Aku adalah antara manusia yang diciptakan Allah yang mempunyai hobi membaca buku. Kerana minat inilah, aku tak lokek mengeluarkan wang untuk memiliki buku-buku yang menarik perhatianku. Minatku membaca ini, sehingga boleh dikatakan di tangan ini akan sentiasa ada buku atau sebarang bahan bacaan untuk aku baca. Kalau ada sela masa yang terluang, akan aku capai apa-apa yang boleh aku baca...... Sehinggakan kadang-kadang aku mengulangi bahan bacaan itu berulang-kali. Aku akan rasa bersalah jika masa ini dihabiskan begitu saja.......
Antara banyak-banyak buku yang aku baca, ada beberapa buku yang sangat baik yang ingin aku sarankan kepada anda semua untuk memiliki, membaca dan cuba mengamalkannya..... Pada kali ini, aku ingin menyarankan kita semua mendapatkan buku Syarah Arbain AnNawawi yang diterjemahkan dari kitab Arab berjudul 'Ad-Durrah as-Salafiyyay Syarah al-Arbain an-Nawawiyyah.
Aku rasa, hampir semua umat Islam (atau sepatutnya semua) mengetahui kewujudan kitab Hadis 40 yang dihimpunkan oleh Imam anNawawi yang tidak asing lagi dikalangan umat Islam. Bahkan kitab ini, bukan hanya disarankan untuk membacanya, tetapi juga menghafalnya...... Imam an-Nawawi telah menghimpunkan 42 hadis yang menjadi intipati syariat Islam....
Para ulama' muktabar telah memberikan perhatian yang sangat tinggi kepada himpunan hadis-hadis ini sehinggakan telah terlahir banyak kitab syarah terhadap hadis arbain ini. Antara yang mensyarahkannya adalah, Imamal-Hafiz Zainuddin Abdurrahman bin Ahmad (Ibnu Rajab al-Hambali), Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki, Mulla Ali al-Qari dan banyak lagi....
Adapun buku yang ingin aku sarankan adalah kitab syarah yang menghimpunkan syarahan 4 ulama' besar iaitu:
1. al-Imam an-Nawawi sendiri
2. al-Imam Ibnu Daqiq al-'Id
3. Syaikh Abdurrahman as-Sa'di
4. Syaikh Muhammah al-Utsaimin
Melihat kepada 4 nama besar ini, maka tidak hairanlah buku syarah hadis 40 ini mempunyai nilai yang begitu tinggi. Penyusunnya iaitu Sayyid bin Ibrahim al-Huwaithi telah melakukan satu usah yang baik bagi memudahkan orang awam khususnya untuk meneliti syarah dari beberapa pandangan ulama' dalam hanya satu buku. Semoga Allah merahmatinya atas segala usaha baik yang telah beliau lakukan ini....
Boleh dibeli dari : Syarah Arbain An-Nawawi
No comments:
Post a Comment