Friday, February 19, 2010

Nasihat Imam Syafi'e


Setiap di antara kita di Malaysia mengenali al-Imam asy-Syafi’I sebagai pengasas mazhab Syafi’i. Mazhab inilah yang menjadi mazhab rasmi Malaysia. Ketokohan beliau di dalam bidang fiqh sememangnya dikenali hamper seluruh umat Islam sedunia. Tetapi, tidka ramai yang tau bahawa beliau juga seorang ahli bahasa yang sangat tinggi ilmunya. Syair-syairnya yang bertebaran di dalam khazanah kitab-kitab beliau bagaikan mutiara di dasar lautan. Setiap bait-bait syairnya itu, terdapat mesej yang sangat mendalam padanya. Tidak sedikit para ulama yang menghimpunkan permata-permata nasihat al-Imam asy-Syafi’I ini dan dihimpunkan menjadi sebuah kitab yang begitu tinggi nilainya.

Antara yang telah diterjemahkan kepada bahasa kita, adalah himpunan as-Syeikh Muhammad ‘Alif al-Za’by. Kata beliau di dalam mukaddimahnya:
‘Inilah kumpulan syair-syair karya Imam asy-Syafi’I rhm yang mencakupi pelbagai disiplin ilmu dan ajaran-ajaran berakhlak mulia yang jarang terdapat di dalam syair-syair yang lain. Di samping itu juga, bahasanya indah dan menarik. Kumpulan syair ini tidak dapat menandingi syair-syair yang lain pada zamannya, dan sekaligus menjadi pusat perhatian para penikmatnya…..’

Syeikh Muhammad ‘Alif al-Za’by telah menghimpunkan kata-kata dan syair-syair Imam yang besar ini untuk tatapan semua. Agar setiap dikalangan kita,mendapat manfaat daripadanya. Beliau telah menggali syair-syair ini dari pelbagai sumber yang di antaranya al-Bidayah wa Nihayah, al-Muhmadun min al-Syu’ara’ karya al-Qifthy, Hilyah al-Awliya’ wa Thabaqat al-Ashfiya’ karya al-Asbahani dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, tidak semua kata-kata Imam Syafi’I dimasukkan ke dalam buku ini kerana maknanya masih diragui. Beliau juga memuatkan biografi ringkas al-Imam asy-Syafi’I rhm.

Semoga Allah mempermudahkan penulis dalam urusannya. Ameen.

No comments:

Post a Comment