‘AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR
oleh: g@y@t
Artikel 2003
إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا
وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله
إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم وعلى آله
وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.
Hai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa
kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
beragama Islam. (QS. 3:102)
Hai
sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari
yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya
Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah
kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama
lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu
menjaga dan mengawasi kamu. (QS. 4:1)
Hai
orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah
perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta'ati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (QS. 33:70-71)
أما
بعد:
“Sesungguhnya
benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk
ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang
diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap
bid’ah adalah sesat.” [Hadis riwayat Muslim]
Dalam hadis riwayat An-Nasai pula
terdapat tambahan:
“….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”
Dalam membicarakan mengenai amar makruf nahi
mungkar ini, kita tidak dapat lari dari satu hadis yang cukup popular iaitu:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلي
الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرًا فلغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ،
فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعـف الإيمان ).
رواه مسلم [ رقم : 49 ].
رواه مسلم [ رقم : 49 ].
Maksudnya:
Daripada Abu Sa’id al-Khudri ra katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah saw
bersabda, “"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah
ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka
dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya
(merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah
Iman". [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fatawa muasirah mengatakan
bahawa kenyataan al-Quran dan sunnah terhadap perbuatan berdiam diri terhadap
perbuatannya sama ada pemerintah ataupun rakyat biasa merupakan sesuatu
kenyataan yang dapat menggegarkan hati setiap manusia walaupun terdapat secebis
iman dalam hatinya. Beliau menerangkan mencegah dengan hati bermaksud menyimpan
perasaan benci kepada kemungkaran dan pembuatnya. Perasaan yang dipendamkan itu
akan tiba satu masa akan terkeluar juga dari hatinya dan ini merupakan
sunatullah. Bahkan terdapat juga satu hadis yang menerangkan mencegah dengan
hati itu merupakan salah satu martabat jihad yang terakhir.
Dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semua para
nabi yang dibangkitkan akan disertai oleh hawari(pengikut) dan sahabatnya.
Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu
generasi selepas mereka yang bercakap apa yang mereka tidak diperintahkan.
Siapa berjihad melawan mereka dengan tangannya, dia adalah org yg beriman,
siapa yang berjihad dengan lidahnya dia adalah org yang beriman, dan siapa yang
berjihad dengan hatinya dia juga adalah orang yang beriman. Selepas itu tidak
ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”[HR Muslim]
Allah telah berfirman:
“Telah dilaknati orang-orang
kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian
itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama
lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya
amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (QS. 5:78-79)”
Allah juga berfirman:
“Kamu adalah umat yang terbaik
yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari
yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah
itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan
mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS. 3:110)”
Maka tidak hairanlah Rasulullah saw bersabda:
“Jika sekiranya kamu melihat
umatku takut untuk menyatakan kepada orang zalim, “Wahai si zalim” maka
diucapkan selamat tinggal kepada mereka(iaitu tidak layak untuk hidup).”[HR
Ahmad]
Dr Mustapha al-Bugha dan Muhyiddin
Misto ketika mengsyarahkan hadis yang pertama di atas di dalam ‘Al-Wafi: Syarah
Hadis 40’ mengatakan bahawa mencegah kemungkaran itu hukumnya wajib. Setiap
muslim itu wajib mencegah kemungkaran menurut kemampuannya. Dan kemampuan
minimun ialah mencegah dengan
hati. Bahkan mencegah dengan
hati itu fardhu ain dan sesiapa yg tidak mencegah dengan hati maka telah
hilanglah imannya sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas. Mereka yang meredhai sesuatu
maksiat itu berdosa besar sepertimana dijelaskan dalam hadis berikut:
Drpd al-Urs bin Uyainah ra , Rasulullah saw
bersabda, “Apabila dilakukan satu maksiat di atas muka bumi, maka sesiapa yang melihat dan membencinya(baginda
berkata pada ketika yang lain:
“dab mengingkarinya”), maka dia sama seperti org yang tidak melihatnya. Barangsiapa yang tidak melihatnya tetapi redha dengannya, samalah seperti org
yang melihatnya.”[HR Abu Daud]
Abu Juhaifah telah meriwayatkan
drpd Ali bhw beliau berkata, “Sesungguhnya jihad yang pertama sekali kamu kuasainya ialah jihad dengan tangan, kemudian
jihad dengan lisan
dan selepas itu jihad dengan
hati kamu. Apabila hatinya tidak mengetahui makruf dan tidak mengingkari
mungkar, maka dia telah terbalik. Lalu ia menjadikan bahagian atas berada di
bawah.”
Ibn Mas’ud mendengar seorang
lelaki berkata, “Binasalah sesiapa yang tidak menyuruh kepada kebaikan dan tidak mencegah
kemungkaran.” Lalu Ibnu Mas’ud berkata,
“Binasalah sesiapa yang tidak
mengenali makruf dan mungkar dengan
hatinya.”
Seseorang yang tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisannya
kerana kelemahan iman, maka dia terlepas dari kewajiban sekiranya dia mencegah
dgn hatinya. Ibn Mas’ud berkata lagi, “Akan ada dikalangan kamu mereka yang
panjang umurnya dan sempat melihat kemungkaran yang tidak mampu diubahnya kecuali Allah mengetahui
bahawa hatinya benci kepada kemungkaran tersebut.”
Adapun mencegah dengan tangan atau lisan, terdapat dua hukum berkaitannya iaitu:
1. Fardhu Kifayah: Jika kemungkaran itu dilihat
oleh ramai orang, maka memadai sebahagian yang pergi mencegahnya. Dalilnya:
Dan hendaklah ada di antara
kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf
dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS.
3:104)
2. Fardhu ain: Apabila hanya
seorang yang melihat kemungkaran itu, dan pada ketika itu dia mampu
mencegahnya, maka hukumnya fardhu. Jika tidak dicegah maka dia berdosa.
Namun begitu, sekiranya
pencegahan itu memungkinkan perkara yang lebih buruk berlaku, maka kewajiban itu digugurkan
berdasarkan kaedah fiqh “Melakukan yang lebih ringan daripada
dua mudharat kerana menolak yang lebih besar.”
Perlu diingatkan bahawa sangkaan bahawa tidak mencegah itu mendatangkan
mudharat yg lebih besar hendaklah dengan sangkaan yg kuat.
Adapun salah faham umat Islam mengenai firman Allah swt berikut:
Hai orang-orang yang beriman,
jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu
apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya,
maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 5:105)
Mereka menggunakan hujah di atas
kononnya kecuaian mereka untuk tidak mencegah kemungkaran itu tidak akan
memudharatkan mereka.
Sesungguhnya Abu Bakr ra
berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu membaca ayat ini dan kamu
meletakkannya bukan di tempatnya. Sesungguhnya kami telah mendengar Rasulullah
saw bersabda, “Sesungguhnya manusia apabila melihat kezaliman dan mereka tidak
mencegahnya, maka Allah akan menimpakan azabNya kepada mereka semua.””[HR Abu
Daud]
Dalam mencegah kemungkaran juga
perlulah diingat terdapat kaedah-kaedahnya. Saya sertakan beberapa kaedah:
- Nasihat menasihati, bukannya menimbulkan fitnah
- Bersabar dan sanggup menanggung keperitan dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.
- Mengingkar kemungkaran yang zahir dan diketahui sahaja, bukannya mengintip yang tersembunyi dan tertutup.
- Tidak mencegah perkara yang diperselisihkan(masalah khilaf)
Peringatan
Seseorang yang ingin melakukan amar makruf nahi mungkar
hendaklah dia beramal dengan
apa yang disuruh
dan menjauhkan diri daripada apa yang dilarang orang lain melakukannya
sehinggalah suruhan dan larangannya memberi kesan kepada orang yang disuruh dan
dilarangnya serta usahanya diterima Allah. Allah berfirman:
Hai orang-orang yang beriman,
mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di
sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (QS. 61:2-3)
Terdapat juga satu hadis juga yang melarang perbuatan ini iaitu:
Daripada Usamah bin Zaid
katanya, “Aku mendgr Rasulullah saw bersabda, “Di hari kiamat kelak, di bawa seorang
lelaki lalu dicampakkan ke dalam neraka. Isi perutnya keluar lalu dia
menyeretkannya seperti berpusingnya keldai di sekitar pengisar. Kemudian ahli
neraka itu berhimpun di sekitarnya seraya berkata, “Wahai si fulan! Kenapa kamu
begini? Bukahkah kamu dahulunya menyuruh supaya melakukan perkara makruf dan
mencegah kemungkaran?” Lalu dia menjawab, “Betul aku dahulunya menyuruh supaya
melakukan yg makruf, tetapi tidak aku kerjakannya dan aku mencegah kemungkaran,
tetapi aku melakukannya.””[HR Bukhari dan Muslim]
Allahu ta’ala ’alam.
Wassalam
No comments:
Post a Comment