Wednesday, May 25, 2011

Birthday Girl

Hari ni birthday my eldest daughter yang ke 6. Sekejap je rasanya dah 6 tahun. Tapi sayang, pada hari ini, aku pula outstation. Tak dapat memeluk, mencium dan membisikkan kepadanya, "selamat hari jadi." Maafkan ayah sayang...

Dalam 6 tahun, melihatnya membesar sungguh bermakna. Menikmati setiap saat bersamanya sangatlah memberi kesan. Sayang bila dikenangkan, apa yang berlaku selama 6 tahun ini, kini menjadi kenangan. Dia akan terus membesar dan tidak akan berpatah balik.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, May 24, 2011

Harta yang Tiada Nilainya

Anak merupakan satu pemberian Allah yang tiada tolok bandingnya. Ia bukan semata-mata cahaya mata. Ia bahkan segala-galanya. Pelik bila ada manusia yang sanggup membuang bayi. Lebih pelik bila ada yang sanggup mendera anak yang tidak berdosa... Tidak terbayang perasaan, tangisan, jeritan anak kecil ketika didera..

Tidak dinafikan kesabaran perlu ada ketika membesarkan anak-anak. Tp itu semua pasti di balas oleh Sang Pencipta... Anak-anak adalah saham akhirat... Jadikanlah mereka dan keluarga yang pertama.... bukan kedua, ketiga atau seterusnya...
Published with Blogger-droid v1.6.8

SPEED TRAP

Masa dalam perjalanan ke Johor, ada pula speed trap di Machap. Tp aku yakin tak kena tahan sebab mmg aku rasa aki dah jadi pemandu berhemat. Tp, nak dijadikan cerita, kena juga tahan atas sebab speeding. Katanya kelajuan aku 127km/hr. Hmmm... pelik tp aku takde bukti nak katakan aku tak laju. Mungkin dalam tak sedar aku terlaju time kena tembak... Tp tu mungkin. Dan tak mustahil juga aku memang tak laju, tp ditahan jugak... apapun, aku sangka baik pada pihak yang menahan... Aku bernasib baik dan berterima kasih sebab yang menahan tidak menyaman. Sebaliknya hanya minta aku mintak maaf... Selamat....
Published with Blogger-droid v1.6.8

Friday, May 6, 2011

Am I a Potential Leader?

I wrote and shared a topic about leadership last year. See http://membelahlautan.blogspot.com/2010/03/law-of-influence.html

To possess a leadership skill, must not necessarily you be a boss or a manager.

Now, I wish to ask all of us... After working for sometime, do you find yourself a leader? Do you think that your voice is heard by others (colleague, subcon, client etc.)

If not, then maybe you need to work towards being a leader now. You may want to look back into yourself, "Why am I not influential enough?".....

Success begins with YOU!!!

Wednesday, May 4, 2011

Can Dissapointment Kill Our Day


'Men's best successes come after their disappointments. - Henry Ward Beecher

This quote really motivate me today. Few may know why. High expectation can sometime drive us to no where. But that's life. Like what we always say, "Life goes on..."

Wednesday, April 27, 2011

Antara Keterbukaan dan Kerahsiaan

Yang manakah yang terbaik, bersikap terbuka atau berahsia?

Satu persoalan yang rasanya setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza. Ada yang mengatakan sikap terbuka itu suatu kemestian. Dengan keterbukaan, mudah untuk kita mengenali antara satu dengan yang lain. Dengan saling mengenali, maka mudahlah untuk kita bekerjasama. Dan hasilnya lebih positif kerana kerja berpasukan lebih mudah dengan wujudnya transperansi.

Adapun berahsia, ia akan menyukarkan kerjasama di antara ahli kumpulan. Bahkan, ada juga terjadi 'back stabbing'. Tetapi, tidak dinafikan merahsiakan sesuatu perkara tetap penting dalam hal-hal tertentu. Terutama apabila mudharat lebih besar drpd manfaat sekiranya sesuatu perkara itu dikongsikan dengan pihak yang lain.

Oleh itu, kita perlu cerdik dan professional dan tidak lupa juga memahami pihak yang lain dalam menilai sesuatu perkara. Tidak semua boleh dikongsikan, demikian juga tidak semua perlu dirahsiakan.

Apapun, jangan disamakan 100% perihal rumahtangga dengan selainnya. Kerana rumahtangga dan keluarga bukan sesuatu yang boleh kita gadaikan. Dan dalam berkeluarga, tetap keterbukaan itu lebih diutamakan.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Successful Man or Man of Value

Try not to become a man of success but a man of value. - Albert Einstein

I am a type of person who love to read motivational quotes. It give me something to think and subsequently motivate myself.

Quote by Einstein above has triggered a question to myself;
"What is the meaning of success without value?!"
Published with Blogger-droid v1.6.8