dosa. AKu berharap aku diampunkan oleh Nya segala dosa-dosaku. Yg tidak kusedari, apatah lagi yang aku sedar.....
Ya Allah, kurniakanlah rahmahMu kepadaku. Kerana tanpanya, kupasti, syurga bukan tempatku.
Wahai diriku dan sahabat sekalian,
Dalam kita mengharungi dunia yang penuh dugaan, janganlah kita leka akan kewajipan kita terhadapNya. Percayalah, sesungguhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Tidak ada apa yang kita sangkakan telah kita rahsiakan dengan sebaiknya, tidak di dalam pengetahuanNya. Pohonlah keampunan drpdNya meskipun kita rasa, tiada dosa yang telah kita lakukan...... Ingatlah bahawa maut dan ajal di tanganNya. Apakah kita menyangka, kita mempunyai pilihan untuk menangguhkan matimu?!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment