Sunday, January 19, 2020

Aku Tidak Akan Putus Asa...

Aku merenung jauh melangkau sempadan, cuba mencari ketenangan di sebalik keserabutan yang melanda jiwa. Biar ribut badai melanda diri, tidak sesekali aku akan mengundur diri. Meskipun diri ini kerap terluka, aku akan membalutnya dan meneruskan perjuanganku. Biarpun harapan seolah tiada lagi, aku tidak akan menyerah diri. Aku akan terus melangkah ke hadapan kerana putus asa tiada di dalam kamus hidupku.   🤟🌹

PJ, 19 January 2020

Thursday, January 16, 2020

Sambutlah Cintaku - 9


"Assalamualaikum..." Syukri memberikan salam kepada Rina.

"Waalaikummussalam..." Rina menjawab salam dengan senyuman dan mengalihkan pandangan kepada tetamu yang memberikan salam itu. " Eh, En. Syukri... alamak... datang betul yer..." sambung Rina sambil ketawa kecil.

"Saya nak 'check-in'" kata Syukri sambil menyerahkan kad pengenalannya (IC).

Rina mengambil ICnya tanpa berkata apa-apa. Dia kelihatan tersipu-sipu malu. Pandangan Syukri tidak lepas daripada memandang Rina. 

"Saya nak bilik pakej dengan nombor telefon sekali yer. Nombor telefon tu penuh yer" Tiba-tiba Syukri bersuara. Rina yang mendengar terus tersedak. Dia ketawa besar tapi sempat menutup mulutnya.

Selesai 'check-in', dia kembalikan IC dan diserahkan bersamanya kunci bilik Syukri. Syukri mengambil keduanya tapi masih belum berganjak. Dia mengetuk meja resepsi dengan jari telunjuknya perlahan-lahan. Rina faham apa yang di nanti oleh Syukri. Dia mencapai kertas dan menulis nombor telefonnya yang kemudiannya dia serahkan kepada Syukri. Syukri menyambut kertas tersebut dan melihat untuk kepastian. Dia tidak mahu perkara sama berulang. Kali ini, dia lebih teliti. Dia menyalin nombor itu ke dalam telefon bimbit dan menekan butang 'call'. Tidak lama kemudian, nada dering Rina kedengaran. Dia sempat menjeling ke arah telefon Rina dan terpampang namanya Mohd Syukri Hassan pada skrin itu. Syukri memandang wajah manis Rina dan memberikannya senyuman. Muka Rina bertukar merah kerana menyedari Syukri tahu dia telahpun terlebih dahulu menyimpan nombornya.

"Terima kasih" Syukri terus berlalu menuju biliknya....

***

'Jika cintamu tidak terbalas, meskipun segalanya telah kau lakukan, jangan sesekali kau meratap pilu. Lepaskanlah apa yang bukan milikmu. Sesungguhnya, di sebalik rimbunan daun yang menghijau, terdapat bunga yang menanti untuk di petik. Sepertimana jutaan bintang menghiasai persada langit, pilihlah satu yang memikat hati.'

Asyraf membaca kata-kata ini berulang kali. Dia menutup aplikasi FBnya dan memejamkan mata sebentar untuk cuba mencari ketenangan yang sudahpun hilang seminggu ini. Dia sudahpun bersedia untuk melupakan perasaannya terhadap Rina. Dia sanggup mengorbankan cintanya demi persahabatan yang terbina setahun yang lalu. Sesungguhnya dia sedar, cinta itu memerlukan pengorbanan. Apalah guna cinta jika dia bertepuk tangan sebelah. Apa guna cinta, jika ada yang terseksa.

Asyraf membuka aplikasi 'Whatsapp' dan menaip mesej untuk Rina;

'Assalam Rina. Apa khabar. Rasa lama sangat kita tak berborak. Sebenarnya, saya nak mintak maaf if apa yang saya luahkan membuatkan awak tidak senang. Saya faham kiranya awak tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap saya melainkan sekadar kawan. Saya boleh menerima hakikat ini. Awak jangan risau. Yang penting, saya harap kita boleh kekal kawan seperti sebelum ini. Kerana saya sangat sayang pada persahabatan kita. Maafkan saya sekali lagi. ✌' Butang 'send' di tekan. Lama juga dia melihat mesejnya sendiri. Sedang dia membaca mesejnya, status Rina berubah ke 'online' dan 2 tik biru muncul menanda dia sudahpun membaca mesejnya.

'Rina is typing'... berdegup laju jantung Asyraf melihat Rina sedang menaip. Apalah agaknya dia akan balas.

'Wssalam. Jom jumpa hari Sabtu nanti. Kita bincang pasal benda ni 😉" Asyraf membaca jawapan Rina.

'Ok Rina. Nanti kita 'confirm'kan masa.' Jawab Asyraf. Dia berasa sedikit lega walaupun dia tidak tahu apa yang akan dikatakan Rina Sabtu nanti. Apapun, dia akan menerima keputusan Rina dengan hati terbuka dan redha.

Wednesday, January 15, 2020

Sambutlah Cintaku - 8

Part 8

Asyraf duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya. Matanya tertumpu ke arah TV yang tergantung di dinding. Walaupun matanya seperti menonton TV, hakikatnya pemikirannya melayang memikirkan gadis yang dia cintai. 

Sudah 3 hari berlalu sejak dia meluahkan perasaannya. 3 hari itu juga Asyraf tidak berani untuk menegurnya samada melalui 'Whatsapp' maupun menelefonnya. Apalagi untuk bertemu. Rina pun tidak menegurnya. Jika tidak, kerap juga mereka ber'Whatsapp'. Pagi-pagi, ucapan selamat pagi tidak pernah lupa. Begitu juga selamat malam. Kadang-kala hingga ke pagi butapun masih lagi memegang telefon. Kalau Rina lambat atau tidak mesej, serba tak kena jadinya. Jangankan 3 hari, 1 jam tidak mesej pon rasa seperti sesak nafas. 

Asyraf tahu dia memerlukan jawapan daripada Rina kerana selagi jawapan belum diperolehi, selagi itu dia akan tidak tenang. Penantian ini sangat menyeksakan. Padanya, jikapun Rina menolak cintanya, dia perlukan Rina menyatakannya dengan jelas. Memang ia akan mengecewakannya, tetapi setidaknya dia dapat mengatur langkah untuk melepaskannya dan seterusnya 'move on'.

Asyraf mencapai telefon bimbitnya dan membuka aplikasi FB. Sedang dia skrol 'news feed' FBnya, dia terhenti pada 'posting' terkini Rina;

'Cinta yang suci datang dari hati yang ikhlas. Ia tidak boleh di paksa seperti di paksanya sungai melawan arusnya.'

Asyraf menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Dia dapat merasakan mesej itu ditujukan kepadanya. Pun begitu dia tidak dapat memastikannya. Pada Asyraf, mesej itu sangat jelas. Asyraf menekan butang 'Like' dan dia membuat keputusan untuk membiarkan Rina memilih untuk menjawabnya apabila dia telah bersedia. Bahkan sekiranya dia tidak mahu menjawabnya sekalipun, dia redha. Asyraf menyerahkan semuanya kepada Rina.

Tiba-tiba mesej 'whatsapp' masuk. Nama Rina terpampang pada sudut 'notification'. Asyraf terkejut melihat nama itu dan terus membuka mesejnya.

'Assalamualaikum... apa khabar? Lama diam...' Mesej daripada Rina di baca teliti.

Asyraf jadi kaku. Jarinya tidak tahu bagaimana ingin membalas mesej itu. Tapi dikuatkan juga semangatnya... 'waalaikummussalam.. Alhamdulillah sihat. Awak sihat?' Asyraf cuba membalas seperti biasa...

'Sihat jugak... Kenapa 'Like' 'posting' saya tadi?' Soal Rina...

Asyraf ternganga melihat mesej Rina. Dia tidak pasti apakah dia patut menjawab dengan jujur apa yang bermain di kepalanya. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menjawab seadanya, 'Oh, takde apa. Suka kata-kata tu. Dalam maknanya.' 

'K' Rina menjawab ringkas seringkasnya. Status 'online'nya terus hilang. Gambar profilnya juga hilang...

Asyraf mengeluh sekali lagi. Dia meletakkan telefon bimbit di meja sebelah kanannya. Matanya kembali menonton TV...

Xxx

Rina tidak tahu kenapa dia boleh beremosi kini dengan Asyraf. Dia tahu dia masih berhutang jawapan kepada Asyraf. Tapi dia tidak mahu gelojoh dalam membuat keputusan. Dalam masa yang sama, dia tidak mahu persahabatan dia dan Asyraf putus begitu sahaja. Rina betul-betul sayang pada persahabatan mereka. Bila teringatkan saat Asyraf memberinya kertas itu, serabut juga fikirannya. Hingga membuatkan dia hilang 'mood' bekerja. Rina akhirnya membuat keputusan untuk menceritakan kepada sahabat baiknya, Nani. Jika Nani tidak dapat membantupun, sekurangnya dia dapat menjadi pendengar yang baik. Dia berharap dia akan dapat sedikit kelegaan dengan melepaskan apa yang terpendam di dalam hatinya.

Malam itu, Rina menceritakan kepada Nani apa yang telah berlaku. Nani khusyuk mendengar. Rina juga menceritakan apa yang di rasa dan kelirunya dia pada diri sendiri. Setelah diceritakan semuanya, Nani tersenyum. Dia memandang tajam ke arah Rina. Selepas beberapa ketika, dia berkata;

"Rina... takde sapa yang lebih tahu mengenai perasaan kau, melainkan diri kau sendiri. Tapi satu je aku nak bagitau. Apabila cinta itu datang, kau akan pasti tahu itulah cinta. Jika kau masih teragak2 atau keliru, itu bukan lagi cinta yang sebenar. Apapun, jangan terburu-buru dalam membuat keputusan. Jangan memaksa diri untuk mendefinisikan cinta. Kerana jika kau memaksa diri, kau akan menyesal. Adillah pada hati dan diri kau sendiri. Hati kau berhak untuk menikmati cinta yang sebenar" Nani memberi nasihatnya dengan panjang lebar...

Rina terkebil-kebil melihat empunya suara yang dia dengar tadi. Dia tidak sangka kata-kata itu boleh datang daripada Nani. Inilah kali pertama Nani memberikan nasihat yang sangat mendalam maknanya. Dia membalas senyuman Nani dan mengucapkan terima kasih. Rina merasakan sedikit lega... Mereka sambung berborak kosong hingga ke lewat malam...

Xxx

Syukri terkejut apabila dia menerima 'friend request' daripada seseorang bernama Nazrina. Adakah ini Rina? Dia melihat gambar profil dan sah, itu memang Rina yang dia cuba kenali beberapa hari yang lalu. Tidak langsung dia menyangka Rina akan 'add' dirinya. Apatah lagi mereka tidak pernah kenal sebelum ini. Perkenalan mereka tempoh hari pon sangat ringkas.

Syukri berfikir sejenak, apakah patut dia 'approve'. Kerana dia sedar, sebaik sahaja dia approve, Rina akan dapat melihat sedikit-sebanyak kisah hidupnya. Rina juga akan mendapat tahu dia sudah mempunyai anak. Dia bimbang Rina akan terus menjauhkan dirinya setelah melihat FBnya. Namun, dia tidak mahu bermuka-muka. Pada dia, yang paling penting, bukan hanya dirinya, tetapi juga anak kesayangannya. Sekiranya memang ada hawa yang akan menjadi peneman hidupnya, biarlah dia ikhlas. Dia juga tidak mahu gadis yang hanya melihat fizikal dan juga harta material.

Sebelum dia menekan butang 'approve', Syukri membuat 'posting' pada 'news feed'nya;

'Sepertimana padang pasir yang kontang, terkandung di bawahnya sumber galian yang sangat bernilai. Demikian jangan kita menilai seseorang dengan hanya melihat pada yang zahir. Kerana mungkin yang tersirat itu lebih berharga Setiap insan ada kisah hidupnya. Tidak kira manis maupun pahit, semuanya menjadikan siapa kita hari ini.'

Jika benar dia yang ditakdirkan untukku, aku bersyukur kepadaMu. Sekiranya dia bukan untukku, peliharalah aku dari maksiat terhadapMu. Syukri akhirnya menekan butang 'Approve'. 

Xxx

'Friend Request Accepted'

Terkejut Rina melihat 'notification' yang keluar di skrin telefonnya. Dia tidak menyangka Syukri akan menerima 'Friend Request'nya secepat itu. Bahkan terfikir juga Syukri tidak akan langsung menerimanya. Hatinya berdebar-debar kerana mungkin dia akan tahu lebih banyak peribadi Syukri. Namun, perkara pertama yang dia ingin tahu, apakah status lelaki yang berjaya mengusik hatinya. Apakah dia sudah berkahwin atau bujang.. ataupun dia sudah memiliki seseorang...

Rina menghabiskan masa yang lama melihat FB Syukri. Kini dia tahu bahawa Syukri sudahpun berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Tanpa disedari, dia agak kecewa. Tetapi terdapat satu persoalan di dalam kotak mindanya. Mengapa tidak ada satu pun gambar isterinya bersama anaknya. Gambar terakhir isterinya adalah ketika isterinya mengandungkan anak lelakinya 8 bulan.

Akal Rina mula berfikir liar.. Jikapun isterinya telah tiada, mengapa tidak ada satupun 'posting' yang berkait dengannya. Yang ada, hanya 'posting' yang bersifat gembira, positif, motivasi dan peringatan sahaja. 

'Assalam. 'Thank you' add saya. Boleh saya dapatkan sambungan kepada nombor '01...☺️'?' Mesej FB Syukri tiba-tiba masuk. Rina membuka kotak mesej dan membacanya. Spontan dia ketawa kecil kerana teringatkan saat itu.

'Wsalam. 'Welcome'. 'Tq' jugak for 'approving'. Hmmm.. nombor telefon yer...' Rina menjawab dan cuba jual mahal.

'Kalau Cik Rina tanak bagi, takpela. Esok saya jumpa Cik Rina mintak depan-depan sekali lagi.' Syukri sememangnya akan menginap lagi di hotel itu esok. Dia akan ke sana atas urusan kerja lagi.

'Hah... okkk... takpela macam tu.. En Syukri datang esok, saya bagi...' Jawab Rina yakin Syukri hanya berseloroh.

'Baiklah. Jumpa esok yer Cik Rina. Selamat malam...' Syukri mengakhiri bicaranya.

Rina tersenyum tapi di dalam senyuman timbul kerisauan jika Syukri benar-benar muncul di hotelnya esok...

Bersambung....

Sambutlah Cintaku - 7


Rina membelek telefon bimbitnya. Dia menaip nama penuh Syukri pada carian di laman sesawang Google. Dia benar-benar ingin mengetahui siapakah jejaka ini. Mohd Syukri Hassan bin Mohd Aliuddin. Beberapa laman sesawang tersenarai. Matanya tertumpu kepada Laman Mukabuku (FB) dan Instagram (IG). Kedua laman di klik tetapi hampa kerana keduanya di set 'privacy'. Dia ada juga terfikir untuk 'add friend' atau 'follow' tapi dia malu jika Syukri akan memikirkan yang bukan-bukan. Dia melihat gambar profil Syukri, 'Hmm..kacak, segak' Bisik hati Rina.

Dia terlihat laman Linkedln Syukri. Melalui laman Linkedln, Rina mendapat info bahawa Syukri merupakan seorang pengurus di sebuah syarikat antarabangsa. Dia juga dapat mengagak umurnya sekitar awal 30an. Rina mengeluh panjang kerana tidak dapat mengetahui banyak mengenai lelaki ini, terutama mengenai peribadinya.

Dia melihat senarai tetamu di dalam sistem komputernya, mencari nama En Syukri. Setelah jumpa, dia menyalin dan menyimpan nombor telefon Syukri di dalam telefon bimbitnya. Meskipun dia pelik dengan kelakuan dirinya sendiri, dia tahu bahawa hatinya telah dilembutkan oleh seorang insan bernama Mohd Syukri Hassan.

"Apa yang kau mengelamun ni, Rina?" Sergah Nani yang dari tadi memerhatikan kawannya itu.

Rina terkejut dan ketawa kecil, "kau ni.. Terkejut aku. Ingatkan bos.. haha.. Eh Nani, kau ada bagi nama aku kat 'stranger' yer?" Soal Rina ingin kepastian.

"'Stranger' mana pulak ni. Mana ada..." Nani menidakkan soalan Rina.

"Eh ko ni. Mamat tu kata dia tau nama aku dari kau la... Mamat tinggi, hensem, badan sedang-sedang" tegas Rina...

"Oooo... mamat tu. Dia tanya sapa nama kau. Dia kata dia ada urusan yang belum selesai dengan kau dan nak jumpa kau hari ni. Dia ada jumpa kau tak?" Jelas Nani panjang lebar.

"Ada.. dialah yang aku cakap duk tenung aku hari tu.. Syukri nama dia.." Terkeluar nama Syukri dari mulutnya. Sedangkan takde pula Nani bertanya.

"Amboiiiii... Dah tau nama yer... Patutla duk tenung skrin komputer lama. Duk study pasal si Syukri rupanya..."Nani mengusik sambil menjeling ke skrin komputer.

Rina memandang ke skrin dan terus menutup aplikasi. Dia berasa sangat malu. Dia gelak besar sambil menolak kawannya sedikit kebelakang. Nani pon ketawa bersama. Dia tahu hati Rina kini sedang berbunga-bunga. Sudah agak lama dia tidak melihat kelakuan sahabatnya. Kali terakhir dia melihat Rina gembira begini, kira-kira 2 tahun yang lalu. Rina menceritakannya apa telah terjadi sebentar tadi sambil membuka kotak Ferrero Roche pemberian Syukri.

Xxx

Syukri tiba di rumah ibunya di Shah Alam. Sebaik saja enjin kereta dimatikan, pintu rumah terbuka. Kelihatan anaknya, Kamil muncul dari sebalik pintu dan berlari laju meluru ke arah Syukri. Belum sempat Syukri keluar dari kereta, Kamil terus menerpa dan memeluk ayahnya kemas. 3 hari berjauhan membuatkannya sangat merindui ayahnya. Masakan tidak, Syukri la segala-galanya. Dialah ayah dan dialah ibu buatnya. Kamil dibesarkan oleh ayahnya tanpa ibu. Mujur sahaja neneknya masih ada untuk membantu. Ketika Syukri bekerja, Kamil akan di jaga oleh neneknya. Pada ayah dan neneknya, Kamil bermanja.

Ibunya meninggal dunia ketika melahirkan Kamil. 5 tahun mereka menanti untuk dikurniakan cahaya mata. Pelbagai cara telah mereka cuba. Meskipun doktor mengesahkan keduanya normal, mereka masih tidak dikurniakan cahaya mata.

Walaupun begitu, tidak sedikitpun mereka berputus-asa. Doa sentiasa dilafazkan. Sedih dan kecewa sememangnya menjadi rutin mereka. Pon begitu, mereka tahu bahawa semuanya ketentuan Allah. Mereka yakin bahawa setiap yang berlaku ini adalah aturanNya dan inilah aturan yang terbaik.

Setelah 5 tahun menanti, akhirnya mereka menerima berita baik. Isterinya disahkan mengandung. Gembiranya bukan kepalang. Keduanya bersujud syukur setelah melihat keputusan positif yang ditunjukkan pada alat 'pregnancy test'. Ucapan 'Alhamdulillah' tidak lekang dari bibir keduanya. Sungguh ia satu kenikmatan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Syukri sentiasa bersama isterinya. Jika dia terpaksa kerja jauh, dia akan membawa isterinya bersama. Dia bimbang akan keselamatan isterinya. Setiap apa yg diidamkan isterinya, akan dia kotakan, selagi ianya halal. Syukri amat mencintai isterinya. Dia berjanji untuk sentiasa menjaga isterinya dengan sebaik mungkin.

9 bulan berlalu. Persiapan bayi semuanya sudah lengkap. Tarikh kelahiran hampir tiba. Syukri dan isterinya begitu teruja, walaupun ada kerisauan, khususnya isteri Syukri. Tapi berita gembira yang akan tiba itu melupakan mereka akan kerisauan yang kadang-kala bermain dalam hati mereka.

15 Januari 2014, jam 3 pagi, 3 hari sebelum tarikh kelahiran anak pertamanya, isteri Syukri menjerit kesakitan. Syukri yang sedang lena terjaga dari tidurnya. Syukri melihat isterinya dalam kesakitan. Kelihatan darah di antara kedua kakinya. Syukri terus bangkit dari tidur dan bergegas membawa isterinya ke hospital. Kereta di pandu sangat laju sehingga nyaris saja terlanggar bahu jalan. Mujur hospital hanya 5km jaraknya. Sampai sahaja di hospital, setelah diperiksa oleh doktor bertugas, isterinya terus dimasukkan ke dewan bedah. Pembedahan perlu di buat segera untuk menyelamatkan kedua nyawa.

Syukri telah dimaklumkan bahawa isterinya mengalami tumpah darah yang serius. Doktor juga memberitahu bahawa mereka tidak dapat memberi jaminan isterinya akan selamat, tetapi pasti mereka akan membuat sehabis baik. Selebihnya diserahkan kepada Allah.

3 jam berlalu, Syukri dan ibunya menunggu dengan penuh debaran. Doa sentiasa dipanjatkan untuk keselamatan kedua-duanya. Air mata Syukri kerap mengalir. Acap kali dia memeluk ibunya. Hanya Allah yang tahu betapa dia risaukan isterinya yang sangat dia kasihi.

Tidak lama kemudian, doktor keluar dari bilik bedah dan menuju ke Syukri.

"Tahniah, Tuan dah menjadi seorang ayah kepada seorang bayi lelaki yang sihat." Kata doktor itu...

" Bagaimana isteri saya?" Syukri tidak sabar untuk mengetahui keadaan isterinya..

"Maaf. Kami sudah mencuba sedaya upaya. Isteri Tuan tak berjaya diselamatkan. Dia telah pulang ke penciptaNya. Dia syahid ketika melahirkan seorang pejuang Islam." Doktor menyusun kata-katanya rapi. Dia cuba untuk menenangkan Syukri. Syukri jatuh mencium bumi. Air matanya mengalir membasahi seluruh wajahnya. Ibunya datang mendakapnya dan menyuruhnya berisytifar. Dipapahnya Syukri untuk melihat jasad isterinya dan juga amanah yang telah Allah berikan. Syukri medukung anaknya dan berkata, "Duhai isteriku, akan ku jaga anak ini dengan sehabis baik. Aku akan menjadi ayah dan juga ibunya selagi nyawa di kandung badan..."

Syukri tersedar dari lamunan apabila Kamil melepaskan dakapannya. Dia melihat kedua mata Kamil. Tanpa dia sedari, pipinya dibasahi dengan air matanya. Dia mengucup dahi anaknya. Dahi seorang anak yang menjadi keutamaan hidupnya...

'Setiap yang berlaku semuanya atas takdir Allah. Sesungguhnya Dialah sebaik perancang. Redhalah atas segala ketentuanNya. Nescaya kau akan tenang, setenang air di kali.'
Bersambung...




Tuesday, January 14, 2020

Sambutlah Cintaku - 6


Hujan turun dengan lebatnya. Guruh dan kilat silih berganti. Deruan angin kedengaran di luar tingkap. Sekali-sekala kedengaran bunyi atap seakan ingin terbang melayang. Matanya terkebil-kebil memandang ke siling biliknya. Jam menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Sudah sejam dia cuba melenakan dirinya, tapi masih gagal. Kejadian di kedai makan tadi betul-betul mengganggu fikirannya. 

Rina mencapai dompetnya dan mengeluarkan helaian kertas yang diberikan Asyraf. Dia membacanya berulang-kali. Dia cuba mendalami isi hatinya. Apakah yang sebenarnya yang diinginkan. Apakah ada perasaan cinta atau sekadar sentuhan rasa dek kerana indahnya bait-bait nukilan Asyraf. Dia tidak pernah memikirkan soal hati berkaitan Asyraf. Selama ini dia hanya menganggap Asyraf tidak lebih melainkan sahabat baik. Rina menarik nafas panjang dan menghembuskannya perlahan-lahan. Dia beristighfar dan memohon agar Allah dapat membantunya.

Wajah lelaki yang tidak dikenalinya muncul pula. 'Bagaimana dia boleh tahu namaku.' Bisik hati Rina. Ketika bertentang mata, jantungnya seakan terhenti seketika. Hatinya dirasakan seperti di lambung. Segalanya kaku bagaikan gunung memasak bumi. Walaupun pertembungan itu seketika sahaja, Rina dapat merasakan sesuatu yang tidak pernah dia rasai. Jika ini dikatakan cinta, bagaimana pula perasaan yang dia rasakan terhadap Asyraf. 'Tidak mungkin cinta. Masakan boleh cinta jika keduanya hampir serentak. Di satu pihak sabahat baik, di satu pihak yang lain seseorang yang dia tidak pernah kenal sebelum ini.

Xxx

Azan Subuh kedengaran sayup-sayup. Syukri terus bangkit dari tidurnya. Hari ini adalah hari terakhir dia menginap di hotel ini. Setelah selesai solat Subuh dan membaca al-Qur'an, dia bersiap untuk 'check-out'. Selepas semuanya siap, dia menarik bagasinya keluar bilik dan menuju ke restoran hotel untuk menjamah sedikit sarapan pagi. Suasana agak sunyi, mungkin hari ini hari bekerja. Lagi pula bukan musim cuti sekolah. 

Syukri mengambil beberapa juadah yang dihidangkan dan dinikmatinya dengan tenang. Dia menoleh ke luar tingkap, matanya terpukau dengan keindahan alam ciptaan Ilahi. Matahari yang baru sahaja terbit, menyinari muka bumi. Kelihatan juga beberapa awan kulumbus yang bergerak bebas di tiup angin. Syukri meneguk air kopinya dan mengucapkan 'Masya Allah.. Alhamdulillah.. Allah bangkitkan aku dari mati yang sementara kemudian memberikan aku 1001 kenikmatan. Sungguh aku seorang yang buta syukur. Semoga Allah ampunkan dosa-dosaku.'

Syukri melihat jam di tangannya, 815 pagi. Dia terus berjalan ke arah resepsi sambil menarik bagasinya. Rina kelihatan sedang sibuk mengemas meja resepsi, barangkali dia baru masuk kerja. Syukri bernasib baik kerana tiada orang melainkan Rina. Tanpa berlengah, dia terus menyapa Rina setibanya di meja resepsi.

"Assalamualaikum Cik Rina, saya nak 'check-out'." Sapa Syukri dengan tenang...

"Waalaikummussalam. Ok. Boleh sa..." Rina tergamam apabila dia mengangkat pandangannya. Lelaki yang telah mengusik hatinya, sekali lagi berada di depan matanya. Dia kelu seribu bahasa.

"Maaf Cik Rina. Saya dapat tahu nama Cik Rina daripada kawan sekerja Cik, Cik Nani. Saya sendiri bertanya kepadanya." Syukri cuba menjelaskan kerana bimbang Rina memikirkan yang bukan-bukan. Syukri tidak mahu dia disalah-ertikan. Padanya, biarlah kita jujur, meskipun ia boleh menyakitkan. Dia memberikan senyuman yang manis dengan harapan Rina menjadi lebih tenang.

Rina membalas senyuman Syukri. Dia mengambil kad kunci bilik yang dihulurkan kepadanya. "Sebentar, ya Encik." 

Setelah selesai memproses 'check-out' Syukri, dia menyerahkan bil kepadanya, "Ini bilnya Encik Syukri." Senyuman Rina benar-benar menusuk hingga ke hati Syukri. Apalagi dia menyebut namanya.

"Terima kasih Cik Rina. Maaf, boleh saya dapatkan nombor telefon Cik Rina?" Pinta Syukri. Dia sendiri terkejut dengan keberaniannya. Tapi dia nekad. Lagipun dia tidak tahu bila lagi dia akan menginap di hotel ini lagi. 

Rina terkejut dengan permintaan Syukri. Dia cuba bersikap tenang. "Untuk apa yer En Syukri mintak nombor saya?" Rina melontarkan soalan kepada Syukri.

"Maaf kalau Cik Rina tak selesa. Saya memang tertarik dengan keperibadian Cik Rina. Saya ingin mengenali Cik Rina dengan lebih mendalam. Tapi kalau Cik Rina taknak, tak mengapa. Saya faham." Syukri berterus-terang. Senyuman ikhlasnya masih di bibirnya. Dia menanti jawapan balas Cik Rina.

"Sekejap yer..." Rina mencapai kertas kosong kecil yang ada dia meja itu dan menulis di atasnya. Kertas di lipat dan dihulurkan kepada Syukri. "Ini dia. Simpan elok-elok." Rina sempat berseloroh. Wajahnya merah mungkin kerana malu.

Syukri mengambil kertas sambil mengucapkan terima kasih. "Ini sedikit buah tangan dari saya. Makanlah dengan Cik Nani atau kawan-kawan lain." Syukri memberi Ferrero Roche yang dibelinya tempoh hari. Dia terus berlalu menuju ke keretanya tanpa menanti respon Rina. Setelah beberapa langkah, dia menoleh sekali lagi ke arah Rina dan menghadiahkan senyuman. Rina membalas senyumannya dengan senyuman yang manis jua darinya.

Sampai sahaja di kereta, Syukri meletakkan bagasi di ruangan belakang kereta. Dia kemudiannya terus masuk ke dalam keretanya. Di tangannya, masih terselit kertas pemberian Rina. Dia membuka lipatan kertas itu 

'Rina - 01.........' 

Syukri tergelak berdekah-dekah. Mujur sahaja dia di dalam kereta. Kalau tidak, mau ramai orang akan menoleh ke arahnya dek kerana ketawanya yang besar. 'Kau bagi aku 01 jer...'

Tiba-tiba telefon bimbit Syukri berbunyi. Dia terus menekan butang untuk menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, ayah. Bila ayah balik..."


Bersambung....




Sambutlah Cintaku - 5

Syukri berjalan ke arah kedai makan xxx. Kelihatan orang yang sangat ramai di dalamnya. Dia mencari-cari jika ada meja yang kosong. Nasibnya baik kerana satu pasangan, suami isteri barangkali, sudahpun selesai makan dan bersiap-sedia untuk pulang. Dia terus ke arah meja itu dengan laju supaya tidak di ambil orang lain. Sedang dia menuju ke meja tersebut, lelaki itu bangun meninggalkan meja, menuju ke kaunter bayaran. Syukri berjalan berjalan ke arah meja dari arah belakang wanita itu. Apabila dia sampai ke meja, wanita itu bangun dan berpusing. 

"Rina" Syukri spontan menyebut nama itu. Dia terus menutup mulutnya. Malunya bukan kepalang. Wajahnya bertukar menjadi merah. Rina juga tersentak. Pasti dia pelik, bagaimana boleh si lelaki ini mengetahui namanya. Mata mereka bertentangan. Tiada sepatah yang keluar dari mulut mereka. Mereka berdiri seperti patung. 

Lelaki yang bersama Rina sebentar tadi muncul di antara mereka. "Jom..."

Rina terus berlalu pergi bersama lelaki itu.. Syukri sempat melontarkan senyuman meskipun hanya Tuhan tahu betapa gemuruh hatinya ketika itu.

Syukri duduk di meja makan itu. Hatinya mula tidak tenang. Siapakah lelaki yang bersama Rina tadi. Adakah suaminya, 'Ah, bukan sebab Nani menyebut 'Cik Rina' bukannya 'Puan Rina'. Bentak Syukri dengan yakin di dalam hatinya. 'Jika bukan suaminya, adakah itu teman lelaki. Apakah Rina sudah berpunya? Apakah aku perlu meneruskan usaha aku?' Tanya Syukri kepada dirinya sendiri. 'Ish, serabut' keluhnya. Dia malas untuk berfikir lagi, perutnya dah pun berkeroncong kerana lapar. Dia memanggil pelayan untuk memesan makan malamnya...

Xxx

Asyraf duduk di sofa rumah sewanya. Otaknya ligat mengimbas kembali waktu makan malamnya bersama gadis yang telah mencuri hatinya. Tidak sepatahpun yang keluar dari mulut Rina mengenai luahannya. Mereka hanya berborak hal-hal biasa sahaja. Terasa juga suasana kurang mesra seperti biasa. Hati Asyraf mula berasa risau dan mempersoalkan dirinya, apakah langkah yang dia buat ini, langkah yang betul. Bagaimana kalau Rina tidak menaruh sebarang perasaan terhadapnya melainkan hanya sebagai kawan baik. Adakah Rina akan menjauhkan diri daripadanya. Perasaan menyesal mula datang ke dalam dirinya. Jelas dia tidak sanggup untuk kehilangan orang yang dia sayang. Dia tidak mahu kerana cintanya, Rina menjarakkan diri. Dia lebih rela memendam rasa daripada kehilangan seorang kawan yang dia sayang. Sekurangnya dia masih ada di sampingku walaupun sebagai seorang kawan.

Tiba-tiba insiden Rina dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya muncul dalam kotak memorinya. Asyraf sempat melihat wajah kedua-duanya yang saling merenung antara satu dengan yang lain. Asyraf dapat merasakan tenungan Rina yang luar biasa terhadap lelaki itu. Tidak pernah dia melihat Rina memandang lelaki lain seperti itu. Dia ada bertanya Rina ketika berjalan menuju kereta Rina, tetapi Rina mengatakan dia tidak mengenali lelaki itu. Dia tidak dapat menipu dirinya, bahawa dia cemburu... Namun, dia sedar bahawa tiada hak untuk cemburu bagi dia yang tidak memiliki.

Bersambung...

Monday, January 13, 2020

Sambutlah Cintaku - 4

'Cinta itu bagaikan angin. Kau tidak bisa melihatnya tapi kau bisa merasakannya' Nicholas Sparks'


Pandangan, senyuman dan kata-kata Asyraf, benar-benar membuatkan dirinya tidak selesa. Terasa seperti ada bara api di bawah punggungnya menyebabkan dia tidak dapat duduk diam. Tapi dia tidak dapat menafikan, di dalam hatinya tersenyum dengan pujian Asyraf sebentar tadi. Entah kenapa, dirasakan dirinya seperti berada di kayangan.

Sebaik pesanan telah di buat, Asyraf mengarahkan pandangannya ke wajah Rina. Mereka bertembung mata tetapi tiada suara yang keluar daripada keduanya. Asyraf benar-benar memandang tepat ke arah kedua mata gadis pujaannya. Dia memberikan senyuman yang paling manis untuknya. Rina yang menyedari Asyraf merenung tajam wajahnya itu, tanpa disedari, dia membalas senyuman Asyraf. Dia terasa malu sehinggakan wajahnya berubah menjadi merah. Rina mengalih pandangannya ke arah meja. Entah kenapa dia merasakan sedikit kelainan. Perasaan yang awalnya dia rasa terhadap Asyraf, seolah telah hilang. Apakah dia telah membuka kunci pintu hatinya terhadap lelaki yang sedang berada di hadapannya?

Selepas beberapa ketika, Rina mengangkat sedikit pandangannya, tetapi mata Asyraf masih belum berganjak dari memerhatikannya. Dia seolah-olah bersiap untuk memperkatakan sesuatu.

"So Rina, how's your day?" Soal Asyraf memecah kesunyian di antara mereka.

"Biasa jer..." Rina menjawab ringkas.

"Sebenarnya saya ada sesuatu nak bagitau." Kata Asyraf agak gugup...

Hati Rina berdegup laju mendengar kata-kata Asyraf. Dia duduk kaku seperti patung. Matanya masih memandang wajah Asyraf...

Tanpa menunggu panjang, Asyraf menghulurkan sekeping kertas kepada Rina... dia menyambutnya lalu terus membuka lipatan kertas itu dengan berhati-hati,

'Rina,

Setahun sudah perkenalan kita. Sungguh tidak ku rasa berlalunya masa. Kau hadir dalam hidupku, di kala jiwa ini kosong. Saat kita bertemu, kau terus bertakhta di hatiku. Kau menerangi hidupku bagaikan bulan menerangi malam yang kelam, kau mewarnai hari-hari ku umpama pelangi yang indah menghiasai langit yang biru. Perkenalanku denganmu, telah menjadikan episod hidupku penuh bermakna... Terimalah cintaku dan izinkan aku menjadi pemilik kunci hatimu

Yang Mendambakan Cintamu,
Asyraf Salihin'


Rina melipat kembali kertas itu. Hatinya terasa gembira setelah membaca nukilan Asyraf. Dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Apakah gembira itu kerana ayat yang di susun indah, ataupun cinta mula berputik.

Dia memandang ke arah Asyraf yang masih memandangnya dengan senyuman. Namun, di sebalik senyuman itu, terlihat kerisauan jua pada wajah Asyraf... Dia seperti ternanti-nanti respon Rina. 

Belum sempat Rina memulakan bicara, makanan yang di pesan telahpun tiba. Rina yang tadinya ingin memperkatakan sesuatu, terus membatalkan niatnya. Dia tidak mahu terburu-buru. Dia perlukan masa untuk benar-benar memahami hatinya sendiri.

"Jom makan..." kata Rina sambil mula menyuapkan makanan ke mulutnya.

Asyraf yang sedang menanti jawapan Rina, terpinga-pinga...

Bersambung...

Sunday, January 12, 2020

Sambutlah Cintaku - 3

Jam di tangan menunjukkan pukul 830 malam. Syukri baru sahaja selesai membaca Al-Qur'an. Setelah di letakkan kitab suci di meja tepi katilnya, dia bersiap untuk keluar makan malam. Dia yang biasanya makan di hotel sahaja, teringin untuk merasa makanan tempatan pula malam ini. Dia sudahpun tahu di mana dia ingin menikmati makan malamnya melalui pencarian di aplikasi telefonnya. 

Apabila telah siap seadanya, dia terus keluar dari biliknya. Dia berjalan ke arah kereta dan seperti biasa, dia akan melintasi lobi hotel. Sempat juga dia menjeling meja resepsi tapi hampa. Gadis yang kini telah mengetuk pintu hatinya tidak kelihatan. Tetapi dia ternampak seorang gadis lain yang sedang bersiap untuk pulang. Gadis itu seperti pernah dia lihat. Selang beberapa saat, dia mula teringat bahawa gadis inilah yang berada di meja resepsi siang tadi bersama gadis misterinya. 'Mungkin aku boleh bertanya nama gadis misteriku pada gadis ini. Setidaknya, kalau nasibku baik dapat juga ku tau namanya dahulu.' Fikiran Syukri ligat berfungsi. Tanpa membuang masa, Syukri menghampiri gadis itu.

"Assalamualaikum Cik, err Cik Nani." Syukri sempat menjeling tanda nama Nani di atas dadanya.

Maaf, boleh saya bertanya sedikit?" Sambung Syukri.

"Waalaikummussalam. Ya, ada apa-apa boleh saya bantu?" Jawab Nani tenang. Kerja sebagai penyambut tetamu telah melatihnya untuk menghormati tetamu dan sentiasa memberi senyuman.

"Maaf Cik Nani. Sebenarnya saya ingin bertanya nama sahabat kerja Cik Nani siang tadi, perempuan. Saya ada berurusan dengan dia siang tadi tapi belum selesai. Cadangnya nak berjumpanya esok." Syukri berkata bagaikan lembut gigi daripada lidah. Dia menyusun kata-katanya dengan berhati-hati. Bimbang jika gadis di depannya menangkap hasrat sebenarnya.

"Oh. Namanya Cik Rina. Encik boleh cari dia di meja resepsi esok. Insya Allah dia akan ada di situ seawal 8 pagi." Jawab Nani tanpa berfikir panjang. Baginya tiada yang pelik pada pertanyaan Syukri itu. Lagipun dia tidak memberi apa-apa maklumat peribadi kepada orang asing.

"Terima kasih Cik Nani. Esok saya akan berjumpa Cik Rina. Tapi kalau dia takde, mungkin Cik Nani boleh bantu saya esok." Kata Syukri cuba untuk tidak mencurigakan Nani.

"Ya, insya Allah saya boleh bantu juga." Balas Nani dan terus berlalu pergi meninggalkan Syukri.

Syukri tersenyum lebar. Dia terasa seperti mendapat durian runtuh. Dia bukan hanya mendapat nama gadis misterinya sahaja, tetapi juga kepastian bahawa Rina akan berada di meja resepsi hotel dari pukul 8 pagi. Otaknya ligat mengatur strategi. Syukri tidak mahu mensia-siakan peluang ini. Bukannya dia ingin terburu-buru, tetapi hatinya memberontak jika dia tidak mengambil sebarang langkah. Dia terus menuju ke keretanya dan memandu terus ke kedai makan yang telah dipilihnya awal tadi.

***

“Aku bukan seorang pejuang, aku hanyalah seorang pecinta, tapi aku akan memperjuangkan sesuatu yang aku cintai”. Anonymous

Kata-kata ini sentiasa bermain di dalam benak fikiran Asyraf. Kata-kata yang dia baca di dalam salah satu laman web menjadi pembakar semangat untuknya meneruskan usaha untuk memiliki gadis cantik yang telah bertakhta di hatinya. Dia ingin memiliki hati Rina. Kerana dengan memiliki, cintakan bersemi.

Rina yang akan dia temui sebentar nanti, akan dia luahkan isi hatinya. Sudah berapa kali dia mengulangi ayat yang telahpun dia susun, dengan harapan dia tidak gagap di hadapan gadis idamannya. Meskipun dia tidak tahu bagaimana reaksi Rina pada luahannya nanti, dia tekad untuk meneruskan juga. 'Akulah penjuang cinta'.

Dadanya acap kali terasa senak kerana sudah lama memendam rasa. Dia sudah tidak sanggup menahan kesakitan ini. Dia perlu melepaskannya malam ini juga. Jika tidak di gali perigi, masakan kita akan mendapat airnya. 'Apa nak jadi, jadilah.' Bentak Asyraf di dalam hatinya.

Tidak berapa lama selepas itu, kelihatan Rina sedang berjalan ke arah kedai makan. Dia mendongakkan kepala mencari di mana meja yang diduduki oleh Asyraf. Asyraf mengangkat tangan memanggil Rina. Asyraf begitu gembira melihat gadis yang dia gilai menghampirinya. Rina berpakaian baju kurung merah, bertudung hitam. Bibirnya merah tetapi tidak terlalu terang dek kerana gincunya. Mata Asyraf tidak berkelip melihat kecantikan dan keayuan Rina.

Setibanya di meja makan, Rina menarik kerusi dan terus duduk di depan Asyraf. Mata Asyraf masih belum dapat melepaskan pandangannya. Bibirnya tidak berhenti mengukir senyuman.

"Ooii, apahal tengok saya macam tu. Macam nampak apa jer..?" Sergah Rina yang sudah tidak senang dengan tenungan Asyraf.

"Hahaha.. sori sori.. rasa macam ternampak bidadari turun dari syurga pulak ni." Asyraf memuji Rina sambil ketawa...

Rina bertambah tidak senang mendengar kata-katanya, "Hmmm... dah, cepat, order makanan. Saya tanak lama ni..."

Asyraf mengangguk setuju dan terus memanggil pelayan untuk memesan makanan...

Bersambung...



Sambutlah Cintaku - 2

'Cinta itu hadir tanpa di minta. Ia datang tanpa di paksa. Namun, kawallah ia dengan iman bukannya nafsu yang bermaharalela'

Syukri melabuhkan dirinya di hujung penjuru katil. Dia sedikit kecewa apabila gadis yang ingin dia dekati tidak kelihatan di lobi hotel. Hasrat di hati untuk terus menemui gadis itu sepulangnya dari pekan. "Hmmm.. mungkin bukan rezeki ku hari ini. Kalau benar dia jodohku, takkan ia lari meskipun gunung menjadi penghalang." Keluh Syukri. Beberapa saat kemudian dia tergelak sendiri kerana dia tidak menyangka begitu jauh pemikirannya.

Tidak pernah dia mempunyai perasaan begini. Apakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama? 'Sabar.. Tenang duhai hatiku. Jangan nanti dia dah berpunya, menangis tak berlaku pulak aku ni.' Bisik Syukri cuba mengawal diri. Dia sedar dia belum mengenali gadis berkenaan.. Namapun belum dia tahu. Masakan boleh dia meletakkan harapan pada sesuatu yang tiada kepastian langsung... Jangan nanti harapan itu nanti memakan diri pula di kemudian hari...

Syukri tersedar dari lamunannya, teringat solat Asar yang belum dia tunaikan, sedangkan matahari sudah hampir melabuhkan tirainya. Dia berisghtifar kerana kelalaiannya. Sejak kebelakangan ini, kerap juga dia lewat dalam menunaikan solat fardhu. Dia teringat firman Allah dalam Surah Maryam Ayat 59, yang bermaksud :

"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka."
Dia berharap Allah tidak akan menghukumnya atas kelalaian ini. Dia berazam untuk memperbaiki diri terutama dalam bab solat fardhu.



Nada 'ringtone' lagu 'flashlight' berbunyi memecah kesunyian ruang bilik Rina. Dia baru sahaja selesai menyelesaikan solat Isya'nya. Dia mencapai telefon bimbitnya dan melihat nama Asyraf terpampang dia skrinnya..

"Assalamualaikum..." jawab Rina...

"Waalaikummussalam... Rina apa khabar?" Asyraf memulakan bicaranya di hujung talian.

"Alhamdulillah, sihat..." Rina menjawab spontan.

"Awak, jom 'dinner'. Saya belanja..." kata Asyraf. Dia berharap Rina tidak menolak ajakannya.

"Hmmm... ok. Nak makan di mana yer? Tapi saya tak nak lama, letih sikit harini." Sahut Rina.

Asyraf tersenyum gembira mendengar jawapan Rina. "Ok, saya faham. Jumpa di kedai makan biasa dalam pukul 9 malam"

"Ok.." Rina meletakkan telefonnya.

Asyraf masih belum henti tersenyum. Dia sememangnya menyimpan hati terhadap Rina. Sudah setahun mereka berkawan tapi tidak pernah sekalipun dia mampu meluahkan perasaannya terhadap Rina. Dia bimbang Rina akan menjauhkan diri daripadanya jika dia meluahkan juga. Pernah juga beberapa kali dia memberi 'hint', tapi dia tidak tahu jika Rina dapat menangkap apa yang dia cuba sampaikan.

Asyraf amat mengambil berat soal Rina. Kerap juga dia menghubungi Rina bertanyakan khabar. Kerana hatinya telah terpaut, dia memang sentiasa mencari ruang untuk bertemu Rina. Cuba untuk mengenali Rina dengan lebih dekat dan mengharapkan perasaannya berbalas. Dia bercadang untuk mengambil kesempatan pertemuannya malam ini untuk meluahkan perasaannya kepada Rina. Tetapi dia tidak tahu kiranya dia sudah mampu ataupun tidak. Dia mengharapkan dia tidak bertepuk sebelah tangan....



Rina meletakkan telefonnya di atas katil... Dia mengeluh sedikit. Entah kenapa dia menerima pelawaan Asyraf pon dia tidak tahu sedangkan dia cuba membina sempadan di antara mereka berdua. Dia dapat merasakan seolah Asyraf ingin mengatakan sesuatu kepadanya malam ini. Sejak kejadian sebulan yang lepas, dia dapat menduga lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya. Sejak kejadian itu juga dia cuba menjauhkan diri. Selama dia berkawan, dia hanya menganggap Asyraf sebagai kawan baik, tidak lebih dari itu. Dia selesa dengan layanan Asyraf terhadapnya. Mereka boleh berborak dan bergelak ketawa sepertimana layaknya persahabatan. Namun, sejak sebulan ini, Asyraf mula berbicara soal hati. Walaupun, bukan hati mereka yang diborakkan, tapi Rina tidak selesa.

Sikap Asyraf yang begitu mengambil beratpun membuatkan dia rimas. Pada mulanya, dia tidak menyangka Asyraf boleh mempunyai perasaan terhadapnya. Tetapi apabila sahabat baiknya Nani menceritakan bahawa Asyraf selalu bertanyanya soal dirinya, dia mula curiga. "Takpelah. Insya Allah takde apa-apa. Sekadar makan malam. Selesai makan, aku balik terus." Rina membisikkan kepada dirinya sendiri. 

Bersambung...

Kata-kata Hikmah Berkaitan Kejujuran







Saturday, January 11, 2020

Sambutlah Cintaku (TBC) - 1


Syukri berjalan seorang diri. Cuba mengisi masa lapangnya. Dia terasa kebosanan duduk di hotelnya seorang diri. Hendak menonton TV, takde pula siaran yang menarik. Akhirnya dia memilih untuk keluar ke pekan untuk membuang rasa bosannya.

Apabila telah siap berpakaian yang sesuai, Syukri terus keluar dari biliknya menuju lift hotel. Pintu lift terbuka dan terus dia menekan 'G'. Setibanya di 'G', Syukri keluar setelah pintu lift terbuka, menuju ke lobi. Ketika berjalan melintas lobi hotel, matanya tertumpu pada seorang gadis bertudung yang sedang sibuk melayan tetamu di meja resepsi. Cantik dan manis senyumannya, bisik hati Syukri. Tanpa disedari, dia berhenti di tengah lobi untuk memerhatikan gadis itu dengan lebih baik. Tiba-tiba gadis itu kelihatan seperti menjeling ke arahnya. Dia terus melangkah kaki dengan laju menuju kereta di ruangan parkir hotel. Terasa sedikit malu walaupun dia tidak pasti jika gadis itu benar-benar menyedari dia diperhatikan oleh Syukri atau tidak.

Setiba di keretanya, tanpa berlengah dia terus membuka pintu. Kunci di cucuk ke dalam slot kunci dan di pusingkan. Bunyi enjin kereta Audi A4 kepunyaannya sayup kenderaan dari luar. Syukri terus memandu keretanya menuju pekan yang tidak jauh dari hotel itu.



Sedang Rina sibuk melayan tetamu di meja resepsi, dirasakan seperti ada dua mata sedang memerhatikannya. Dia cuba menjeling, ternyata sangkaannya benar. Seorang lelaki yang kacak, agak tinggi dan bertubuh sedang sedang melihatnya. Dia mengalihkan pandangannya serta-merta kerana bimbang akan bertentang mata. "Cik, cik..." Rina memandang tetamu yang sedang dia layani tadi. Dia memohon maaf kerana terhilang konsentrasi sebentar.

Setelah selesai berurusan dengan tetamu itu, Rina cuba memandang sekeliling. Matanya liar mencari kelibat lelaki yang memandangnya tadi. Malangnya lelaki berkenaan telah hilang. "Nani, kau ada perasan tak ada lelaki yang boleh tahan hensem, tinggi duk tengok aku tadi?" Rina bertanya sahabat sekerjanya yang juga ada bersamanya di meja resepsi hotel. "Lelaki mana pulak, kau ni... Perasan betul. Takde pulak aku nampak. Perasaan kau je kot." Jawab Nani. Nani merupakan sahabat karib Iqa. Mereka sudahpun bekerja bersama selama 2 tahun. Nanilah tempat Rina berkongsi rahsia, bercerita, bergelak ketawa sepanjang 2 tahun dia bekerja di negeri orang. "Engkau ni, memang takleh pakai la Nani." Rina menarik muka. Sempat juga dia menggeletek pinggang sahabat karibnya itu.




Fikirannya melayang teringatkan gadis hotel tadi. Hatinya seolah cuba membisikkan sesuatu kepadanya. "Teringin pulak aku nal berkenalan dengan minah tadi tu." Syukri bercakap seorang diri sambil memandu. "Mana tahu, tak dapat buat awek, jadi kawan pon ok." Dia menyambung lagi sambil tersenyum. Syukri bukanlah seorang kaki perempuan. Jangankan bercakap, nak bertentang matapun dia tak mampu. Mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana kurang bercampur dengan lain jantina. Lagi-lagi dia sememangnya seorang pendiam. Kadang-kala dia di usik dengan dikatakan ada emas di dalam mulut kerana beratnya mulut untuk berkata-kata.

Setibanya di pekan, Syukri berjalan menuju supermarket berhampiran tempat dia meletakkan keretanya. Syukri ingin mencari sedikit kudapan untuk dia kunyah ketika di dalam bilik hotelnya. Matanya terlihat para yang penuh dengan cokelat. Otaknya terus memainkan peranan. Di capainya cokelat Ferrero Roche, dan dimasukkan ke dalam bakulnya. Dia nekad untuk jadikan cokelat sebagai pembuka bicara tika ingin berkenalan dengan gadis yang seakan telah mengetuk pintu hati kecilnya. Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyuman...

 Bersambung...

P/S: Cerpen ini rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati. 😉 


#menongkahlautmeredahlautan
#blogku
#apabilapenaberbicara

Royal Garden Hotel, Shanghai

Friday, January 10, 2020

Sesungguhnya Allah sebaik perancang...




'Apa yang tertulis untukmu akan menjadi milikmu walaupun ada gunung yang menjadi penghalang. Namun, apa yang tidak tertulis untukmu tidak akan menjadi milikmu walau jaraknya serapat bibirmu...'

Bahan bacaan ku kini...

People change..

Sometimes you have to accept the fact that you are nobody... Even you were important before... It is becomes obvious when they know you are not in good shape, but they just act like nothing happen. Indeed, people do change afterall, even who you never thought will change.... 

Mendung tidak semestinya ke petang...

Jam di teleponku berbunyi, membuat aku terjaga dari lenaku. Tidurku kurang nyenyak. Mungkin kerana otakku aktif berfungsi. Tambahan pula keadaan bilik yang sejuk membuatkan aku terjaga-jaga di keheningan malam.

Selesai solat Subuh, aku mengambil kesempatan berdoa, mengambil kelebihan mustajabnya doa sang musafir. Semoga Allah mengabulkan doa-doaku, sang musafir yang pastinya tidak suci dari melakukan dosa. Terasa malu terhadapNya, pelbagai perkara di minta, tapi sangat sedikit yang telah aku lakukan untukNya. Walau apapun, solat 5 waktu, jangan sesekali ditinggalkan. Walau di manapun kita berada. Kerana dengan solatlah ia membina agama di dalam diri ini. Solatlah meskipun kita tidak ikhlas. Dengan harapan, solat yang tidak ikhlas itu akan kemudiannya menjadi satu kemanisan sehinggakan kita melewatkannya pun, akan membuatkan hati kita berasa gusar dan tidak senang duduk.

Pada saat aku menulis ini, aku berada di dalam kenderaan, menuju ke destinasi lain yang jauhnya kira-kira 3 jam perjalanan. Terasa ingin cuba melelapkan mata ini sebentar. Aku memaksa diri untuk senyum. Moga pagi yang mendung kini, akan menjadi cerah apabila aku membuka mataku nanti. Demikian jua aku harapkan pada diriku... 




Thursday, January 9, 2020

Satu Hari Nanti...


'Ramai orang orang menyangka kebahagian adalah keberuntungan. Dan, sesuatu yang akan turun seperti hujan jika kita bernasib baik. Hakikatnya, kebahagian adalah hasil usaha seseorang. Saya ingin awak bahagia.' Satu Hari Nanti

Wahai cintaku, sambutlah rinduku ini...

Setibanya aku di bilik hotel, aku terus membuka laptopku. Aku perlu menyelesaikan tugasanku yang lain. Malam nanti ada mesyuarat lain pula. Huh, pasti aku akan di 'belasah' dek kerana kerja-kerjaku yang tertunggak.

Aku mengeluh seorang diri... Letih, lesu, penat, stres, marah, geram, semuanya ada... Kerja satu hal, perkara lain pon ada juga menyibuk bermain dalam diriku... Kadang-kadang terasa juga nak menjerit sekuat-hati. Tapi nasib baik aku masih waras. Nanti ada pula yang datang ke bilik mengetuk tanya mengapa... Mau malu aku dibuatnya...

Ah, baik aku selesaikan kewajipanku dulu. Wudhu' ku ambil dan terus aku selesaikan solat maghrib dan isya secara qasar dan jama'. Sedikit lama aku berada di atas sejadah, mengharapkan ketenangan datang menyejukkan hati yang menggila ini... Ku pejamkan mata dan terus memandu lamunanku ke dalam jiwa yang meronta ini... Cuba mencari cara untuk menjinakkanya agar tenang...

Permusafiranku kali ini terasa agak kekok. Mungkin kerana aku sudah lama tidak merantau. Apa lagi berseorangan. Suasana bilik sungguh sunyi, sehinggakan suara penghuni sebelah bilik yang seakan berbisik pon boleh kedengaran. Aku yang sudah biasa dengan keriuhan anak-anak di rumah, kini seolah berada di dalam kesunyian gua yang gelap-gelita.

Perasaan rindu aku membuak. Barangkali kesunyian ini menjadi baja kepada pohon kerinduan ini. Rindu... ia boleh menjadi satu nikmat, boleh juga ia menjadi satu penyeksaan. Nikmat kerana diselangi dengan cinta yang membara. Adapun penyeksaan pula kerana rindu yang di rasa itu hanyalah sehala. Apapun, tiada cinta, tiadalah rindu. Dengan kerinduan jua, cinta akan terus membara

Wahai cintaku, sambutlah rinduku ini. Agar cinta kita akan terus membara...🤟

Shanghai, China
9 Jan 2020


Wednesday, January 8, 2020

Monolog Seorang Hamba Allah...

Teksi yang ku panggil telahpun tiba. Aku membuka pintu rumahku dan menarik beg bajuku menuju teksi yang sedang menungguku di depan pagar rumah. Setelah semua barangku dimasukkan ke ruangan belakang kereta, aku bersalam dengan isteri dan anak-anakku, mengucapkan selamat tinggal. Tanpa berlengah, aku menaiki teksi yang dari tadi menungguku untuk menuju ke KLIA.



Aku menarik nafas panjang dan melepaskannya dengan perlahan-lahan. Entah kenapa, hatiku terasa tidak tenteram sejak pagi lagi. Keluar pula berita pesawat Ukraine terhempas di Iran. Apakah alam cuba memberi petanda? Aarrghh.. tak mungkin. Ini semua mainan perasaan. Cuba menganggu urusan harianku... Aku mengalihkan perhatianku pada FB. Tapi tiada apa yang menarik.

Pandanganku beralih ke luar. Teksi yang ku naiki ini agak berhemah. Kereta tidak putus memotong. Sesekali aku menjeling ke arah pemanduku. Terlihat dia tetap tenang dengan pemanduannya.

Dalam aku merenung ke luar tingkap teksi, otak kecilku cuba bermain wayang, cuba menjentik memori silamku. Cuba meracuni hati yang sedang bertarung untuk pulih. Pemikiran dan perasaan negatif datang hinggap di hati ini bagaikan parasit. Tidak.. aku perlu 'move on'. Aku kena melepaskan apa yang telah lepas. Apatah lagi pada sesuatu yqng tidak kita miliki. Semuanya tidak akan kembali... Tiada guna untuk di kenang lagi...

Bangunan terminal KLIA kelihatan semakin hampir. Terasa sekejap pula perjalanan. Mungkin dek otak aktif berfungsi... Satu jam dirasakan seperti 30 minit sahaja... Terdetik di hati, bagaimana masa meskipun sama durasinya, boleh disia-siakan begitu saja dan boleh juga dimanfaatkan. Apapun, masa tidak akan penah menunggu kita. Ia akan terus berlalu meninggalkan kita. Allah telahpun memperingati hambaNya dalam surah AlAsr,

'sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar'.

Aku duduk di luar Pintu G2. Menanti panggilan masuk.. Mata aku tertumpu pada 2 insan berlainan warganegara dan bangsa... Seorang pekerja Malaysia salah satu restoran di KLIA dan yang lain itu berkulit putih, tidak pula aku tahu asalnya... Mereka bersalam mesra dan bertanya khabar sesama sendiri. Terlihat si asing ini menghulurkan sekotak rokok kepada lelaki Malaysia itu... Berulang-kali diucapkan terima kasih kepada si asing. Meskipun hanya sekotak rokok, nilai ingatan yang menjadi kayu ukur.

Aku tersenyum melihat bagaimana silaturrahim terjalin merentas sempadan negara dan bangsa... Sungguh besar rahmat Allah yang menciptakan manusia yang pelbagai. Aku bersyukur pada nikmat mata dan telinga yang Allah berikan... Kerana dengannya, dapat aku mengambil manfaat dari alam ciptaanNya.

Cukuplah untuk kali ini aku membebel. Di harap coretan ini bukanlah coretan terakhirku. Diharapkan ada insan di luar sana mengingati dan mendoakan yang baik-baik untukku, khususnya husnul khatimah... Sehingga bertemu lagi, wahai 'blog'ku.

KLIA
8 Jan 2020

Keindahan cinta

'Tiada cinta yang lebih indah daripada mencintai dia yang mencintai kita" - Sophielea, Tuhan Berikan Aku Cinta


Tuesday, January 7, 2020

Selamat pagi duhai alam...

Hari bersilih ganti... Matahari dan bulan saling bergiliran mengambil tempatnya.. Setiapnya memberi manfaat kepada alam... Semoga kita jua dapat memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain... Sepertimana matahari dan bulan menerangi siang dan malam... Semoga kita jua dapat menerangi hidup insan lain... Lakarkan senyumanmu di pagi yang indah ini... Agar ia dapat menjadi penyebab kepada bahagiamu hari ini...


Termenung sepi dalam lamunan cintamu.

'Termenung sepi dalam lamunan cintamu.

Jiwa ini, raga ini, tak mampu lupakan.

Di hati ini terukir sejuta kenangan.

Yang tak akan mungkin terulang.

Rindumu yang hadir di relung hati ini.

Yang tak pernah mati di dalam hidup ini.

Pernah ku mencuba melupakan semua.

Namun kenangan tak pernah pudar.'


Pinjamkan Hatiku


Pinjamkan Hatiku
Song by Adi Priyo and Ayda Jebat

Ini bukan lagu cinta kita yang dulu
Saat itu kupikir kau cinta matiku
Namun kini ternyatalah hatiku milik dia
Bukan engkau seperti kusangka
Oh, mudahnya kau lepaskan kata-katamu
Tak terpikir 'kan terguris perasaanku
Yang selamanya menyinta sedikit pun tak berubah
Kau buang sebegitu saja
Memang salah diriku tak peduli perasaanmu
Yang seharusnya tahu tak lagi di hatiku
Tak layak kau miliki cinta yang suci
'Kan kini dan hingga selamanya
Kusimpankan semua detik terindah
Dalam kenangan cinta
Kerna masa telah mengubah jiwa
Kita harus terima begini suratannya
Tolong, maafkan aku
Mudah bagi dirimu
Ho-o-o-ooo
Kusimpankan semua detik terindah
Dalam kenangan cinta
(Kerna masa telah mengubah jiwa)
(Kita harus terima begini suratannya)
Ho-o-o-ooo
Ho-o-o-ooo
Ho-o-o-ooo
Kerna masa telah mengubah jiwa
Kita harus terima begini suratannya
Ini bukan lagu cinta kita yang dulu
Saat itu kupikir kau cinta matiku
Namun kini ternyatalah hatimu milik dia
Bukan aku seperti kusangka
Tolong, maafkan aku
Mudah bagi dirimu
Hu-u-u-u-uuu


Monday, January 6, 2020

Apabila harapan hanya tinggal harapan...

Apabila pena berbicara...


Aku terbaring di atas katil ku. Mataku melihat ke arah siling . Kipas berpusing laju mendinginkan suasana bilikku. Kedinginannya terasa menusuk di seluruh tubuhku. Aku menarik selimutku, cuba memanaskan diri ini.


Ah, susah betul untuk aku melelapkan mata . Jam telahpun menunjukkan pukul 3 pagi. "Macam mana nak pergi awal kerja esok ni?" aku bersuara di dalam hatiku sendiri.


Lebih 2 bulan keadaanku begini. Puncanya, tidak perlulah ku ceritakan. Cukupla aku dan insan yang tertentu sahaja mengetahuinya. Apa yang pasti, tempoh ini merupakan fasa hitam yang paling dasyat dalam hidupku setakat ini. yang tidak pernah aku terfikir akan melaluinya sebelum ini. Entah berapa banyak cara telah aku cuba lakukan untuk menghadapainya. Namun, setiap kali aku mencuba, aku tetap gagal.


Air mata ku tidak pernah kering. Setiap hari, pasti akan mengalir air mata ini membasahi pipi. Setiap kali aku menadah tangan, memohon kekuatan dan pertolongan dariNya, setiap kali itulah air mata aku berjujuran jatuh. Mungkin kerana hati ini terlalu lembut sehinggakan air mata ini umpama air terjun yang jatuh tidak pernah kering.


Tapi aku sedar, takdir tidak pernah lelah menguji. Kadang-kala Allah sembunyikan matahari di sebalik mendung dan hujan, namun Allah gantikan dengan sebuah pelangi yang indah selepasnya. Setiap insan tidak dapat lari dari ujian. Hanyasaja ujian itu berbeza bagi setiap insan. Aku tidak terkecuali.


Aku juga sedar, ujian ini menjadikan aku insan yang lebih kuat. Selagi mana aku mampu bangkit setelah jatuh, selagi itu, aku akan terus mengorak langkah ke hadapan, meskipun aku perlu menongkah arus, membelah lautan.


Sungguh apa yang hilang itu sangatlah bermakna buat diriku. Tetapi tidak sesekali ia akan menjadi penyebab aku tumbang selamanya. Biarlah harapan yang lalu pergi meninggalkanku. Apa guna untuk kita terus berusaha dan berharap, jika jelas ianya tidak akan membuahkan sebarang hasil. Biarlah ia menjadi pengalaman hidup yang berharga. Akan ku bina harapan yang baru dan ku jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran.


Sudah tiba masanya untuk aku tidak lagi menoleh ke belakang dan meninggalkan apa yang menyakitkan ini selamanya. Aku melangkah pergi meninggalkan satu harapan, tetapi aku membawa bersamaku seribu satu harapan yang baru.... Tenanglah duhai hati.. Dan lepaskanlah apa yang telah tidak kau miliki dengan penuh keredhaan...


Selamat tinggal masa yang lalu... Selamat datang masa depanku....


Bandar Utama
6 Jan 2020

Sunday, January 5, 2020

Dengarlah Duhai Teman...


Apabila pena berbicara...





Duhai Teman,...
Pada ketika kau bahagia, aku turut merasa gembira.. Pada ketika kau bergelak ketawa, aku senyum menumpang ceria.. Pada ketika kau tenang, hati ku turut merasa aman...






Teman,
Di kala kau diam membisu, rasa rindu datang mengusik jiwa... Di kala kau kesusahan, izinkan aku meringankan bebanmu... Di kala kau kesedihan, benarkan aku menjadi penghiburmu..





Aku mungkin tidak bisa menjadi penyelesai masalahmu, tetapi aku yakin aku mampu menjadi teman yang terbaik tika kau memerlukan... kerana prinsip berteman bagiku adalah 'cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit juga'.... dan jangan sesekali seperti 'kacang lupakan kulit'...

Stay Cool & Calm...


You are only needed when there is a need.... But when you are not needed, you are just a stranger... Whatever it is, stay cool and stay calm... What matter most is we do not treat others the way we don't like to be treated...


🕺🕺🕺😘😘😘
😎😎😎😇😇😇
🧘‍♂️🧘‍♂️🧘‍♂️💝💝💝



Syukurilah NikmatNya...

Apabila pena berbicara...


🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♂️🙇‍♀️🙇‍♀️🙇‍♀️


Bismillah.. Innal hamdulillah...


...


Dalam kita mengharungi hari2 kita, kita sering lalai dgn duniawi... ketika kita senang dan bahagia, sgt kurg lidah dan hati ini menzahirkan kesyukuran kepada Allah.. tetapi pd ketika kita diuji, kita akan kembali mengingatiNya. Di saat ini, kita akan mengadu, merintih, merayu, memohon keampunan.. Tidak sedikit yg ketika itu akan berkata, "Ya Allah, bantulah aku.. kiranya Engkau keluarkan aku dari musibah dan kepayahan ini, aku akan kekal menjadi hambaMu yg taat. Sesungguhnya aku insaf, duhai Tuhanku." Tetapi, apabila Allah mengabulkan permintaannya, berapa kerat di antara hambaNya itu, mengotakan apa yg dikatakan itu...


Demikianlah fitrah insan...sejahat dan sekejam manapun insan itu, bila kesusahan menziarahinya, dan ketika dirasakan seperti gunung menghempapnya, pd ketika ajal ingin menjemputnya, tidak lain melainkan dia akan mencari tuhannya... Akal manusia pon dpt melihat betapa manusia ini tidak adil pd Sang PengciptaNya... Tetapi Dia tidak sesekali melupakan hambaNya... meski dosa sebesar gunung sekalipun, tetap pintu taubat di buka.. Sungguh Allah itu Maha Adil lagi Maha Pengampun...


Duhai diriku, sedarlah.. insaflah.. bersyukurlah kpd tuhan semesta alam... ingatlah bahawa ajal tidak mengenal usia.. Apabila tiba masanya, tidak ada sesuatupun yg mampu menangguhkannya... Dan tidak ada guna sesalan pd saat itu...


Ya Rab.. ampunilah dosaku...


Bandar Utama
1pm, 3 Jan 2020



Saturday, January 4, 2020

Fasa Hidupku...

Apabila pena berbicara...

40 tahun hidup di bumi
6 tahun sebagai murid 🧒
7 tahun sebagai pelajar
3 tahun sebagai mahasiswa
16 tahun di alam kerjaya
16 tahun bergelar suami
15 tahun bergelar ayah
5 tahun kerja berjauhan
1 tahun bergelar Atok



Inilah fasa perjalanan hidupku secara ringkas... Setiap fasa kehidupanku, seperti org2 lain, ada kisahnya tersendiri.. samada kisah yg gembira, maupun sebaliknya... Apapun yg telah di lalui, itulah menjadikan siapa kita sekarang...



Aku sedikit tersentuh bila melihat fasa ayah dan juga fasa kerja berjauhan. Kerana 2 fasa ini aku lalui dalam masa yang sama... Dengan kata mudahnya, aku telah kehilangan 5 tahun drpd tahun anak2ku... 5 tahun aku tidak hadir di samping mereka, melihat mereka membesar...



Ya, pemergianku juga adalah pengorbanan demi mencari rezeki yang halal... Tetapi aku tidak dapat menafikan bahawa 5 tahun itu juga adalah masa yg sgt berharga bagi seorg ayah... 5 tahun bukanlah masa yg singkat...



Aku berhrp aku dpt menjadi ayah yg berguna, yg dpt memberi manfaat kpd mereka... Semoga aku dpt memikul tanggungjawab dan amanah sebagai seorg ayah sptmn yg Allah kehendaki...





Alam Budiman
1030 pm, 3 Jan 2020