Hari berganti minggu… minggu berganti bulan…bulan berganti
tahun…demikianlah masa berlalu tanpa mengira siapa sahaja… yg ditinggalkan,
jadilah ia sejarah dan kenangan. tidak mengira ia pahit ataupun manis, ia tetap
sesuatu yg amat bernilai…… Manakala hari yang mendatang, masih menjadi tanda
soal…. Yang tidak kita tahu ke mana akan ia bawa……
Setiap insan tidak lepas dari cengkaman masa. Semuanya
dibatasi dengan ruang masa yang ada. Tiada sesiapapun dapat melepaskan diri
darinya.
Demikianlah juga umur manusia… pada ketika kita masih kecil,
tiada apa yang lebih penting melainkan dihabiskan masa dengan bermain…. Dan
percayalah, setelah kita menjangkau usia tua, pasti kita akan merenung kembali
masa yang telah meninggalkan kita . Pada ketika itu, timbullah penyesalan yang
diiringi perkataan ‘Kalaulah….’
Pada hari ini, telah berlalu setahun lagi dalam kehidupan
ini…. Tidak ada apa yang lebihnya hari ini. Hanyalah hari ulang tahun kelahiran
sahaja… tidaklah hari ini mempunyai kelebihan apa-apapun. Begitulah yang
dilihat olehku pada apa yang sering-kali menjadi sambutan orang ramai. Manakan tidak,
saban tahun pasti akan ditempuhi… ia sekadar menandakan meningkatnya umur kita
setahun lagi….
Walaubagaimanapun, bagi yang berfikiran jauh dan juga
berwawasan, hari-hari sebegini, sering dijadikan kayu ukur pada apa yang telah
ditempuhi sebelum itu… Dari situ, dirancangnya untuk masa mendatang…. Itulah
antara rahsia kejayaan insan-insan yang telah mengecapi apa yang mereka impikan……
Namun, ada satu yang lebih perlu kita renungkan lebih dari
segalanya…… iaitu, apakah masa yang telah berlalu, telah kita gunakan untuk
mengecapi kebahagian setelah hilangnya masa, iaitu kebahagian setelah kematian?
Entah berapa ramai insan yang mengharungi kehidupan harian mereka dengan penuh kesabaran
dan ketabahan, tetapi tidak sesaatpun disediakan bekalan untuk hari ‘kemudian’….
Entah berapa ramai insan yang melalui tanah perkuburan, tetapi tiada apapun
yang terdetik di hati sanubarinya melainkan takutkan hantu….
Telah berlalu masa meninggalkan kita,……selamat datang masa yang
mendatang…. Sentiasa saja masa mencemburui kita…. Tetapi jarang sekali kita
mencemburui masa….
Kepada yang telah mengucapkan selamat kepada ku, terima kasih diucapkan. Semoga selamat yang diucapkan menjadi kenyataan.... Amiiinnn...
Kepada yang telah mengucapkan selamat kepada ku, terima kasih diucapkan. Semoga selamat yang diucapkan menjadi kenyataan.... Amiiinnn...