Friday, January 3, 2014

KAWAN ATAU SAHABAT

Tulisan ini asalnya di tulis dalam FB pada 22 Mar 2013.....

Dalam gelak tawaku menonton Lawak Ke Der 2, aku tersentuh dgn penutupan sketsa Jozan yang menyanyikan lagu 'Sahabat Selamanya'. Satu soalan telah kuhadirkan ke diri sendiri, siapakah sahabatku selama 33 tahun aku hidup di dunia ini.

Sungguh, terdapat bezanya antara kawan dan sahabat..... Ramai mengharapkan mereka mempunyai ramai sahabat...tetapi malangnya yang ramai hanyalah kawan.... Entah berap...a ramai insan yang tatkala dia berkuasa, kaya dan ternama, di kelilingi dengan ramai kenalan....tetapi pada ketika tergugurnya pangkat dan jawatan, tidak ada lain melainkan hanyalah keluarganya... Sungguh begitu ramai orang yang menumpang gembira pada ketika kita memperoleh kejayaan, menepuk bahu emngucapkan tahniah. Tetapi sayang, pada ketika musibah menimpa kita, boleh dikira dengan jari berapa ramai yang datang menghulurkan bantuan. Itulah kawan...

Manakala pada ketika engkau terdampar di atas katil dek kerana sakit, ataupun pada ketika kesusahan melanda diri engkau, datang pula seseorang yang kita kenali cuba membantu, ketahuilah bahawa insan itulah sahabat engkau yang sebenarnya. Tidak ramai orang yang sanggup bersusah dan berkorban utk org yg lain. Apatah lagi jika pada ketika itu dia seorang yang senang dan bahagia.

Carilah sahabat, bukan kawan. Ini kerana setiap insan berbeza antara satu dgn yang lain...ada kekurangan, ada juga kelebihan. Kekurangan dan kelebihan pasti ada dalam setiap diri manusia itu.... Tidak ada sapa dapat melarikan diri dari hakikat ini..... Tetapi yang boleh menyempurnakan diri insan itu, adalah sahabatnya sendiri.... Sepertimana lirik lagu Sahabat Selamanya....

"Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia"

Jadilah wahai kawanku, sahabatku selamanya....

No comments:

Post a Comment