Sunday, March 17, 2013

TELAH BERLALU MASA MENINGGALKAN KITA.....


Hari berganti minggu… minggu berganti bulan…bulan berganti tahun…demikianlah masa berlalu tanpa mengira siapa sahaja… yg ditinggalkan, jadilah ia sejarah dan kenangan. tidak mengira ia pahit ataupun manis, ia tetap sesuatu yg amat bernilai…… Manakala hari yang mendatang, masih menjadi tanda soal…. Yang tidak kita tahu ke mana akan ia bawa……

 

Setiap insan tidak lepas dari cengkaman masa. Semuanya dibatasi dengan ruang masa yang ada. Tiada sesiapapun dapat melepaskan diri darinya.

 

Demikianlah juga umur manusia… pada ketika kita masih kecil, tiada apa yang lebih penting melainkan dihabiskan masa dengan bermain…. Dan percayalah, setelah kita menjangkau usia tua, pasti kita akan merenung kembali masa yang telah meninggalkan kita . Pada ketika itu, timbullah penyesalan yang diiringi perkataan ‘Kalaulah….’      

 

Pada hari ini, telah berlalu setahun lagi dalam kehidupan ini…. Tidak ada apa yang lebihnya hari ini. Hanyalah hari ulang tahun kelahiran sahaja… tidaklah hari ini mempunyai kelebihan apa-apapun. Begitulah yang dilihat olehku pada apa yang sering-kali menjadi sambutan orang ramai. Manakan tidak, saban tahun pasti akan ditempuhi… ia sekadar menandakan meningkatnya umur kita setahun lagi….

 

Walaubagaimanapun, bagi yang berfikiran jauh dan juga berwawasan, hari-hari sebegini, sering dijadikan kayu ukur pada apa yang telah ditempuhi sebelum itu… Dari situ, dirancangnya untuk masa mendatang…. Itulah antara rahsia kejayaan insan-insan yang telah mengecapi apa yang mereka impikan……

 

Namun, ada satu yang lebih perlu kita renungkan lebih dari segalanya…… iaitu, apakah masa yang telah berlalu, telah kita gunakan untuk mengecapi kebahagian setelah hilangnya masa, iaitu kebahagian setelah kematian? Entah berapa ramai insan yang mengharungi kehidupan harian mereka dengan penuh kesabaran dan ketabahan, tetapi tidak sesaatpun disediakan bekalan untuk hari ‘kemudian’…. Entah berapa ramai insan yang melalui tanah perkuburan, tetapi tiada apapun yang terdetik di hati sanubarinya melainkan takutkan hantu….

 

Telah berlalu masa meninggalkan kita,……selamat datang masa yang mendatang…. Sentiasa saja masa mencemburui kita…. Tetapi jarang sekali kita mencemburui masa….

Kepada yang telah mengucapkan selamat kepada ku, terima kasih diucapkan. Semoga selamat yang diucapkan menjadi kenyataan.... Amiiinnn...

No comments:

Post a Comment