“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah: 153]
Sungguh Allah menguji kesabaran ku terhadap anak-anakku hari ini. Sikap mereka khususnya yang lelaki itu agak luar biasa kebelakangan ini. Rengetan dan tangisan menjadi-jadi. Di suruh dukung 24 jam, tidak mendengar kata, memberontak, sebut saja apa yang tidak mereka buat. Bebelan ayah dan ibu mereka ini menjadi muzik pula bagi mereka. Dikatakan kita tidak memenuhi permintaan-permintaan mereka, tidak pula. Semua yang di minta semuanya kita laksanakan. Pun begitu, mereka tetap dengan kerenahnya……… Hari ini saja, aku telah mengugut untuk mengurung anak lelakiku 2 kali. Setiap kali itulah, dia merayu agar jangan aku kurungnya. Meskipun aku sekadar mengugut,aku benar-benar marah terhadapnya.
Apapun, setiap kali aku memarahi anak-anakku, setiap kali itulah penyesalan terdetik di hati kecil ini. Penyesalan kerana tidak mampu bersabar. Apatah lagi, apabila kita membaca tulisan-tulisan mengenai kaedah mendidik anak-anak dan juga pengalaman individu tertentu mendidik anak mereka (seperti Saifulislam), perasaan serba-salah hadir pada diri ini. Kadang-kala apabila membaca tulisan-tulisan tersebut, terdetik di hati ini, ‘Ya ke ni…?’
Tak sedikit tulisan dan buku yang telah aku baca. Pelbagai kisah telah ku dengar dek akibat membiarkan nafsu amarah terhadap anak dan isteri menguasai diri. Dan setiap kali itulah aku memperbaharui semangatku untuk mendidik anak-anak dengan cara yang dianjurkan dan yang paling penting, dengan sabar. Walaubagaimanapun, ia tidak semudah itu…..
Aku bertekad untuk berfikir akan baik buruknya sebelum tindakan ku ambil terhadap mereka… Mereka hanyalah insan kerdil yang tidak tahu apa-apa. Barangkali, kerenah mereka itu tidak lebih darisekadar inginkan perhatian ibu dan ayah mereka yang tidak sentiasa bersama mereka kerana urusan kerja....
Apaun, inilah kitaran hidup. Dulu kita sang anak yang tidak tau apa-apa. Tapi kini, kitalah ibubapa kepada anak-anak generasi mendatang. Dari satu sudut, kita melihat sukarnya mendidik anak-anak kita. Tapi dari sudut yang lain, apakah kita menghargai pengorbanan ibubapa kita yang melalui kitaran hidup yang sama ini?!!!
No comments:
Post a Comment