Friday, December 27, 2019

Tidakkah engkau dalam kerugian?

Hari bersilih ganti.. Masa berlalu meninggalkan kita.. Tidak sedikitpun ia menunggu.. Tidak seminit, tidak sesaat....
Lihatlah sekeliling kita.. Bagaimana insan memanfaatkan masa... Dgn melihat, kita dapat menilai secara umum bagaimana manusia menilai masa yang ada..... Bagaimana masa dimanfaatkan...
Jgn terhenti di situ.... Apa yg dilihat, ambillah pengajaran darinya... Muhasabah diri.. Dan pasti kita dapat melihat betapa banyaknya masa telah kita bazirkan.... Maka berubahlah.. Perbaikilah diri...
Sesungguhnya telah ku melihat diri ini sentiasa dalam kerugian....

UJIAN DAN PENGAJARAN...

Telah Allah turunkan untuk diri ini pada minggu yang lalu dengan sedikit ujian. Kereta sewa ku telah dilanggar tika sedang berada di parkir.
Ya... ujian yang kecil. Pon begitu terasakan diri ini terbeban dengan pelbagai proses. Masa terbuang begitu sahaja. Namun, bersyukur jua diri ini kerana semua urusan itu selesai dalam masa sehari.
Aku merenung diri ini... dgn ujian sekecil ini pun aku mengeluh.. bagaimana pula jika Allah turunkan ujian yg lebih berat. Apakah aku akan tenang menghadapinya? Atau aku kecundang di dalam lautan kemaksiatan mengikut alunan ombak mainan iblis dan nafsu ...
Allah menguji kita dalam pelbagai bentuk... bahkan kesenangan juga merupakan ujian drpdNya... tetapi, yg menjadi kayu ukur, bagaimana kita menghadapi ujian2 ini...
Ya Allah.. Ampunilah hambaMu yang lemah ini...
Dalam episod ujian ini, di samping ujian yang tidak seberapa ini, Allah tunjukkan kepada aku betapa peribadi seorang muslim itu indah. Meskipun tiada siapa yang melihat, orang yang melanggar kereta sewa ku itu, meninggalkan nota.  Menyerah diri bagaikan kambing menyerahkan nyawanya kepada serigala. Semoga Allah kekal padanya sikap takutkan Allah....
Di samping itu juga,  mungkin Allah ingin membuka mataku kerana dengan malu aku mengaku bahawa aku mempunyai tanggapan negatif secara umum kepada orang Arab. Sikap mereka, keangkuhan dan lain2. Semoga Allah mengampuni diri ini kerana sikap syak wasangka dan bersangka buruk yang semestinya di larang dalam Islam.
Allahu 'alam