Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, April 28, 2020

‘AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR


‘AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR

oleh: g@y@t

Artikel 2003



إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا وسيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. (QS. 3:102)



Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu. (QS. 4:1)



Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menta'ati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar. (QS. 33:70-71)



أما بعد:

“Sesungguhnya benar-benar hadith(percakapan) itu ialah kitab Allah. Sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw. Manakala sejahat-jahat urusan itu ialah yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid’ah manakala setiap bid’ah adalah sesat.” [Hadis riwayat Muslim]



Dalam hadis riwayat An-Nasai pula terdapat tambahan:

“….dan setiap kesesatan itu di dalam neraka.”



Dalam membicarakan mengenai amar makruf nahi mungkar ini, kita tidak dapat lari dari satu hadis yang cukup popular iaitu:



عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه ، قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : ( من رأى منكم منكرًا فلغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعـف الإيمان ).

رواه مسلم [ رقم : 49 ].



Maksudnya: Daripada Abu Sa’id al-Khudri ra katanya, “Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". [Diriwayatkan oleh Imam Muslim]



Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam fatawa muasirah mengatakan bahawa kenyataan al-Quran dan sunnah terhadap perbuatan berdiam diri terhadap perbuatannya sama ada pemerintah ataupun rakyat biasa merupakan sesuatu kenyataan yang dapat menggegarkan hati setiap manusia walaupun terdapat secebis iman dalam hatinya. Beliau menerangkan mencegah dengan hati bermaksud menyimpan perasaan benci kepada kemungkaran dan pembuatnya. Perasaan yang dipendamkan itu akan tiba satu masa akan terkeluar juga dari hatinya dan ini merupakan sunatullah. Bahkan terdapat juga satu hadis yang menerangkan mencegah dengan hati itu merupakan salah satu martabat jihad yang terakhir.



Dari Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah saw bersabda, “Semua para nabi yang dibangkitkan akan disertai oleh hawari(pengikut) dan sahabatnya. Mereka mengamalkan sunnahnya dan mengikut perintahnya. Kemudian datanglah satu generasi selepas mereka yang bercakap apa yang mereka tidak diperintahkan. Siapa berjihad melawan mereka dengan tangannya, dia adalah org yg beriman, siapa yang berjihad dengan lidahnya dia adalah org yang beriman, dan siapa yang berjihad dengan hatinya dia juga adalah orang yang beriman. Selepas itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar sebiji sawi.”[HR Muslim]



Allah telah berfirman:



“Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan 'Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan munkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. (QS. 5:78-79)”



Allah juga berfirman:



“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS. 3:110)”



Maka tidak hairanlah Rasulullah saw bersabda:



“Jika sekiranya kamu melihat umatku takut untuk menyatakan kepada orang zalim, “Wahai si zalim” maka diucapkan selamat tinggal kepada mereka(iaitu tidak layak untuk hidup).”[HR Ahmad]



Dr Mustapha al-Bugha dan Muhyiddin Misto ketika mengsyarahkan hadis yang pertama di atas di dalam ‘Al-Wafi: Syarah Hadis 40’ mengatakan bahawa mencegah kemungkaran itu hukumnya wajib. Setiap muslim itu wajib mencegah kemungkaran menurut kemampuannya. Dan kemampuan minimun ialah mencegah dengan hati. Bahkan mencegah dengan hati itu fardhu ain dan sesiapa yg tidak mencegah dengan hati maka telah hilanglah imannya sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis di atas. Mereka yang meredhai sesuatu maksiat itu berdosa besar sepertimana dijelaskan dalam hadis berikut:



Drpd  al-Urs bin Uyainah ra , Rasulullah saw bersabda, “Apabila dilakukan satu maksiat di atas muka bumi, maka sesiapa yang melihat dan membencinya(baginda berkata pada ketika yang lain: “dab mengingkarinya”), maka dia sama seperti org yang tidak melihatnya. Barangsiapa yang tidak melihatnya tetapi redha dengannya, samalah seperti org yang melihatnya.”[HR Abu Daud]



Abu Juhaifah telah meriwayatkan drpd Ali bhw beliau berkata, “Sesungguhnya jihad yang pertama sekali kamu kuasainya ialah jihad dengan tangan, kemudian jihad dengan lisan dan selepas itu jihad dengan hati kamu. Apabila hatinya tidak mengetahui makruf dan tidak mengingkari mungkar, maka dia telah terbalik. Lalu ia menjadikan bahagian atas berada di bawah.”



Ibn Mas’ud mendengar seorang lelaki berkata, “Binasalah sesiapa yang tidak menyuruh kepada kebaikan dan tidak mencegah kemungkaran.” Lalu Ibnu Mas’ud  berkata, “Binasalah sesiapa yang tidak mengenali makruf dan mungkar dengan hatinya.”



Seseorang yang tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisannya kerana kelemahan iman, maka dia terlepas dari kewajiban sekiranya dia mencegah dgn hatinya. Ibn Mas’ud berkata lagi, “Akan ada dikalangan kamu mereka yang panjang umurnya dan sempat melihat kemungkaran yang tidak mampu diubahnya kecuali Allah mengetahui bahawa hatinya benci kepada kemungkaran tersebut.”



Adapun mencegah dengan tangan atau lisan, terdapat dua hukum berkaitannya iaitu:



1.  Fardhu Kifayah: Jika kemungkaran itu dilihat oleh ramai orang, maka memadai sebahagian yang pergi mencegahnya. Dalilnya:



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)



2. Fardhu ain: Apabila hanya seorang yang melihat kemungkaran itu, dan pada ketika itu dia mampu mencegahnya, maka hukumnya fardhu. Jika tidak dicegah maka dia berdosa.



Namun begitu, sekiranya pencegahan itu memungkinkan perkara yang lebih buruk berlaku, maka kewajiban itu digugurkan berdasarkan kaedah fiqh “Melakukan yang lebih ringan daripada dua mudharat kerana menolak yang lebih besar.” Perlu diingatkan bahawa sangkaan bahawa tidak mencegah itu mendatangkan mudharat yg lebih besar hendaklah dengan sangkaan yg kuat.



Adapun salah faham umat Islam mengenai firman Allah swt berikut:



Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. 5:105)



Mereka menggunakan hujah di atas kononnya kecuaian mereka untuk tidak mencegah kemungkaran itu tidak akan memudharatkan mereka.



Sesungguhnya Abu Bakr ra berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu membaca ayat ini dan kamu meletakkannya bukan di tempatnya. Sesungguhnya kami telah mendengar Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya manusia apabila melihat kezaliman dan mereka tidak mencegahnya, maka Allah akan menimpakan azabNya kepada mereka semua.””[HR Abu Daud]



Dalam mencegah kemungkaran juga perlulah diingat terdapat kaedah-kaedahnya. Saya sertakan beberapa kaedah:



  1. Nasihat menasihati, bukannya menimbulkan fitnah
  2. Bersabar dan sanggup menanggung keperitan dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar.
  3. Mengingkar kemungkaran yang zahir dan diketahui sahaja, bukannya mengintip yang tersembunyi dan tertutup.
  4. Tidak mencegah perkara yang diperselisihkan(masalah khilaf)



Peringatan




Seseorang yang ingin melakukan amar makruf nahi mungkar hendaklah dia beramal dengan apa yang disuruh dan menjauhkan diri daripada apa yang dilarang orang lain melakukannya sehinggalah suruhan dan larangannya memberi kesan kepada orang yang disuruh dan dilarangnya serta usahanya diterima Allah. Allah berfirman:



Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. (QS. 61:2-3)



Terdapat juga satu hadis juga yang melarang perbuatan ini iaitu:



Daripada Usamah bin Zaid katanya, “Aku mendgr Rasulullah saw bersabda, “Di hari kiamat kelak, di bawa seorang lelaki lalu dicampakkan ke dalam neraka. Isi perutnya keluar lalu dia menyeretkannya seperti berpusingnya keldai di sekitar pengisar. Kemudian ahli neraka itu berhimpun di sekitarnya seraya berkata, “Wahai si fulan! Kenapa kamu begini? Bukahkah kamu dahulunya menyuruh supaya melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran?” Lalu dia menjawab, “Betul aku dahulunya menyuruh supaya melakukan yg makruf, tetapi tidak aku kerjakannya dan aku mencegah kemungkaran, tetapi aku melakukannya.””[HR Bukhari dan Muslim]



Allahu ta’ala ’alam.



Wassalam




Wednesday, June 2, 2010

AKIKAH

MUKADDIMAH

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له.
وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمداً عبده ورسوله.
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ} [آل عمران 102].
{يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيراً وَنِسَاء وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِي تَسَاءلُونَ بِهِ وَالأَرْحَامَ إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا} [النساء 1].
{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا سَدِيدًا. يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَن يُطِعْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا} [الأحزاب 70-71].
أما بعد:
Kami bersyukur ke hadrat Allah di atas nikmat Islam dan iman yang telah Dia kurniakan kepada kami. Tidak ada tempat untuk diucapkan syukur secara mutlak melainkan kepadaNya, Azza wa Jalla.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin sekalian kerana sudi datang untuk memeriahkan kenduri nasikah[1]. Sungguh menyambut kelahiran anak sulung kami, merupakan satu detik yang cukup menggembirakan kami. Meskipun pelbagai dugaan yang perlu diharungi khususnya si ibu, Alhamdulillah segalanya telah selamat.

Setelah menyambut kelahiran, tibalah masanya untuk menunaikan tuntutan agama iaitu nasikah. Meskipun ia bukanlah wajib, sebagai hamba Allah yang serba lemah, kita tunduk kepada perintahNya yang disampaikan melalui Nabi kita Muhammad saw.

Saya mengambil peluang ini, untuk berkongsi sedikit perihal kajian saya berkaitan nasikah yang telah saya lakukan dalam usaha melaksanakan nasikah sesuai dengan apa yang termaktub dalam nas-nas dan juga qaul ulama’ yang dipercayai.

Artikel ini bolehlah sedikit sebanyak menjadi satu garis panduan yang saya rasa ada baiknya kita menelitinya. Sungguh, satu-satu amalan itu akan menjadi lebih baik kiranya kita mengetahui dalil-dalil serta hukum berkaitannya.

Dengan usaha yang kecil ini, kami benar-benar berharap agar amalan kami diterima Allah swt.


Syed Edlee Harith
g@y@t
Taman Melewar, Gombak
Sabtu, 4 Jun 2005
Hukum Nasikah

Nasikah disyariatkan dalam Islam berdasarkan kepada beberapa dalil hadis. Salah satunya adalah:

Daripada Salman bn Amir ad-Dhobbi ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, “Hak seorang anak adalah aqiqah, sembelihlah haiwan untuknya dan buangkanlah segala kesakitannya.”[Hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain]

Adapun mengenai hukumnya, para ulama’ berbeza pendapat. Dr Mariam Ibrahim Hindi dalam kitabnya al-Aqiqah fi al-Fiqh al-Islami telah menghimpunkan 3 pendapat iaitu wajib, sunat dan makruh[2]. Namun, saya tidak bertujuan untuk membahaskannya di sini kerana ia memerlukan ruang yang lebih besar. Cukuplah saya melampirkan qaul mazhab Syafi’i.

Dalam kitab Fiqhul Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam asy-Syafi’I dinyatakan bahawa hukum nasikah adalah sunat muakkad. Dalilnya adalah sepertimana dikemukakan sebelum ini.

Binatang Nasikah

Dr Wahbah al-Zuhaily dalam kitab al-fiqh al-Islami wa Adilatuhu Juz 3 mengatakan bahawa binatang aqiqah adalah sama seperti binatang korban iaitu binatang an’am(ternakan).

Namun, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa binatang aqiqah hanyalah kerana Nabi saw hanya menyembelih kambing sahaja. Ini merupakan pendapat al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya fathul Bari jil 9. Dalilnya:

Daripada Ummi Kurz dan Abu Kurz, mereka berkata, “Seorang perempuan daripada keluarga Abdul Rahman bin Abu Bakr telah bernazar akan membuat nasikah dengan unta jika melahirkan anak. Aishah ra berkata, “Bukan! Bahkan paling baik yang menepati sunnah iaitu anak lelaki 2 ekor kambing yang sepadan dan bagi anak perempuan seekor kambing.””[Hadis diriwayatkan oleh al-Hakim dan dihasankan olehnya]

Walaubagaimanapun, jumhur fuqaha’ mengatakan boleh juga menyembelih selain kambing berdasarkan kepada dalil berikut:

Daripada Anas ra dengan sanad yang hasan, “Beraqiqah untuk anak dengan unta, lembu dan kambing.”[Dikeluarkan oleh Tabrani]

Adapun mengenai bilangan kambing itu, fuqaha syafi’iyyah berpendapat bahawa bagi anak lelaki, 2 ekor kambing manakala bagi anak perempuan seekor sahaja. Dalilnya seperti hadis al-Hakim di atas.

Waktu Nasikah

Disunatkan menyembelih nasikah setelah keluarnya bayi dengan sempurna daripada perut ibu. Dan ini berterusan sehingga balighnya bayi itu.

Namun, sunat yang dituntut adalah dilakukan pada hari ketujuh berdalilkan hadis berikut:

Daripada Samrah ra katanya bahawa Rasululah saw bersabda, “Bayi itu ditebus oleh aqiqahnya, disembelihkan ia pada hari ketujuh, hari itu diberikan nama dan dicukur kepalanya.”[Hadis sahih riwayat Abu Daud, Tirmidzi, Ibn Majah, Ahmad dan lain-lain]

Salim Ali Rasyid al-Syubli dalam buku yang diterjemahkan ke tajuk ‘Hukum Menyambut Kelahiran Zuriat Menurut Sunnah Rasulullah saw’ berpendapat waktu yang paling afdhal melakukan penyembelihan adalah pada hari ketujuh tanpa menunda ke hari lain dan wajib hukumnya menyegerakan aqiqah jika mempunyai kemampuan.

Hukum Daging dan Kulit

Daging hendaklah dimakan dan disedekahkan. Tidak boleh dijual walaupun sedikit.

Fuqaha Syafi’iyyah mengatakan bahawa tidak makruh memecahkan tulang kerana tiada dalil yang menunjukkan ke arah makruh.

Sunat juga disedekahkan daging nasikah itu kepada bidan yang menyambut bayi berdasarkan kepada hadis mursal berikut:

Kenduri Nasikah

Tidak terdapat sebarang hadis daripada Nabi saw mengenai kenduri nasikah. Hanyasaja terdapat di kalangan sahabat yang melakukannya. Antara dalilnya:

Daripada Muawiyah bin Qurah berkata, “Tatkala I’yas dilahirkan, aku mengundang sahabt datang ke rumahku kerana mengadakan kenduri. Sempena kehadiran mereka aku berkata, “Kamu sekalian memenuhi jemputan majlis yang mulia ini dan semoga kamu mendapat keberkatan daripadanya. Aku meminta kamu sekalian mengaminkan ketika aku berdoa untuk agama anakku dan kecerdasan akal I’yas. Itulah niatku mengundang dan menjamu selera di rumahku dan memberitahu kamu satu doa yang khusus untuk anakku I’yas dalam majlis yang penuh berkat ini.””[Dikeluarkan oleh Bukhari dalam adabul Mufrad dengan sanad yang sahih]

Maka berdasarkan athar di atas, jelaslah bahawa cara kenduri yang dilakukan oleh para sahabat ra.

Bercukur

Hukum mencukur kepala bayi adalah sunat tanpa mengira lelaki mahupun perempuan. Maksud cukur adalah jelas tanpa memerlukan sebarang penjelasan lagi. Telah keliru kebanyakan awam bahawa menganggap memadai dengan hanya memotong jambul bayi itu. Padahal jelas dalam hadis bahawa yang disuruh adalah mencukur:

Daripada Amru bin Syu’aib meriwayatkan bahawa Rasulullah saw menyuruh memberi nama anak pada hari ketujuh dan mencukur rambut kepalanya.[Hadis hasan diriwayatkan oleh Tirmidzi, al-Hakim, Ahmad, Baihaqi dan lain-lain]

Hadis di atas umum tanpa mengkhususkan lelaki atau perempuan. Oleh itu, para fuqaha’ tidak membezakan lelaki dan perempuan dalam hal ini.

Adapun larangan bercukur separuh adalah merujuk kepada hadis berikut:

Ibn Umar ra mengatakan, “Antara larangan Rasulullah saw adalah dengan mencukur rambut yang tidak sempurna(Qaz’i). Lalu mereka bertanya, “Apakah itu Qaz’i?” Baginda menjawab, “Mecukur sebahagian rambut di kepala dan membiarkan sebahagian lagi.””[Hadis sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, an-Nasa’I, Ibn Hibban dan lain-lain]

Rambut yang dicukur, ditimbang. Kemudiannya bersedekah perak seberat timbangan rambutnya itu. Ibn Hajar dari kalangan mazhab Syafi’I dalam kitab al-Talkhis berkata:

“Semua riwayat sependapat menyatakan kadar sedekah itu mengikut sukatan perak. Tiada suatu riwayat yang menyebut sukatan emas.”

Namun begitu, kitab kontemporori mazhab Syafi’I iaitu al-Fiqh al-Manhaji mengatakan boleh memilih antara sukatan perak atau emas.

Adapun waktu bercukur adalah selepas disembelihkan binatang nasikah itu. Ia tidaklah semestinya pada waktu kenduri nasikah itu sepertimana dipahami orang awam. Bahkan berdasarkan hadis Amru di atas, disunatkan juga mencukur anak pada hari yang sama dengan hari penyembelihan.

Penutup

Demikianlah risalah yang serba ringkas ini yang saya tulis dalam masa 2 hari. Ketahuilah bahawa perbahasan di atas ini diringkaskan sedaya yang mungkin. Padahal, para fuqaha telah membahaskannya dengan panjang lebar. Pelbagai perbezaan pendapat wujud mengenainya dan kesemuanya merupakan ijtihad para mujtahid berdasarkan dalil-dalil yang mereka kemukakan.

Dengan ruang yang terhad ini, tidak mampu untuk saya bahaskannya. Sedangkan hati ini inginkan yang demikian. Oleh itu, memadailah risalah ini bagi panduan orang awam. Sebarang kekurangan dan kesilapan diharapkan dapatlah dikhabarkan kepada saya untuk diperbetulkan. Kerana sesungguhnya insan itu insan. Tidak dapat insan lari dari sifat keinsanannya yang serba lemah.

Daripada Abdullah bin Amru bin Ash ra bahawasanya Nabi saw bersabda, “Sampaikanlah sesuatu dariku meskipun satu ayat, dan boleh saja kalian menceritakan tentang Bani Israil(untuk diambil pelajaran). Barangsiapa yang mendustakan kepadaku dengan sengaja, maka sebaiknya ia bersiap-siap untuk menempati tempat duduknya di neraka.” [Hadis riwayat Bukhari. Imam an-Nawawi memasukkan hadis ini dalam Riyadhus solihin di bawah bab Kitab al-ilmi]

“Ya Allah. Saksikanlah bahawa aku telah menunaikan amanahMu dengan menyampaikan ilmu yang ada pada diriku. “

Wassalamu’alaikum

Ditulis dan disusun oleh,
-Ayahanda-

[1] Para ulama’ berbeza pendapat mengenai hukum menggunakan istilah aqiqah. Ada yang mengharuskan dan ada yang memakruhkannya. Ibn Hajar al-Asqalani dalam fathul bari (9/588) mengatakan bahawa kalimah yang terbaik adalah nasikah atau dzahibah, bukannya aqiqah. Allahu’alam.
[2] Dr Mariam Ibrahim Hindi mengatakan bahawa mazhab Hanafi mengatakan hukum nasikah itu makruh. Yang benar (Allahu ‘alam), pada sisi mazhab Hanafi, hukumnya harus sepertimana dinyatakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-fiqh al-Islami wa adilatuhu.

Tuesday, June 1, 2010

TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI


TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI*

Oleh: g@y@t
(Artikel ini ditulis pada tahun 2004)

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang menciptakan alam ini tanpa sedikit kecacatan. Yang menjadikan manusia dengan penuh sifatnya. Maha Besar Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah pada Rasul mulia, junjungan kita Nabi Muhammad SAW, keluarganya, sahabatnya, dan para penerusnya yang mengikuti mereka sehingga kiamat. Wahai orang Islam sekalian, takutlah akan Allah. Bertawakallah kepadaNya. Bersama-samalah kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran. Semoga tergolong di dalam golongan yang telah dijanjikan Allah kemualiaan di sisiNya. Insya Allah.

Rata-rata masyarakat Islam mengi’tiraf kuasa suami ke atas isteri yg diberikan oleh Islam. Masyarakat Islam rata2 sudah mengetahui hak suami ke atas isteri. Dan perkataan nusyuz juga sudah tidak asing lagi pada pandangan masyarakat awam Islam. Namun, apa yg menyedihkan kelompok suami ini seakan-akan tidak tahu hak isteri ke atas suami. Apa yang cuba diketengahkan ialah sikap pergaulan suami kepada isteri yg kasar dan dicampur pula dgn herdikan serta hinaan. Isteri ditengking tanpa merasa timbang-rasa.

Islam telah menggariskan bukan saja hak suami ke atas isteri tetapi juga sebaliknya. Di antara hak isteri ialah nafkah zahir dan batin, didikan dari suami, layanan mesra daripada suami dan lain-lain. Apa yg ingin ditekankan di sini ialah hak layanan suami ke atas isteri.

Allah telah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud:

“…..Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.”

Dalam ayat 228 surah al-Baqarah pula, Allah berfirman yang bermaksud:

“…..Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang makruf….”

Ibn Kathir dalm mentafsirkan ayat 228 di atas mengatakan apa yang dimaksudkan dengan ‘hak yang seimbang’ ialah bergaul dgn mereka dgn baik, berbuat dan melayani mereka dengan baik bergantung pada kemampuannya. Sepertimana suami ingin dilayani isteri, seperti jugalah hendaknya suami melayani isteri. Sesuailah dgn sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Terbaik dikalangan kamu ialah yg paling baik terhadap isterinya dan sesungguhnya akulah org yg paling baik dikalangan kamu terhadap isteriku.”[HR at-Turmudzy dan Abu Dawud]

Dalam hadis yg lain;

“Orang mukmin yang paling baik imannya iaitu yang paling baik akhlaknya. Dan orang yang paling baik di antara kamu iaitu org yang sangat baik kpd isterinya.”[HR Ahmad dan at-Turmudzi]

Seorang suami juga seharusnya melihat jangkamasa panjang jika terjadi sesuatu yg tidak disukainya sepertimana hadis berikut:

Abu Hurairah ra menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda, “Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminat(isteri). Jika dia tidak menyukai salah satu perangai isterinya, tentu ada sesuatu perangai lain dari isterinya yg disukai.”[HR Ahmad dan Muslim]

Allah berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 128 yg bermaksud:

“Dan jika seorang wanita khawatir akan nusyuz atau sikap tidak acuh dari suaminya, maka tidak mengapa bagi keduanya mengadakan perdamaian yang sebenar-benarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka) walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu bergaul dengan istrimu secara baik dan memelihara dirimu (dari nusyuz dan sikap tak acuh), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Maka jelaslah dengan segala dalil yang dikemukakan di atas, tidaklah terdapat sebarang alasan untuk seorang suami melayan isteri dengan kasar atau seumpamanya tanpa sebab. Hak menggauli isteri dengan baik ini adalah satu kewajipan dan sekiranya ia tidak dilaksanakan, maka berdosalah suami dan kata-kata bahawa suami itu tidak akan berdosa jika berkasar dengan isteri itu tertolak. Allahu Ta’ala ‘alam.




* Lihat juga:


Dr Saalih Ghaanim al-Sadlaan, The Fiqh of Marriage in the Light of the Quran and Sunnah

TM Hasbi Ash Shiddieqy, Koleksi Hadis2 Hukum 8

Fatawa Ibn Uthaimeen, Fatawa Islamiyyah Jil 5

Sayyid Sabiq, Fiqhus sunnah

Friday, March 5, 2010

Apakah Itu Tabarruj?

Firman Allah Taala: "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, supaya mereka mengenakan jilbab ke seluruh badannya, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal; kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzab: 59)

Di dalam surah al-Nur, ayat 31: "Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa keliahtan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.."

*****
Di atas adalah di antara nash syar'I yang menjadi dasar berpakaian dalam Islam dan berhias (utk wanita).
Kemudian pada ayat lain Allah berfirman:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu". (Al-Ahzab:33)

Ayat ini pula menceritakan tentang larangan bertabarruj sebagaimana orang jahiliah dahulu.

*************
Baiklah, berdasarkan seluruh nash-nash mengenai aurat dan berhias, di hadapan kita sekarang ini ada beberapa persoalan yang perlu dipecahkan, antaranya ialah:

1) Batasan aurat - Anggota asas yang disepakati oleh para ulamak agar ditutup ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua telapak tangan.

2) Apakah muka termasuk aurat - Muka pula telah diperselisihkan di kalangan mereka, ada yang kata ia adalah aurat dan ada yang kata bukan aurat.

Kalau, kita pilih pendapat yang mengatakan bahawa muka adalah aurat Habis cerita. Soal gincu, bedak, losyen dan celak dsbnya sudah tentu tak timbul. Ia nyata haram dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi. Tetapi, bagaimana jika kita memilih bahawa muka itu bukan aurat - kebanyakkan kita memilih pendapat ini -, di mana kedudukan celak, gincu, bedak dan bla.. blabla

Sekarang ini kita pilihlah kononnya bahawa muka itu bukan aurat Tetapi, sebelum itu lebih baik kita bincangkan dahulu mengenai masalah tabarruj, yang sudah tentu berkaitan dengan soal muka bukan aurat.

**************
Apa itu tabarruj yang di maksudkan di dalam firman Allah:
"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)". (Al-Ahzab:33)

Ayat di atas sebagai irsyad ( petunjuk/tunjuk ajar) kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. agar tetap di rumah dan tidak bertabarruj sebagaimana orang-orang jahiliyah dahulu.

Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dengan berlenggang-lenggok atau memperelokkannya. Ada juga yang mengatakan bahawa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Lagi satu pendapat lain mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Tabarruj berasal dari kata BARAJUN, bererti luas. Dan ada yang mengatakan ia berasal dari kata BURJUN yang bererti tinggi.

************
Selesai mengenai erti tabarruj Dan, lihat kembali ayat al-Quran: ".orang-orang jahiliyah dahulu."
Tabarruj yang dikaitkan dengan orang-orang jahiliyah dahulu. Siapakah mereka itu? Pada zaman mana orang-orang jahiliyah dahulu berada? Di dalam tafsir al-Qurthubi menyatakan beberapa pendapat mengenainya:

1. Iaitu masa antara Adam dan Nuh a.s., ini adalah pendapat al-Hakam bin Uyainah.
2. Ibnu Abbas berpendapat: Masa di antara Nuh dan Idris a.s.
3. Al-Kalbi: Masa di antara Nuh dan Ibrahim a.s.
4. Jamaah: Masa di antara Musa dan Isa a.s.
5. Abu Aliyah: Masa di antara Daud dan Sulaiman a.s.
6. Al-Sya'bi: Masa di antara Isa a.s. dan Muhamad s.a.w.

Namun semua pendapat itu tidak disandarkan dengan satu sumber yang kukuh dan sahih. Cuma yang pasti, semua mereka di atas bersepakat mengatakan bahawa jarak masa antaranya dan masa Nabi Muhamad dibangkitkan sebagai Rasul adalah jauh (jangkamasa yang begitu lama). Dan, apabila al-Quran menyebutkan "jahiliyah dahulu" - dahulu/lama/pertama - bermaksud di sana ada yang dikatakan sebagai `jahiliah baru' atau `jahiliyah kedua'.
Bila masa jahiliyah kedua berada? Iaitu selepas jahiliyah pertama dan sedikit masa sebelum kebangkitan Nabi kita Muhamad s.a.w.

Mengapa jahilyah pertama/dahulu ini dikaitkan dengan tabarruj? Buruk sangatkah mereka ini? Hodoh sangatkah perangai depa ni? Ya, gambarannya lebih kurang begini: Perempuan-perempuan jahiliyah pertama/awal pakaiannya - memakai baju dari lu'lu', atau baju dari mutiara dan intan yang tidak berjahit kedua belah, dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya. Dengan berpakaian begini, mereka akan berjalan di jalan-jalan mempamerkan diri mereka kepada kaum lelaki. Dan, dapat dirasakan bahawa zaman berkenaan adalah zaman yang penuh dengan kemewahan.

Era jahiliyah kedua yang akan berhubung dengan era kebangkitan Muhamad sebagai rasul tidaklah sampai ke peringkat begitu teruk. Namun ada juga sedikit sebanyak tabarruj yang berlaku, hingga kadangkala sampai ke peringkat telanjang terus. Ini dapat dibuktikan melalui hadis riwayat Muslim, bagaimana kaum wanita zaman itu bertawaf dalam keadaan telanjang bulat.

Sekarang ini jelaslah sudah mengapa Allah mengaitkan al-jahiliyah al-`Ula (jahiliyah pertama/dahulu) dengan tabarruj. Dan, dengan penjelasan di atas tidaklah bermakna yang terlarang ialah bertabarruj seburuk orang-orang jahiliyah pertama, kalau kurang daripada itu tidak mengapa. Tak apalah kalau tabarruj sikit-sikit. Ini adalah fahaman yang salah, kerana Allah menyebutkan sifat-sifat tabarruj jahiliyah pertama adalah bertujuan memberi penjelasan realiti yang berlaku ketika itu, bukannya mahu mengaitkan pengecualian hukum selain daripada itu. Ia lebih berbentuk penjelasan tentang keji dan berlawanannya perbuatan itu dengan citarasa serta naluri kemanusiaan.

Perlu diingatkan bahawa maksud tabarruj yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat - berdasarkan kepada siapa dia berhadapan. Kalau di hadapan dengan lelaki asing, apa yang perlu ditutup. Jika tidak memenuhi kehendak ini, maka dia sudah tergolong di dalam perempuan yg bertabarruj. Begitulah seterusnya ketika di hadapan mahram, orang gaji dsbnya

Ya, selesailah sudah penjelasan mengenai tabarruj. Saya harap ia mudah difahami dan tidak membosankan. Dan, kita teruskan lagi ke pembahasan selanjutnya. Kali ini mengenai berhias pula.

Mari kita lihat lagi firman Allah:
Katakanlah kepada wanita beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya, dan hendaklah mereka melepaskan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka.. (al-Nur, ayat 31)

Sebagaimana yang telah disinggung di atas, bahawa para ulamak berselisih pendapat mengenai, apakah muka itu aurat atau bukan. Dan ayat di atas telah menjadi hujah kepada kedua-dua kelompok dengan penafsiran yang berbeda.

Kita ambil sedikit petikan ayat: ..dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa kelihatan padanya.

Terjemahan ayat : kecuali yang biasa kelihatan padanya.. dapat juga diterjemahkan: kecuali apa yang zahir (illa ma zahara).

Pada ayat ini Allah Taala melarang wanita mempamirkan perhiasan, kecuali apa yang zahir. Persoalannya di sini ialah, apa maksud perhiasan zahir yang boleh dipamirkan? Jadi, dapat difahami bahawa perhiasan ada dua:

1. Yang zahir/nyata
2. Yang tidak zahir/nyata (batin/dalaman/tersembunyi)

Apakah perhiasan zahir? Apakah pula perhiasan yang tidak nyata? Para ulamak yang mengatakan muka itu adalah aurat, mereka menafsirkan bahawa perhiasan yang zahir itu ialah pakaian itu sendiri. Bila wanita berpakaian, bertudung dan menutup muka, maka itulah dia maksud perhiasan yang zahir. Perhiasan yang tidak nyata pula ialah, rantai leher, gelang, anting-anting dsbnya..

Manakala menurut ulamak yang berpendapat muka itu bukan aurat menafsirkan bahawa maksud perhiasan yang zahir yang boleh diperlihatkan di hadapan lelaki ialah celak dan cincin. Ada yang menambah telapak tangan. Ada yang tambah warna telapak tangan, iaitu pewarna yang dibubuh di telapak tangan (termasuk kuku). Dan, macam-macam lagilah.. tetapi di sekitar itulah. Perhiasan yang tersembunyi pula ialah rantai leher, anting-anting dsbnya.
Kitab-kitab tafsir berikut ada menjelaskan pendapat-pendapat berkenaan:
1. Jamiul Bayan Al-Thabari
2. Ahkamul Quran AL-Jashas
3. Al-Wajiz fi Tafsiril Quran al-Aziz Al-Wahidi
4. Maalimatut Tanzil AL-Baghawi
5. Tafsir al-Kasyaf Al-Zamakhsyari
6. Ahkamul Quran Ibnul Arabi
7. Al-Muharrir al-Wajiz Ibnu Athiyah
8. Zadul Masir Fi Ilmit Tafsir Ibnul Jauzi
9. Al-Tafsir al-Kabir Al-Fakhrur Razi
10. Al-Jami li Ahkamil Quran Al-Qurthubi
11. Tafsir al-Baidhawi
12. Lubabut Tawil Fi Maanit Tanzil Al-Khazin Dan banyak lagi

Pembahasannya lebih kurang sama dalam menafsirkan `perhiasan yang zahir. Berikut ini adalah apa yang tersebut di dalam Zadul Masir fi Ilmit Tafsir oleh Ibnul Jauzi: Maksud `perhiasan yang zahir/apa yang biasa dilihat, terdapat tujuh pendapat, iaitu:

1. Ia bermaksud pakaian. Ini adalah riwayat dari Abu Ahwash dari Ibnu Masud.
2. Bererti telapak tangan, cincin dan muka - Dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas
3. Bererti celak dan cincin Juga dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas.
4. Bererti gelang, cincin dan celak Al-Misywar bin Mukhrimah.
5. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan Pendapat dari Mujahid.
6. Bererti cincin dan gelang Dari al-Hasan.
7. Bererti celak, cincin dan pewarna telapak tangan dari al-Dhahhak.

************
Itulah pendapat mereka tentang maksud perhiasan zahir yang biasa dilihat. Berdasarkan pendapat Ibnu Abbas, Al-Misywar bin Mukhrimah, Mujahid, dan al-Dhahhak dan al-Hasan dapat kita simpulkan bahawa yang boleh dipamerkan ialah perhiasan yang tidak mungkin diselindung yang memang biasa dipakai oleh para wanita. Kalau perhiasan di muka apa lagi kalau bukan celak. Kalau di telapak tangan apa lagi kalau bukan cincin. Cuma ada beberapa ulamak yang mengatakan bahawa muka itu sendiri adalah perhiasan. Dan telapak tangan itu sendiri adalah perhiasan. Jadi, mereka tidak memasukkan celak dan cincin sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan.
Mereka yang memasukkan celak dan pewarna telapak tangan sebagai perhiasan yang boleh dipamerkan di hadapan lelaki ajnabi tidaklah dihadkan terhadap dua perkara itu sahaja. Ia disebutkan hanyalah sebagai wakil dari perhiasan-perhiasan lain yang biasa digunakan pada muka atau telapak tangan. Ia berdasarkan adat, tradisi dan kebiasaan satu-satu kelompok masyarakat. Berikut ini adalah antara perhiasan yang ada dan biasa digunakan oleh para wanita pada zaman Rasulullah s.a.w atau tradisi arab dahulu:

1. Khidhab Pewarna untuk tangan
2. Shufrah Pewarna kuning untuk wajah
3. Kalkun Pewarna untuk memerahkan wajah
4. Isfidaj Pewarna putih untuk wanita berhias.
5. Celak Berhias pada mata (Nanti akan disertakan dalil tentang kewujudan perhiasan ini)

***********
Zaman kita ini sudah tentu yang biasa digunakan sebagai perhiasan muka ialah gincu, bedak, losyen dan juga celak. Jadi, bila celak dan segala macam di atas itu boleh, mengapa tidak gincu? Sebab yang dibenarkan bukanlah diri celak itu secara khusus tetapi sesuatu yang lebih umum iaitu perhiasan yang biasa dilihat, yang biasa digunakan pada muka. Dan gincu serta bedak adalah termasuk di bawah keumuman ini.

Begitu juga dengan perwarna kuku, ia termasuk di bawah perhiasan yang boleh dipamerkan tetapi hendaklah dari bahan yang tidak menghalang air. Kerana jika air terhalang dari sampai ke kuku akan mengakibatkan wuduk tidak sah.

Berikut ini adalah sebahagian dalil kewujudan perhiasan di atas:

Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari. (HR Bukhari & Muslim)

Wangi-wangian di dalam hadis bermaksud pewarna yang menyerlah warnanya dan tersembunyi baunya (tidak menyerlah dan menyemarak). Adakalanya ia disapukan di muka untuk memperelok warna muka atau pada telapak tangan.

Wajib berhias setelah tamat tempoh 3 hari berkabung kerana kematian, kecuali kematian suami yang tempoh perkabungan adalah selama 4 bulan 10 hari. Berhias di sini adalah untuk keluar dari tempoh perkabungan.

Dari Ibnu Abbas r.a., bahawa seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. untuk berbaiah kepadanya, tetapi perempuan itu tidak ber ikhtidab, sehingga baginda tidak mahu membaiahnya melainkan setelah ber-ikhtidab (HR Abu Daud)

Ikhtidab ialah sejenis pewarna yang biasa digunakan pada telapak tangan pada zaman itu.

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya (HR al-Tarmizi)

Dari Imran bin Husin, bahawa Nabi Allah s.a.w. bersabda: ingatlah bahawa wangi-wangian lelaki adalah bau tanpa warna. (HR Abu Daud)

Dari Ummu Athiyah, dia berkata: Adalah kami dilarang untuk berkabung terhadap seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali terhadap suami, maka empat bulan sepuluh hari. Kami tidak boleh bercelak, berwangi-wangian dan memakai pakaian bercelup. (HR Bukhari & Muslim)

*********
Apabila kita menerima hujah yang mengatakan bahawa perhiasan yang zahir atau yang biasa dilihat itu adalah celak, gincu, bedak dan segala suku-sakatnya, maka perlu kita ketahui juga batas-batas yang perlu dipelihara. Iaitu:

1. Memelihara niat dan tujuan berhias. Tidak bertujuan untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
2. Dari segi praktiknya hendaklah bertepatan dengan niatnya. Iaitu tidak berhias secara berlebih-lebihan hingga atau yang dapat menarik perhatian serta menggugah perasaan lelaki ajnabi. Seperti bercelak dengan cara dan gaya yang dapat menarik perhatian. Atau bergincu dengan warna yang begitu menyerlah merah menyala-nyala. Atau berbedak dengan bedak yang berwarna warni. Di tambah dengan keharuman yang menyemarak. Atau memanjangkan kuku. Atau sebagainya.
3. Tidak dari bahan yang mengeluarkan bau wangi dan harum menyemarak serta tersebar. Boleh dari bahan yang wangi tetapi yang tersembunyi baunya.

Ya, pokoknya bersoleklah secara sopan, bersahaja dan kemas serta menampilkan ciri-ciri wanita yang baik. Tidak kelihatan seperti wanita yang mahu memikat lelaki atau ciri-ciri wanita fasiq dsbnya. Seperti kita lihat ramai wanita hari ini yang bersolek mengenakan gincu, bedak dan segala macam Melebihi dari sekadar yang dibenarkan oleh syarak. Mereka ini berhias begini hanya diluar rumah sahaja, sedangkan ketika bersama suami keadaan adalah sebaliknya.

Lebih baik lagi jika diniatkan solekan itu sekadar untuk mengelakkan diri dari kusut masai, berserabut dan tidak terurus. Berginculah sekadar mahu mengelakkan diri dari kelihatan lesu, tak bermaya dan tidak cergas. Berbedak atau berlosyenlah sekadarnya sahaja dengan tujuan mahu menjaga kesihatan kulit muka dsbnya.

Ya.. Kalau bersolek itu tidak boleh, silakan saja. Pergilah ke pejabat atau mengajar ke sekolah, dan jangan bersolek samasekali. Pergilah dalam keadaan kusut masai dengan muka seperti orang yang belum mandi. Kelihatan lesu. Pakaian pula tidak bergosok. Berkedut sana dan sini. Baju bergosok, haram katanya. Ditambah lagi dengan bau peluh yang kurang enak dan menyengat hidung. Pakai wangian walaupun yang baunya tersembunyi utk menghindarkan dari bau peluh, juga haram katanya. Ya.. silakan saja..

>>Sudah tentu para wanita muslimah dapat menggambarkan bagaimana cara hendak menghindarkan keadaan di atas. Dan.. Kalau sudah dapat menggambarkannya, itulah dia solekkan yang dibenarkan oleh syarak ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi. Sekadar mahu mengelakkan diri dari kusut masai dan nampak tidak terurus.

*********
Saudara yang bertanya berkata: Bagaimana kaedah terbaik untuk menangani masalah tersebut terutama masalah lipstik yang seolah-olah tidak dapat dipisahkan daripada wanita?

Jawab: Bukan sekadar lipstik, malahan umumnya wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan bersolek. Sebab sudah memang naluri semulajadi mereka sukakan begitu. Syeikh Athiyah Saqar mengatakan: Memperelok /menghias diri oleh seseorang manusia secara umumnya mempunyai kepentingan/kebaikan. Dan secara khususnya, menghias diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya. Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa/naluri. Ia mempunyai tempat di dalam agama, di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya, serta terhindar dari perkara-perkara yang diharamkan dari sudut cara, tujuan dan maksud.

********
Kesimpulan
1. Sebahagian ulamak mengatakan muka itu adalah aurat. Sebahagiannya mengatakan muka bukan aurat.
2. Tabarruj jahiliyah yang dilarang di dalam Islam ialah membuka aurat di hadapan meraka yang haram melihatnya.
3. Kebanyakkan ulamak menyatakan bahawa maksud firman Allah: kecuali apa yang biasa dilihat. Adalah sebagai celak dan cincin. Ada yang menambah dengan gelang tangan dan pewarna tangan.
4. Bersolek pada muka dan telapak tangan (termasuk kuku) adalah dibenarkan tetapi dalam batasan-batasan umum yang telah ditetapkan syarak.

Sekian adanya. Wallhu alam

Rujukan
1. Al-Quran
2. Ahsanul Kalam Syeikh Athiyah Sqar
3. Al-Hijab Al-Maududi
4. Tahrir al-Marah Fi Ashri al-Risalah Prof. Abdul Halim Muhamad Abu Syuqqah
5. Fatawa Muasharah 1 AL-Qardhawi
6. Fatawa Muasharah 2 AL-Qardhawi

Artikel ini adalah artikel lama al-Ahkam.net

Thursday, March 4, 2010

ENGKAU MEMANG CANTIK

Tabarruj. Satu istilah yang barangkali tidak ramai yang tahu ertinya, melainkan orang-orang yang benar-benar cintakan ilmu. Tabarruj… Satu istilah (bagi mereka yang mengetahuinya) yang agak mengelirukan bagi umat Islam dalam mendefinisikan maksud sebenar perkataan itu….

Dalam dunia serba moden yang memerlukan interaksi antara manusia, khususnya antara lelaki dan wanita, ketrampilan diri memainkan peranan yang cukup besar. Apabila bercakap soal ketrampilan ini, tidak dapat tidak, kita akan membincangkan mengenai tabarruj….

Tabarruj yang ingin diperkatakan di sini lebih sesuai diaplikasikan kepada golongan muslimah. Kerana dewasa ini, kelihatan muslimah sudah tidak lagi duduk di rumah sepertimana dahulu. Apabila mereka menghadirkan diri mereka di dunia luar, maka mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran. Dan apa yang lebih parah, mereka cuba menyesuaikan diri dengan media barat.

Kalau kita memerhatikan di sekeliling kita, kita dapat mengkategorikan muslimah ini kepada beberapa kumpulan iaitu:
1. Menghias diri tetapi masih menjaga batasan syara’ sepertimana digariskan oleh Allah swt.
2. Mendedahkan apa yang ada
3. Menghias diri seakan-akan menutup aurat menetapi kehendak syara’, tapi pada hakikatnya tidak seperti memakai pakaian ketat. Atau menutup aurat hanya ketika keluar dari rumah. Tetapi apabila berada diperkarangan rumah, tidak pula dia menurut aurat dengan sempurna.
4. Syadid (keras) dalam bab menghias diri sehinggakan tidak setitik pewangi pun dipakai.
Antara semua ini, sebagai seorang yang bersikap wasatiyyah, ada baiknya kita berada dipertengahan. Tidak ekstrem kepada pihak yang tertentu. Dan inilah sebenarnya ruh Islam. Tidaklah agama itu memberatkan urusan ummatnya…. Aku ingin menyarankan anda semua, khususnya muslimah yang sering berinteraksi di dunia luar agar membaca sebuah buku tulisan Burhan Sodiq bertajuk ‘Engkau Memang Cantik’. Beliau adalah warga Indonesia. Buku ini diterbitkan di Malaysia oleh Kemliau Publika. Pada pendapatku, penulisan beliau sangat sederhana sehinggakan orang awam bisa memahami setiap apa yang cuba disampaikan. Metod penulisannya adalah berbentuk nasihat. Tidaklah beliau meleret-leret membahaskan isu-isu tabarruj secara ilmiah kerana itu bukan metod penulisannya. Beliau cuba membawa muslimah bersikap sederhana dalam berhias diri. Supaya tidak mereka tergelincir ke ruang maksud Tabarruj itu sendiri…..

Dalam pada memberikan nasihat itu, beliau juga memberikan tips-tips pemilihan barangan kosmetik agar tidak terperangkap dengan bahan-bahan yang haram dan juga boleh merosakkan kulit. Dijelaskan secara umum bahan-bahan kimia utama yang biasa ada dalam alatan kosmetik serta kesan-kesannya. Meskipun tidaklah beliau bahaskan sepertimana seorang guru kimia atau guru farmasi menerangkan dalam buku-buku mereka, tapi pada aku, cukuplah sekadar memberikan gambaran ringkas mengenai bahan-bahan berkenaan…

Tuesday, March 2, 2010

Masalah Taklid & Talfiq

Artikel lama al-Ahkam.net...

Pembahasan ini telah dibicarakan secara terperinci dan hingga ke dasarnya di dalam ilmu Usul Fiqh. Ilmu ini amat penting bagi mereka yang benar-benar mendalami dasar-dasar pembinaan hukum Islam.

Taklid ialah: Mengikut pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui sumber dan cara pengambilannya. Seperti seseorang itu mengikut pendapat Imam SyafiI tanpa mengetahui dalilnya atau hujahnya. Orang seperti ini disebut muqallid.

Apa hukum bertaklid?

Hukum-hakam amaliyah dapat kita bahagikan kepada 2:

1. Hukum-hakam yang dapat diketahui tanpa memerlukan penelitian dan ijtihad. Iaitu hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh dalil yang qathI dan yang dapat diketahui dengan segera. Ia disebut sebagai `al-malum minad din bid-dharurah. Contohnya ialah hukum tentang kewajipan sembahyang lima waktu, kewajipan puasa bulan ramadhan, bilangan rakaat dalam sembahyang dsbnya. Ini semua dapat diketahui oleh semua umat Islam. Pengetahuan tentang hukumnya tidak memerlukan kepada penelitian terhadap dalil-dalilnya.
Dalam maslaah ini, seseorang itu tidak dibenarkan bertaklid, kerana semua orang dapat mengetahuinya.

2. Hukum-hakam yang memerlukan penelitian dan ijtihad. Masalah-masalah yang berada di bawah kategori ini amat banyak sekali. Seperti masalah yang hukum menyentuh perempuan ajnabi, apakah batal wuduk? Ini adalah masalah yang termasuk di dalam kategori ini. Sebab, masalah ini memang ada dalilnya dari al-Quran. Tetapi dalilnya perlu diteliti terlebih dahulu untuk diketahui Apakah hukum yang boleh dikeluarkan darinya. Dalam penelitian dan kajian ini, sudah semestinya terjadi perselisihan pendapat. Mazhab-mazhab dan perbedaan-perbedaan pendapat di kalangan ulamak terjadi dalam dalam masalah yang seumpama ini.

Orang yang berusaha meneliti dalil-dalil, kemudian mengeluarkan hukum dari dalil berkenaan di namakan sebagai mujtahid. Antara mereka adalah seperti Imam SyafiI, Malik, Hanbali dll. Manakala mereka yang mengikutnya atau memakai hukum yang dikeluarkan oleh mujtahid disebut sebagai orang yang bertaklid. Perbuatan mengikut/memakai hukum berkenaan disebut sebagai bertaklid.

Dalam masalah inilah yang dibenarkan bertaklid.

Kebanyakkan ulamak Usul (Usul Fiqh) mengatakan bahawa mereka yang tidak berkeupayaan untuk berijtihad wajib mengikut dan mengambil pendapat atau fatwa dari para mujtahid (org yg berkeupayaan berijtihad).
Bertaklid kepada mazhab-mazhab Mazhab-mazhab masyhur yang wujud hingga sekarang ini ialah mazhab SyafiI, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Kita di Malaysia rata-rata bertaklid kepada mazhab Syafii.

Soalan: Apakah kita boleh bertukar kepada mazhab lain? Jawab: Boleh. Kerana, apa bezanya SyafiI dan lain-lain mazhab di atas? Jika kita boleh bertaklid kepada mazhab SyafiI, ini bermakna kita juga boleh bertaklid kepada mazhab-mazhab lain.

Menurut Al-Amidi, Ibnu al-Najib dan Kamal al-Hummam, tidak wajib bertaklid kepada seorang mujtahid (mazhab) tertentu. Dalam satu masalah, mereka boleh beramal dengan mazhab ini, kemudian dalam masalah lain mereka beramal dengan mazhab lain.

Berdasarkan pendapat ini, jika kita bertaklid dengan mazhab SyafiI dalam satu-satu masalah, tidak semestinya kita mesti bertaklid dengan mazhab ini dalam semua masalah. Dibenarkan mengamalkan pendapat dari mazhab-mazhab lain.

Taklid yang diharamkan ialah:

1. Bertaklid kepada seseorang tanpa mengendahkan al-Quran dan Sunnah.
2. Bertaklid kepada seseorang yang tidak diketahui kemampuannya berijtihad.
Talfiq Ialah mengikut pendapat satu-satu imam dalam satu-satu masalah, kemudian bertaklid kepada imam lain dalam masalah lain. Contoh, mengambil wuduk ikut cara Hanafi dan sembahyang ikut cara Syafii. Ataupun, pada hari ini dia bersembahyang ikut pendapat SyafiI dengan membaca Bismillah.., esoknya dia bersembahyang ikut pendapat Hanafi dengan tidak membaca bismillah.


Inilah yang dikatakan sebagai talfiq.

Kebanyakkan ulamak membahagikan talfiq kepada dua:

1. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam beberapa masalah yang berbeza. Contoh: Berwuduk ikut Hanafi dan sembahyang ikut Maliki.

Apa hukumnya?
Menurut ulamak-ulamak ini, talfiq dengan cara begini adalah dibenarkan, kerana dia mengamalkan pendapat yang berbeza dalam dua masalah yang berbeza Wuduk dan sembahyang.
Talfiq begini dibenarkan dalam bidang ibadah dan muamalat sebagai keringanan dan rahmat dari Allah Taala terhadap umat Muhamad.

Dibenarkan juga mengambil pendapat yang paling ringan antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Ia diamalkan pada masa yang berlainan yang tidak bergantung satu sama lain.

Contoh, Ali berwuduk menurut syarat-syarat yang telah ditetap oleh Syafii. Pada waktu lain dia berwuduk menurut syarat-syarat yang ditetapkan oleh Hanafi.

Talfiq seperti ini dibenarkan kerana wuduk pertama yang menurut syarat SyafiI telah selesai dan digunakan untuk satu-satu ibadah hingga selesai. Kemudian wuduk keduanya menurut Hanafi juga selesai dan digunakan untuk tujuan tertentu hingga selesai. Jelasnya ia dilakukan, sekalipun masalahnya sama tetapi dalam peristiwanya berbeza.

2. Mengambil pendapat yang paling ringan di antara mazhab-mazhab dalam satu masalah. Talfiq begini tidak benarkan.

Contoh, Ali bernikah tidak menggunakan wali kerana ikut Hanafi. Dia tidak memakai 2 saksi kerana mengikut pendapat Maliki.

Pernikahan seperti ini adalah batal/tidak sah.

Ittiba Ialah menerima pendapat orang lain dengan mengetahui sumber atau hujahnya.
Ittiba adalah sebaik-baik cara menerima dan mengamalkan pendapat dari mujtahid.
Feqhul Muqaran Yang sedang berkembang sekarang ini ialah Feqhul muqaran. Ia menjadi salah satu dari subjek di kuliah syariah al-Azhar.

Feqhul muqaran ialah membahaskan satu-satu masalah dengan mengambil semua pendapat ulamak yang ada dengan dalil-dalilnya. Kemudian ia didiskusikan secara ilmiah. Akhirnya ialah membuat rumusan, pendapat manakah yang paling kukuh dalil dan hujahnya (tarjih). Tarjih yang dilakukan tanpa terikat kepada mana mazhab fikah.

Feqhul Muqaran berbeda dengan muqaranah al-Mazahib yang terdapat sebelum ini, di mana para ulamak mengumpul semua pendapat dari semua mazhab yang ada bersama dalil-dalilnya. Kemudian ia dibincangkan. Akhir sekali ialah melakukan tarjih berdasarkan mazhab masing-masing. Jika yang melakukan perbandingan itu dari mazhab Hanafi, maka tarjih itu dilakukan berdasarkan mazhab Hanafi, begitulah seterusnya.
Sekarang kita dapat melihat feqhul muqaran ini terus berkembang dan semakin diterima oleh umat Islam. Antara yang bekerja keras memberi sumbangan dalam bidang ini ialah Dr Yusof al-Qardhawi, Dr. Wahbah al-Zuhaili, lujnah fatwa al-Azhar dan beberapa tokoh ulamak al-Azhar.


Banyak kebaikkan dari feqh ini ialah:

1. Dapat mengetahui dalil dan hujah dari semua pihak.
2. Menghindarkan fahaman taksub mazhab Dapat bertolak ansur dengan mereka yang berbeza pendapat dengan kita.
3. Dapat beramal dengan hati yang lebih tenang kerana hujahnya kukuh.

Bagaimana kita di Malaysia? Memang, secara umumnya, dalam soal-soal fikah masyarakat Malaysia beramal dengan mazhab Syafii. Namun sudah tidak dalam semua cabang permasalahan. Ia lebih banyak tertumpu kepada soal-soal ibadah individu sahaja. Zakat? Sudah banyak yang tidak mengikut Syafii. Dalam soal-soal muamalat, adalah sukar seandainya jika kita mengikat diri kepada satu mazhab sahaja. Ini termasuk di dalam urusan-urusan perbankan Islam. Seandainya negara kita ini melaksanakan undang-undang Islam Mengikat diri kepada mazhab juga menjadikan keadaan amat sulit sekali.

Contohnya, mengenai masalah zakat pendapatan. Jika mengikut pendapat SyafiI, sudah tentu tidak ada. Tetapi hasil dari penelitian beberapa ulamak abad ini, ia wajib dizakatkan. Bagaimana penerimaan masyarakat Malaysia? Semesti berbagai, terutamanya para ulamak tradisional. Setelah proses penerangan dan campurtangan pemerintah, akhirnya ramai di kalangan mereka yang menerimanya dengan dada yang lapang. Saya percaya, jika usaha begini terus dilakukan, semuanya akan menerima.

Ini membuktikan bahawa umat Islam di Malaysia ini boleh dan mudah menerima satu-satu pendapat sekalipun bertentangan dengan mazhab SyafiI jika kena caranya. Tapi, kalau silap gayanya, kita akan dijadikan sebagai musuh tradisi. Ini pernah terjadi kepada sebahagian golongan yang secara keras dan tegas, gemar memaksa-maksa umat Islam agar menerima pendapat mereka. Jika umat Islam tidak menerima, mereka akan cela dan bidahkan. Ini akan memberikan kesan yang lebih buruk lagi.

Wednesday, February 17, 2010

Amalan Ibu Bapa Memberi Kesan Kepada Anak-anak

Artikel dipetik dari: an-nawawi.blogspot.com

Syaikh Musthafa al-Adawi hafizahullah berkata:

Seseorang anak yang melihat ayahnya selalu berzikir, mengucapkan tahlil, tahmid, tasbih, dan takbir nescaya akan menirunya untuk mengucapkannya.

Begitulah juga, seseorang anak yang diutus orang tuanya di malam hari untuk memberi sedekah kepada orang-orang miskin di rumah-rumah mereka tanpa pengetahuan orang lain dia akan memiliki sikap yang berbeza dengan seorang anak yang diminta oleh orang tuanya untuk keluar membeli rokok dan barang-barang yang memabukkan.

Seseorang anak yang melihat ayahnya berpuasa di setiap hari Isnin dan Khamis, serta melaksanakan solat Juma’at dan berjama’ah tidak akan sama dengan anak-anak yang melihat kebiasaan ayahnya yang gemar melepak di gerai-gerai, pusat-pusat hiburan, dan panggung wayang.

Apabila seseorang ayah selalu melakukan kebaikan kepada orang tuanya, mendoakan, dan memohonkan ampun untuk mereka, sentiasa berusaha mengambil tahu khabar mereka, mengambil hati mereka, memenuhi keperluan mereka, memperbanyakkan doa-doa kebaikan untuk mereka, serta menziarahi ke kubur mereka apabila telah meninggal, bersedekah untuk mereka, serta tetap menjalinkan hubungan baik dengan sahabat-sahabat mereka dan memberi hadiah kepada orang-orang yang biasa diberi hadiah oleh mereka dahulu, maka anak-anak yang melihat akhlak ayahnya seperti ini dengan izin Allah akan mengikutinya (mengambil contoh) dan juga akan memohonkan keampunan untuk orang tuanya.

Seseorang anak yang dididik dengan solat tidak akan sama dengan anak yang dibiasakan menonton filem, mendengar muzik, dan permainan bola sepak.

Seseorang anak yang melihat ayahnya melaksanakan solat di malam hari, menangis kerana takutkan Allah, membaca al-Qur’an, sudah tentu mereka akan berfikir:

“Mengapa ayah menangis?”

“Mengapa ayah solat?”

“Untuk apa ayah meninggalkan (bangun dari) tidur lalu pergi berwudhu’ dengan air yang sejuk di tengah-tengah malam seperti ini?”

“Untuk apa ayah hanya mengambil waktu yang sedikit untuk tidurnya dan memperbanyakkan berdoa dengan penuh kekhusyukkan, penuh harap, dan diliputi dengan perasaan penuh cemas?”

Setiap pertanyaan ini akan bermain-main di benak fikirannya dan akan sentiasa hadir di dalam perasaan ingin tahunya. Seterusnya ia mampu melahirkan perasaan ingin untuk mengikutinya.

Demikian juga dengan seorang anak perempuan yang melihat ibunya berhijab dari lelaki yang bukan mahramnya, menutup aurat di hadapan mereka, menutupi diri dengan perasaan malu, bersikap tenang, dan sentiasa menjaga kesucian diri. Anak tersebut akan menekuni dan menyelami akhlak tersebut dari ibunya.

Berbeza dengan seseorang anak perempuan yang selalu melihat ibunya bersolek di hadapan para lelaki bukan mahram, bersalaman dengan mereka, ikhtilat (bercampur-gaul dengan lelaki bukan mahram), serta melepak dengan mereka, saling bergelak-tawa, dan apatah lagi saling menari berdansa. Sudah tentu ia akan mempengaruhi jiwa dan naluri anak tersebut untuk mengikutinya.

Dari itu, takutlah kepada Allah, wahai ayah dan ibu di dalam membina jati diri anak-anak anda. Jadikanlah diri anda sebagai contoh teladan yang baik, berhiaslah dengan akhlak yang baik, tabiat yang mulia, dan sebelum semua itu berlaku - berpegang teguhlah terlebih dahulu dengan agama ini dan cintailah Allah dan Rasul-Nya.

Dinukil dan Di-alih bahasa dari:

Syaikh Musthafa al-Adawi, Tarbiyatul Abna’- Bagaimana Nabi Mendidik Anak, m/s. 47-49, Terbitan/terjemahan Media Hidayah, Cet. 3.

Thursday, February 11, 2010

Syarah Arbain an-Nawawi

Aku adalah antara manusia yang diciptakan Allah yang mempunyai hobi membaca buku. Kerana minat inilah, aku tak lokek mengeluarkan wang untuk memiliki buku-buku yang menarik perhatianku. Minatku membaca ini, sehingga boleh dikatakan di tangan ini akan sentiasa ada buku atau sebarang bahan bacaan untuk aku baca. Kalau ada sela masa yang terluang, akan aku capai apa-apa yang boleh aku baca...... Sehinggakan kadang-kadang aku mengulangi bahan bacaan itu berulang-kali. Aku akan rasa bersalah jika masa ini dihabiskan begitu saja.......

Antara banyak-banyak buku yang aku baca, ada beberapa buku yang sangat baik yang ingin aku sarankan kepada anda semua untuk memiliki, membaca dan cuba mengamalkannya..... Pada kali ini, aku ingin menyarankan kita semua mendapatkan buku Syarah Arbain AnNawawi yang diterjemahkan dari kitab Arab berjudul 'Ad-Durrah as-Salafiyyay Syarah al-Arbain an-Nawawiyyah.

Aku rasa, hampir semua umat Islam (atau sepatutnya semua) mengetahui kewujudan kitab Hadis 40 yang dihimpunkan oleh Imam anNawawi yang tidak asing lagi dikalangan umat Islam. Bahkan kitab ini, bukan hanya disarankan untuk membacanya, tetapi juga menghafalnya...... Imam an-Nawawi telah menghimpunkan 42 hadis yang menjadi intipati syariat Islam....

Para ulama' muktabar telah memberikan perhatian yang sangat tinggi kepada himpunan hadis-hadis ini sehinggakan telah terlahir banyak kitab syarah terhadap hadis arbain ini. Antara yang mensyarahkannya adalah, Imamal-Hafiz Zainuddin Abdurrahman bin Ahmad (Ibnu Rajab al-Hambali), Ibnu Hajar al-Haitami al-Makki, Mulla Ali al-Qari dan banyak lagi....

Adapun buku yang ingin aku sarankan adalah kitab syarah yang menghimpunkan syarahan 4 ulama' besar iaitu:

1. al-Imam an-Nawawi sendiri
2. al-Imam Ibnu Daqiq al-'Id
3. Syaikh Abdurrahman as-Sa'di
4. Syaikh Muhammah al-Utsaimin

Melihat kepada 4 nama besar ini, maka tidak hairanlah buku syarah hadis 40 ini mempunyai nilai yang begitu tinggi. Penyusunnya iaitu Sayyid bin Ibrahim al-Huwaithi telah melakukan satu usah yang baik bagi memudahkan orang awam khususnya untuk meneliti syarah dari beberapa pandangan ulama' dalam hanya satu buku. Semoga Allah merahmatinya atas segala usaha baik yang telah beliau lakukan ini....
Boleh dibeli dari : Syarah Arbain An-Nawawi

Apakah kau mengamalkan apa yang kau tahu?!!!

Assalamualaikum,

Sering kali aku menjawab soalan ataupun berbincang mengenai isu2 agama, aku akan teringat kpd ancaman Allah di dalam al-qur'an yg bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [61:2-3]

Sehingga aku hampir2 ingin meninggalkan forum krn bimbang jika kita berkata sesuatu yg tidak kita sendiri amalkan atau tinggalkan. Alangkah buruknya diri ini jika tergolong di kalangan org yg dibenci Allah. Bahkan, ancaman seksaan yg begitu berat dijanjikan Allah kpd golongan2 ini.

Drpd Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harits RA, ia berkata bhw ia mendgr Rasulullah saw bersabda, "Setelah kiamat, ada seseorang yg didtgkan dan dilemparkan ke dlm neraka, kemudian dikeluarkan ususnya, lalu diputar2 bagaikan terputarnya keledai yg sedang berputar menggiling. Melihat demikian berkumpullah ahli neraka seraya bertanya, "Hai fulan, mengapa kamu spt ini? Bukankah engkau yg menyuruh kpd kebaikan dan melarang dari kemungkaran?" Ia menjawab, "BEnar, akula yg menganjurkan kebaikan tetapi aku tidka mngerjakannya. Dan aku jugalah yg melarang dr kemungkaran, tetapi aku mengerjakannya.""[HR Bukhari dan Muslim]

Namun, aku berharap drpd Allah swt agar dijauhkan dari golongan ini. Aku tidak lain melainkan ingin mendapatkan keredhaan Allah atas usaha yg tidak seberapa ini. Apalah sgt perjuangan ini dibandingkan perjuangan org2 Islam mujahidin yg berjuang menentang kuffar. Dan apalah sgt perjuangan umat masa kini berbanding perjuangan Nabi saw dan juga para sahabatnya ra ketika menyebarkan Islam. Sehinggakan mereka diseksa, disula, dihempap batu, di tanam, berlapar dahaga. Pun mereka kekal pd aqidah yg satu iaitu Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah. Cuba kita baca sirah dan letakkan diri kita pada tempat mereka. Apakah kita akan tahan dgn penyeksaan2 ini ataupun.....?

Mungkin, ada antara kita lebih baik dari yg lainnya. Perjuangannya yg lebih tinggi nilainya dari perjuangan org lain. Pengorbanannya lebih bermakna kpd kebangkitan Islam berbanding yg lainnya. Tetapi jgnlah ia menjadi alasan atas keangkuhan dan kesombongan kita. Jgnlah juga ia menjadi alasan dgn menyangkakan perjuangan itu terlampau kecil dan tidak memberi sebrg imap kpd Islam.

Nasihat aku utk diri aku dan semua yg belum mampu, kita tingkatkan iman agar ia dpt menjadi pendorong dalam berjuang utk Islam apabila masanya sampai. Mudah2an, kita dapat menyumbangkan kpd kebangkitan Islam meskipun sedikit.

Allahu 'alam

(Artikel ini telah ditulis pada 5 Nov 2005)

Tuesday, February 9, 2010

Apakah Kita Telah Bersedia?!!!

Aku bukanlah sesiapa. Aku hanyalah hambaNya yang lemah. Yang sentiasa bergelumang dalam dosa. AKu berharap aku diampunkan oleh Nya segala dosa-dosaku. Yg tidak kusedari, apatah lagi yang aku sedar.....

Ya Allah, kurniakanlah rahmahMu kepadaku. Kerana tanpanya, kupasti, syurga bukan tempatku.

Wahai diriku dan sahabat sekalian,
Dalam kita mengharungi dunia yang penuh dugaan, janganlah kita leka akan kewajipan kita terhadapNya. Percayalah, sesungguhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Tidak ada apa yang kita sangkakan telah kita rahsiakan dengan sebaiknya, tidak di dalam pengetahuanNya. Pohonlah keampunan drpdNya meskipun kita rasa, tiada dosa yang telah kita lakukan...... Ingatlah bahawa maut dan ajal di tanganNya. Apakah kita menyangka, kita mempunyai pilihan untuk menangguhkan matimu?!!!!