Part 10
Malam itu, Syukri dan Rina menghabiskan masa yang lama berborak melalui aplikasi 'whatsapp'. Mereka saling berkenalan. Kedua mereka tidak kering dengan senyuman. Sesekali mereka ketawa dengan kisah lucu yang mereka kongsikan. Di antara mereka dirasakan sangat selesa. Tidak kekok, tidak pula rasa asing.
Rina mengambil peluang untuk mengorek perihal peribadi Syukri. Dia ingin sekali tahu kisah isterinya. Dia cuba menyelit pertanyaan di sebalik gurauan kerana bimbang Syukri terluka dengan pertanyaannya. Dalam masa yang sama, Rina tidak mahu terburu-buru. Dia perlu menahan diri dari menampakkan seakan dirinya begitu mudah untuk dirapati.
Syukri, sepertimana Rina, cuba mengambil peluang ini sebaik-baiknya. Walaupun dia tidak mahu terburu-buru, dia juga tidak mahu mengambil masa yang lama untuk mengetahui apakah Rina gadis yang benar-benar untuknya. Namun, setiap soalan peribadi yang dilontarkan, Rina seakan mengelak dari menjawab. Syukri kini menyedari bahawa Rina seorang yang perahsia.
Tanpa mereka sedari, jam menunjukkan pukul 2 pagi. 4 jam lebih mereka memegang telefon mereka membaca dan membalas mesej. Memikirkan esoknya hari bekerja, mereka mengakhiri perbualan mereka. Keduanya meletakkan telefon di sebelah. Mereka menarik selimut dan memeluk bantal peluk. Mata mereka tertumpu ke siling bilik. Bibir mereka terukir senyuman. Hati terasa bahagia. Apakah ini permulaan kepada bibit bibit cinta?
***
Sedang Rina dan Nani mengemas meja hadapan untuk memulakan hari kerja mereka, Syukri kelihatan datang ke arah mereka. Salam di beri oleh Syukri dan di sambut oleh Rina dengan senyuman manis. Keduanya kelihatan tersipu-sipu. Nani merasa pelik dengan apa yang dilihatnya. Namun, dia dapat mengagak sesuatu telah berlaku.
"En Syukri dah sarapan?" Nani memecah kesepian.
"Sudah, alhamdulillah. Cik berdua dah makan?" Tanya Syukri.
Baru sahaja Nani ingin menjawab, "Aah, sudah. Kami dah makan tadi En. Syukri. Ada apa boleh saya bantu?" Rina memotong dan menjawab dengan terburu-buru seolah tidak mahu Nani menjawabnya.
"Takde apa Cik Rina. Cuma saya nak tanya kalau Cik Rina sudi makan malam dengan saya malam ni?" Syukri tidak mahu membuang masa yang lama. Dia tahu dia perlu mengenali gadis ini dengan lebig mendalam.
Rina terkejut dengan ajakan Syukri. Apatah lagi Syukri mengajaknya di depan Nani. Mukanya menjadi merah kerana malu. "Errr... Nanti saya bagitau boleh atau tidak uer, En. Syukri."
Syukri menggangguk dan berlalu pergi. Nani yang dari tadi melihat gelagat mereka, akhirnya ketawa terbahak-bahak. "Rina, Rina... hahaha... aku tak pernah tengok kau macam ni. Macamnal pengsan pon ada, macam nampak hantu pon yer... hahaha... Ooo.. kau ada rahsia dengan aku yer..."
Rina terus menampar bahu kawannya dan berjalan menuju ke pejabat belakang. Malunya bukan kepalang. Tetapi dia tahu, di sebalik perasaan malunya itu, hatinya berbunga-bunga kegembiraan yang tidak mampu dia gambarkan dengan kata-kata.
'Cinta.. hadirlah engkau tanpa keraguan.. aku tidak mahu berada dalam kekeliruan... kerana aku bimbang kiranya apa yang aku sangkakan cinta ini, hanyalah mainan perasaan.'
Bersambung...

No comments:
Post a Comment