Aku mungkin bukan sesiapa. Tetapi aku ada hati dan perasaan. Aku ada mata dan telinga. Dan aku juga ada mata hati. Entah kenapa aku masih membiarkan diri ini di tipu, sedangkan jelas apa yang terzahir. Gerak-geri dan tingkah laku, semuanya persis seperti dahulu. Apa lagi yang masih aku inginkan untuk menerima hakikat penipuan ini.
Aduhai akal, mengapa begitu dayus membiarkan hati menguasai diri. Sedangkan semuanya sudah tiada. Apa lagi yang diharapkan, jika diri diperlakukan seperti sampah. Sedarlah wahai diri, sesungguhnya jika aku pergi meninggalkan dunia sekalipun, tidak terusik walau sejentik hatinya.
Biarlah aku sendiri. Aku tidak mampu melihat semuanya. Biarlah aku pergi. Kerana aku tau, aku bukanlah sesiapa melainkan sampah yang satu ketika dulu di tatang tetapi kini di buang.
Maaf, aku tidak mampu lagi menanggung seksa yang berpanjangan ini.

No comments:
Post a Comment