Aku merenung jauh melangkau sempadan, cuba mencari ketenangan di sebalik keserabutan yang melanda jiwa. Biar ribut badai melanda diri, tidak sesekali aku akan mengundur diri. Meskipun diri ini kerap terluka, aku akan membalutnya dan meneruskan perjuanganku. Biarpun harapan seolah tiada lagi, aku tidak akan menyerah diri. Aku akan terus melangkah ke hadapan kerana putus asa tiada di dalam kamus hidupku. 🤟🌹
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment