Wednesday, February 19, 2020

Kehidupan perlu diteruskan...

Kadang-kadang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita... Dalam pada kita kehilangan itu, kita masih cuba untuk mendapatkan apa yang telah hilang itu. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita perolehi. Sungguh kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Takdirnya pasti akan menziarahi setiap langkah kita. Benar, kadang-kala kita merasakan sangat berat untuk kita hadapinya.. Bahkan ada ketika kita merasakan seperti tiada jalan keluar melainkan kita telan keperitan dan kepahitan itu sendiri... Keadaan menjadi lebih teruk apabila kita perlu menghadapinya seorang diri kerana tidak semua masalah itu dapat dikongsikan kisahnya... Namun, tiada pilihan jua melainkan kita meneruskan kehidupan ini... Meskipun lautan api menjadi halangan, tetap perlu kita renangi... Biarpun titian berduri menjadi penghubung, tetap perlu kita redahi... Tiada guna untuk kita membiarkan diri terperangkap dalam kisah hidup yang pilu kerana masa akan tetap berlalu tanpa menunggu sesiapapun... Demikianlah melodi kehidupan insan... Tidak lepas dari ujian dan dugaan... Apapun yang kita tempuhi, sentiasa perlu bersangka-baik padaNya... Kita yakin bahawa Dia akan menunjukkan kita jalan keluar... Meskipun kita merasakan diri ini keseorangan di atas hamparan bumi yang luas, biarpun kita merasakan diri ini bukan lagi sesiapa... yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita....

No comments:

Post a Comment