Tuesday, May 6, 2014

ASAM GARAM KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA....

Susah senang bersama.. perit jerih dikongsi bersama…kegagalan diharungi berdua…kejayaan di sambut dgn kesyukuran… itulah dia hakikat hidup berumahtangga yang sepatutnya… walau apapun jalan cerita telenovela alam perkahwinan kita, semuanya itu satu kenikmatan yg tidak dimiliki oleh org yg belum berumahtangga…. Setujukah anda???


Friday, January 3, 2014

Tanda tanya sebuat kehidupan....

July 5 - FB

Setelah 2 bulan di perantauan, tidak sedikit juga pengajaran hidup yang aku perolehi. Ada yang gembira, seronok dan tidak lupa juga ada yang menyakitkan… Apapun, itulah lumrah kehidupan… bahkan, jika hidup ini umpana garis yang lurus, boleh jadi kita megharapkan kesudahan yang cepat memandangkan bosannya perjalanan hidup….

Apapun, hidup ini satu tanda tanya… kita hanya mampu merancang… tidak ada satu pun yang mampu kita tetapkan…semuanya datang daripadaNya….. Sebagai insan, kita menerima seadanya dgn hati yang tenang, tabah dan sabar…..

Setelah aku pulang, aku telah menanam azam yang baru…. Antaranya, aku ingin sambung menulis sepertimana dulu aku rajin menulis… yg membezakan, dulu aku lebih kepada artikel fakta…. Kini aku rasakan, aku ingin menulis sesuatu yang ringan, yang keluar dari hati yg ikhlas…. Jika tidak memberi apa2 manfaat kepada org lain, setidak-tidaknya, tulisanku menjadi bingkisan memori untuk diri sendiri yang barangkali akan aku tatap di hari tua nanti…

Azamku yg kedua, adalah meluangkan sebanyak masa yang mungkin dgn keluargaku….. sebelum ini, aku kurang memberi didikan kepada anak2… aku lebih menyerahkan kepada sekolah dan ibu mereka… aku lebih banyak bermain dgn mereka berbanding mendidik. Sedangkan tanggungjawab suami juga utk mendidik anak2… tp kini, aku akan menetapkan masaku setiap hari untuk mereka… mengajar dan mendidik mereka semampunya… masih belum terlambat utkku. Moga aku mampu istiqamah….

Buat isteriku, beri aku peluang utk memperbaiki diri ini… meskipun pada lidahmu, aku sudahpun memadai… tetapi aku tau, kau inginkan lebih dari diriku ini….. Kerana setiap insan inginkan kesempurnaan…. Itu fitrah manusia…. Meskipun kita tidak akan mampu mencapai kesempurnaan, setidaknya kita menuju ke arahnya…. Aku akan cuba menjadi suami mithali… bukan pada sudut pandangmu sahaja.. tetapi yang lebih penting, dari sudut Sang Pencipta kita…. Allah yang Maha Esa…

Buat Umi dan Aboh, menjadi azamku juga memperbaiki hubungan kita. Ya, sememangnya diri ini lain dari yang lain… lebih menyendiri seolah menjauhkan diri… tetapi percayalah, tiada niat utk mengasingkan diri… insya Allah, akan ku cuba sebaik mungkin… mencari masa utk diluangkan bersama… kerana ungkapan ‘tiada masa’ hanyalah alasan semata…..

Akhir kata, izinkan diri ini memperbaiki diri sendiri…. Agar aku menjadi insan mithali….. kepada semua, ingatlah, tiada guna penyesalan setelah terlambat…… telah ramai orang meratap akan pemergian sesuatu atau seseorang. Mereka menyesal kerana tidak menghargainya tika semua itu ada… tp semuanya telah terlambat… Oleh itu, rebut peluang tika ianya masih hadir…

'Siapakah aku? Di manakah aku? Apakah matlamat hidupku?'

June 21 - FB

Jgn di sangka air yg tenang tiada buaya... jgn juga di nilai luaran semata2.... spt durian yg diluarnya berduri tajam, tetapi di dalamnya manis.... begitu juga manusia... luarannya nampak gah tetapi di dalamnya tiada apa melainkan hati yg rosak... sama juga suami dan isteri... suami di luar nampak begitu hebat, akhlaknya, penampilannya, percakapannya, semuanya hebat... tetapi di kala di rumah, isterinyalah yg menjadi pemegang rahsia terbesar akan hakikat suaminya itu......begitu juga kalau di luar zahirnya seseorg itu tampak susah, miskin, merana tetapi di dalam sudut hatinya, tidak mustahil dia antara org yg paling bahagia dan tenang. Semuanya subjektif... pokoknya, jgn cepat menilai individu lain... nilailah diri sendiri.. krn menilai org lain tidak dapat memberikan apa2 manfaat. Tp nilailah diri sendiri.. muhasabah diri.... tanyalah kepada diri sendiri... 'Siapakah aku? Di manakah aku? Apakah matlamat hidupku?'

Melodi kehidupan....

June 21 - FB

Aku merenung jauh merentasi masa. Cuba mengambil ikhtibar dan pengajaran atas apa yg telah di lalui setakat ini... ya, kehidupanku tidaklah seperti garis yg lurus... sebaliknya pelbagai rintangan dan halangan yg perlu direntangi.... pun begitu, aku pasti setiap yg di dugaNya ke atasku, adalah sesuatu yg mampuku hadapi... sesungguhnya Dia maha adil. Tidak dibebani seseorg insan melainkan insan itu mampu menghadapinya...

Aku cuba juga melangkau sempadan hidupku... aku melihat insan lain.... tiada bezanya.... semuanya ada cabaran dan dugaan yg tersendiri

Ranjau kehidupan yang tidak seberapa.....

JUNE 18 - FB

12 tahun yg lalu, ketika ku di dalam duka, telah hadir seseorang mengubati hati ini. Angin badai yang datang menghentam jiwa, hilang begitu sahaja. Menyapa hati, mengubati keperitan yang sedang dilalui…. Tidak di sangka, semuanya ketentuan Ilahi…. Dihadirkan pada satu tempat sejak remaja… tetapi hanya saling mengenali di menara gading.. kemudian disatukan pula dengan ikatan perkahwinan sesudahnya.. ya, dialah isteriku……

9 tahun menempuh perjalanan hidup bersama sebagai suami dan isteri…pelbagai onak dan duri dilalui bersama…sabar menjadi senjata keteguhan hubungan…. Tolak ansur menjadi rahsia kebahagian…  tidak pelik pasangan yang kadang-kala bermasam muka…. Kerana suami dan isteri, adalah 2 insan yang berlainan… disatukan dari dua keluarga yang berlainan latar belakangnya…. Sepertimana air sungai dan laut tidak bercampur, namun tetap ia bertemu di muara. Memberi dan menerima tika pasang dan surut. Demikian juga suami dan isteri……

Lihatlah alam…tetapi jangan melihat dengan 2 mata sahaja, tetapi lihatlah dengan mata hati sekali…. Pelbagai pengajaran dapat di ambil… Allah mencipta setiap benda di alam ni dengan pelbagai rahsia bagi orang yg berfikir……. Renungkanlah dengan hati yang lapang…..

TATKALA KITA KE PERANTAUAN....

April 29 - FB

Jauh perjalanan, luas pandangan. Itulah kata pepatah yang tidak asing lagi bagi kita. Tidak kiralah pandangan itu baik maupun tidak, tetap ia menepati maksud pepatah tersebut.

Aku tidak bermaksud utk memperkatakan perihal pepatah ini. Hanya saja ingin berkongsi betapa bernilainya apa yang kita tinggalkan dibelakang di kala kita diperantauan. Terutamanya ahli keluarga kita yang tercinta. Barangkali ada yang tidak berapa terasa kekurangan apabila terpaksa berjauhan dengan insan tercinta. Bukan kerana tiada perasaan cinta dan sayang, tetapi mungkin sudah terbiasa. Kerana tidak sedikit juga yang sentiasa berjauhan dek kerana kerjaya dan lain2 lagi. Tetapi, bak kata pepatah juga, alah bisa tegal biasa. Pun begitu, pasti ada juga perasaan rindu bagi insan yang bergelar manusia biasa.

Malangnya, tidak begitu bagi diri ini. Mungkin aku tidak biasa berjauhan kerana jarang sekali aku berjauhan. Pada ketika ini, perasaan rindu yang membuak2 terhadap isteri dan anak2 melanda hati kecil. Tetapi tiada apa yang boleh di buat melainkan menempuh hari2 mendatang, membilang hari menanti tarikh keramat tiba.

Aku melihat di sebalik apa yang ku alami. Aku rasakan, berjauhan sekali-sekala boleh menyegarkan kembali kasih dan sayang antara satu dengan yang lain. Inilah yang dikatakan ‘refreshing love’….. sesetengah orang menggunakan ‘falling in love again’. Pada aku, penggunaannya kurang tepat. Seolah2 sudah hilang ‘love’ itu sehinggakan memerlukan kembali utk menyintai atau menyayangi seseorang. Arrrrgghh.. itu semua hanyalah mainan perkataan… yang penting empunya diri itu sendiri…

Apapun, sungguh jiwa ini tersentak dengan tangisan anak bongsuku sambil berkata teresak2, “Khyra nak ayah…”

Apakah daya…. Sabarlah duhai keluargaku…. Hari mendatang insya Allah akan tiba jua… Izinkan jua utk si suami dan ayah ini berkata, “Sabarlah duhai isteri dan anak2ku…. Semoga berjauhannya kita ini, memberikan kesan yang positif terhadap kasih dan sayang sesama kita. Menyegarkan lagi cinta yang sedia ada. Bagaikan bunga yang kembang mekar dan tidak kuncup buat selamanya. Moga Allah merahmati dan memberkati keluarga kita di bawah lembayung kasihNya”

KAWAN ATAU SAHABAT

Tulisan ini asalnya di tulis dalam FB pada 22 Mar 2013.....

Dalam gelak tawaku menonton Lawak Ke Der 2, aku tersentuh dgn penutupan sketsa Jozan yang menyanyikan lagu 'Sahabat Selamanya'. Satu soalan telah kuhadirkan ke diri sendiri, siapakah sahabatku selama 33 tahun aku hidup di dunia ini.

Sungguh, terdapat bezanya antara kawan dan sahabat..... Ramai mengharapkan mereka mempunyai ramai sahabat...tetapi malangnya yang ramai hanyalah kawan.... Entah berap...a ramai insan yang tatkala dia berkuasa, kaya dan ternama, di kelilingi dengan ramai kenalan....tetapi pada ketika tergugurnya pangkat dan jawatan, tidak ada lain melainkan hanyalah keluarganya... Sungguh begitu ramai orang yang menumpang gembira pada ketika kita memperoleh kejayaan, menepuk bahu emngucapkan tahniah. Tetapi sayang, pada ketika musibah menimpa kita, boleh dikira dengan jari berapa ramai yang datang menghulurkan bantuan. Itulah kawan...

Manakala pada ketika engkau terdampar di atas katil dek kerana sakit, ataupun pada ketika kesusahan melanda diri engkau, datang pula seseorang yang kita kenali cuba membantu, ketahuilah bahawa insan itulah sahabat engkau yang sebenarnya. Tidak ramai orang yang sanggup bersusah dan berkorban utk org yg lain. Apatah lagi jika pada ketika itu dia seorang yang senang dan bahagia.

Carilah sahabat, bukan kawan. Ini kerana setiap insan berbeza antara satu dgn yang lain...ada kekurangan, ada juga kelebihan. Kekurangan dan kelebihan pasti ada dalam setiap diri manusia itu.... Tidak ada sapa dapat melarikan diri dari hakikat ini..... Tetapi yang boleh menyempurnakan diri insan itu, adalah sahabatnya sendiri.... Sepertimana lirik lagu Sahabat Selamanya....

"Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia"

Jadilah wahai kawanku, sahabatku selamanya....