Satu persoalan yang rasanya setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. Ada yang mengatakan sikap terbuka itu suatu kemestian. Dengan keterbukaan, mudah untuk kita mengenali antara satu dengan yang lain. Dengan saling mengenali, maka mudahlah untuk kita bekerjasama. Dan hasilnya lebih positif kerana kerja berpasukan lebih mudah dengan wujudnya transperansi.
Adapun berahsia, ia akan menyukarkan kerjasama di antara ahli kumpulan. Bahkan, ada juga terjadi 'back stabbing'. Tetapi, tidak dinafikan merahsiakan sesuatu perkara tetap penting dalam hal-hal tertentu. Terutama apabila mudharat lebih besar drpd manfaat sekiranya sesuatu perkara itu dikongsikan dengan pihak yang lain.
Oleh itu, kita perlu cerdik dan professional dan tidak lupa juga memahami pihak yang lain dalam menilai sesuatu perkara. Tidak semua boleh dikongsikan, demikian juga tidak semua perlu dirahsiakan.
Apapun, jangan disamakan 100% perihal rumahtangga dengan selainnya. Kerana rumahtangga dan keluarga bukan sesuatu yang boleh kita gadaikan. Dan dalam berkeluarga, tetap keterbukaan itu lebih diutamakan.
Published with Blogger-droid v1.6.8