Apabila pena berbicara...
Aku terbaring di atas katil ku. Mataku melihat ke arah siling . Kipas berpusing laju mendinginkan suasana bilikku. Kedinginannya terasa menusuk di seluruh tubuhku. Aku menarik selimutku, cuba memanaskan diri ini.
Ah, susah betul untuk aku melelapkan mata . Jam telahpun menunjukkan pukul 3 pagi. "Macam mana nak pergi awal kerja esok ni?" aku bersuara di dalam hatiku sendiri.
Lebih 2 bulan keadaanku begini. Puncanya, tidak perlulah ku ceritakan. Cukupla aku dan insan yang tertentu sahaja mengetahuinya. Apa yang pasti, tempoh ini merupakan fasa hitam yang paling dasyat dalam hidupku setakat ini. yang tidak pernah aku terfikir akan melaluinya sebelum ini. Entah berapa banyak cara telah aku cuba lakukan untuk menghadapainya. Namun, setiap kali aku mencuba, aku tetap gagal.
Air mata ku tidak pernah kering. Setiap hari, pasti akan mengalir air mata ini membasahi pipi. Setiap kali aku menadah tangan, memohon kekuatan dan pertolongan dariNya, setiap kali itulah air mata aku berjujuran jatuh. Mungkin kerana hati ini terlalu lembut sehinggakan air mata ini umpama air terjun yang jatuh tidak pernah kering.
Tapi aku sedar, takdir tidak pernah lelah menguji. Kadang-kala Allah sembunyikan matahari di sebalik mendung dan hujan, namun Allah gantikan dengan sebuah pelangi yang indah selepasnya. Setiap insan tidak dapat lari dari ujian. Hanyasaja ujian itu berbeza bagi setiap insan. Aku tidak terkecuali.
Aku juga sedar, ujian ini menjadikan aku insan yang lebih kuat. Selagi mana aku mampu bangkit setelah jatuh, selagi itu, aku akan terus mengorak langkah ke hadapan, meskipun aku perlu menongkah arus, membelah lautan.
Sungguh apa yang hilang itu sangatlah bermakna buat diriku. Tetapi tidak sesekali ia akan menjadi penyebab aku tumbang selamanya. Biarlah harapan yang lalu pergi meninggalkanku. Apa guna untuk kita terus berusaha dan berharap, jika jelas ianya tidak akan membuahkan sebarang hasil. Biarlah ia menjadi pengalaman hidup yang berharga. Akan ku bina harapan yang baru dan ku jadikan pengalaman yang lalu sebagai pengajaran.
Sudah tiba masanya untuk aku tidak lagi menoleh ke belakang dan meninggalkan apa yang menyakitkan ini selamanya. Aku melangkah pergi meninggalkan satu harapan, tetapi aku membawa bersamaku seribu satu harapan yang baru.... Tenanglah duhai hati.. Dan lepaskanlah apa yang telah tidak kau miliki dengan penuh keredhaan...
Selamat tinggal masa yang lalu... Selamat datang masa depanku....
Bandar Utama
6 Jan 2020

No comments:
Post a Comment