Sunday, March 17, 2013

TELAH BERLALU MASA MENINGGALKAN KITA.....


Hari berganti minggu… minggu berganti bulan…bulan berganti tahun…demikianlah masa berlalu tanpa mengira siapa sahaja… yg ditinggalkan, jadilah ia sejarah dan kenangan. tidak mengira ia pahit ataupun manis, ia tetap sesuatu yg amat bernilai…… Manakala hari yang mendatang, masih menjadi tanda soal…. Yang tidak kita tahu ke mana akan ia bawa……

 

Setiap insan tidak lepas dari cengkaman masa. Semuanya dibatasi dengan ruang masa yang ada. Tiada sesiapapun dapat melepaskan diri darinya.

 

Demikianlah juga umur manusia… pada ketika kita masih kecil, tiada apa yang lebih penting melainkan dihabiskan masa dengan bermain…. Dan percayalah, setelah kita menjangkau usia tua, pasti kita akan merenung kembali masa yang telah meninggalkan kita . Pada ketika itu, timbullah penyesalan yang diiringi perkataan ‘Kalaulah….’      

 

Pada hari ini, telah berlalu setahun lagi dalam kehidupan ini…. Tidak ada apa yang lebihnya hari ini. Hanyalah hari ulang tahun kelahiran sahaja… tidaklah hari ini mempunyai kelebihan apa-apapun. Begitulah yang dilihat olehku pada apa yang sering-kali menjadi sambutan orang ramai. Manakan tidak, saban tahun pasti akan ditempuhi… ia sekadar menandakan meningkatnya umur kita setahun lagi….

 

Walaubagaimanapun, bagi yang berfikiran jauh dan juga berwawasan, hari-hari sebegini, sering dijadikan kayu ukur pada apa yang telah ditempuhi sebelum itu… Dari situ, dirancangnya untuk masa mendatang…. Itulah antara rahsia kejayaan insan-insan yang telah mengecapi apa yang mereka impikan……

 

Namun, ada satu yang lebih perlu kita renungkan lebih dari segalanya…… iaitu, apakah masa yang telah berlalu, telah kita gunakan untuk mengecapi kebahagian setelah hilangnya masa, iaitu kebahagian setelah kematian? Entah berapa ramai insan yang mengharungi kehidupan harian mereka dengan penuh kesabaran dan ketabahan, tetapi tidak sesaatpun disediakan bekalan untuk hari ‘kemudian’…. Entah berapa ramai insan yang melalui tanah perkuburan, tetapi tiada apapun yang terdetik di hati sanubarinya melainkan takutkan hantu….

 

Telah berlalu masa meninggalkan kita,……selamat datang masa yang mendatang…. Sentiasa saja masa mencemburui kita…. Tetapi jarang sekali kita mencemburui masa….

Kepada yang telah mengucapkan selamat kepada ku, terima kasih diucapkan. Semoga selamat yang diucapkan menjadi kenyataan.... Amiiinnn...

Sunday, March 3, 2013

Apakah kita menghargai masa?!!

Entah kenapa, datang pula rasa ingin menulis setelah sekian lama meninggalkan minat ini. Ditinggalkan bukan kerana bosan utk menulis lagi, tp lebih kpd masa yg cukup mengcemburui diri ini....

Masa.....cukup bernilai buat kita..... Beberapa hari lepas, sebuah radio membicarakan mengenai kajian yg mengatakan pekerja Msia tidak pandai menggunakan masa 8 jam bekerja sebaiknya (kajian diambil dr salah sebuah akhbar tempatan). Lebih teruk lagi, kajian mengatakan tidak lebih 4 jam sebenarnya kita membuat kerja dlm 8 jam sehari itu.... Jika benar kajian ini, tidak hairanlah jika kita melihat betapa ramai org yg tidak mampu memberi produktiviti sebaiknya. Benarlah manusia sentiasa di dalam kerugian (Surah AlAsr: 2).

Aku merenung diri sendiri. Aku cuba melihat diri ini dgn mata hati.... sesungguhnya terlalu byk masa telah ku buang. Sejak di alam kanak2, kemudian alam remaja, slps itu alam dewasa dan kini alam rumahtangga, tidak lepas dari berada dalam kerugian masa... Sayang... Masa pergi tanpa datang kembali... Ia pergi buat selamanya... Tetapi insan sentiasa merasakan pemergian masa itu tidak lebih dari sekadar berlalunya waktu....

10 tahun yg lalu, kita merasakan maut begitu jauh.... Kini pun, kita seakan merasakan ajal masih jauh...... Alhamdulillah, kadang-kala dicampakkan dalam sanubari ini perasaan takut utk menemuiNya dalam keadaan diri ini cukup hina.

Manakan tidak. Lihatlah disekeliling kita. Berapa ramai kita lihat, insan dewasa masih mengecapi habuan dunia tanpa mengira halal dan haram? Berapa ramai yg masih tidak segan melanggar perintahNya? Sepertimana mereka yg kita lihat, diri ini tidak jauh dari mereka. Barangkali, ada yg telah kita lakukan atau akan lakukan, lebih teruk dari apa yg kita lihat....

Semoga dijauhkan segala yg buruk dari diri kita...Amiinn...