Wednesday, February 19, 2020

Kehidupan perlu diteruskan...

Kadang-kadang kita merasakan kita telah kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita... Dalam pada kita kehilangan itu, kita masih cuba untuk mendapatkan apa yang telah hilang itu. Namun, tidak semua yang kita inginkan akan dapat kita perolehi. Sungguh kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Takdirnya pasti akan menziarahi setiap langkah kita. Benar, kadang-kala kita merasakan sangat berat untuk kita hadapinya.. Bahkan ada ketika kita merasakan seperti tiada jalan keluar melainkan kita telan keperitan dan kepahitan itu sendiri... Keadaan menjadi lebih teruk apabila kita perlu menghadapinya seorang diri kerana tidak semua masalah itu dapat dikongsikan kisahnya... Namun, tiada pilihan jua melainkan kita meneruskan kehidupan ini... Meskipun lautan api menjadi halangan, tetap perlu kita renangi... Biarpun titian berduri menjadi penghubung, tetap perlu kita redahi... Tiada guna untuk kita membiarkan diri terperangkap dalam kisah hidup yang pilu kerana masa akan tetap berlalu tanpa menunggu sesiapapun... Demikianlah melodi kehidupan insan... Tidak lepas dari ujian dan dugaan... Apapun yang kita tempuhi, sentiasa perlu bersangka-baik padaNya... Kita yakin bahawa Dia akan menunjukkan kita jalan keluar... Meskipun kita merasakan diri ini keseorangan di atas hamparan bumi yang luas, biarpun kita merasakan diri ini bukan lagi sesiapa... yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama kita....

Saturday, February 8, 2020

Noktah Akhir

Aku nekad...Telah hilang segala tenagaku. Jiwaku kini longlai... Aku perlu bangkit untuk kali terakhir. Bangkit dan pergi meninggalkan apa yang menyakitkan diri ini buat sekalian kalinya... Telahku cuba 1001 cara, tapi semuanya gagal. Yang tinggal kini hanya satu jalan... Jalan yang aku cuba hindari sejak awal lagi. Tapi demi kebahagian dan ketenangan semua, aku perlu berkorban.... Meskipun pedih, tapi aku tahu Allah akan bersamaku... Satu persatu langkah telahku mulakan.. Semoga aku di beri kekuatan untuk mengambil langkah seterusnya... Selamat tinggal... Semoga bahagia dan tenang di masa hadapan... Inilah noktah pada kisah yang lalu... Noktah akhir episod hidupku ini... Terima kasih atas pengalaman hidup ini kerana aku tau, ia akan menjadi kenangan dan pengajaran hidupku...

Thursday, February 6, 2020

Lagu - Izinkan Selamanya Namamu di Hati


Rintihan Jiwa

Terasa segala yang diusahakan dan dikorbankan semuanya telah hilang. Semuanya pergi sekelip mata meskipun yang terbina bertahun lamanya. Apa lagi yang masih ada jika segalanya telah hancur.

Alangkah indahnya jika impian menjadi kenyataan. Namun sayang, keperitan dan kepahitan yang diperolehi umpama hempedu.

Aku menulis dengan hati yang hancur. Tidak mungkin hati ini akan kembali seperti dulu. Meskipun tahun bersilih ganti, tetap hati retak seribu.

Aku mengatur langkahku dengan jiwa yang luluh. Meninggalkan apa yang pernah aku agungkan. Tiada guna aku menoleh lagi, jika diri ini tidak dihargai.

Selamat tinggal duhai hati yang pilu, semoga tenang di hari mendatang...

Pulanglah Pada Tuhan




Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah, Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
...
Begitu indah dunia siapapun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
...
Begitu indah dunia siapapun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
...
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah, Allah

Sunday, January 19, 2020

Aku Tidak Akan Putus Asa...

Aku merenung jauh melangkau sempadan, cuba mencari ketenangan di sebalik keserabutan yang melanda jiwa. Biar ribut badai melanda diri, tidak sesekali aku akan mengundur diri. Meskipun diri ini kerap terluka, aku akan membalutnya dan meneruskan perjuanganku. Biarpun harapan seolah tiada lagi, aku tidak akan menyerah diri. Aku akan terus melangkah ke hadapan kerana putus asa tiada di dalam kamus hidupku.   ðŸ¤ŸðŸŒ¹

PJ, 19 January 2020

Thursday, January 16, 2020

Sambutlah Cintaku - 9


"Assalamualaikum..." Syukri memberikan salam kepada Rina.

"Waalaikummussalam..." Rina menjawab salam dengan senyuman dan mengalihkan pandangan kepada tetamu yang memberikan salam itu. " Eh, En. Syukri... alamak... datang betul yer..." sambung Rina sambil ketawa kecil.

"Saya nak 'check-in'" kata Syukri sambil menyerahkan kad pengenalannya (IC).

Rina mengambil ICnya tanpa berkata apa-apa. Dia kelihatan tersipu-sipu malu. Pandangan Syukri tidak lepas daripada memandang Rina. 

"Saya nak bilik pakej dengan nombor telefon sekali yer. Nombor telefon tu penuh yer" Tiba-tiba Syukri bersuara. Rina yang mendengar terus tersedak. Dia ketawa besar tapi sempat menutup mulutnya.

Selesai 'check-in', dia kembalikan IC dan diserahkan bersamanya kunci bilik Syukri. Syukri mengambil keduanya tapi masih belum berganjak. Dia mengetuk meja resepsi dengan jari telunjuknya perlahan-lahan. Rina faham apa yang di nanti oleh Syukri. Dia mencapai kertas dan menulis nombor telefonnya yang kemudiannya dia serahkan kepada Syukri. Syukri menyambut kertas tersebut dan melihat untuk kepastian. Dia tidak mahu perkara sama berulang. Kali ini, dia lebih teliti. Dia menyalin nombor itu ke dalam telefon bimbit dan menekan butang 'call'. Tidak lama kemudian, nada dering Rina kedengaran. Dia sempat menjeling ke arah telefon Rina dan terpampang namanya Mohd Syukri Hassan pada skrin itu. Syukri memandang wajah manis Rina dan memberikannya senyuman. Muka Rina bertukar merah kerana menyedari Syukri tahu dia telahpun terlebih dahulu menyimpan nombornya.

"Terima kasih" Syukri terus berlalu menuju biliknya....

***

'Jika cintamu tidak terbalas, meskipun segalanya telah kau lakukan, jangan sesekali kau meratap pilu. Lepaskanlah apa yang bukan milikmu. Sesungguhnya, di sebalik rimbunan daun yang menghijau, terdapat bunga yang menanti untuk di petik. Sepertimana jutaan bintang menghiasai persada langit, pilihlah satu yang memikat hati.'

Asyraf membaca kata-kata ini berulang kali. Dia menutup aplikasi FBnya dan memejamkan mata sebentar untuk cuba mencari ketenangan yang sudahpun hilang seminggu ini. Dia sudahpun bersedia untuk melupakan perasaannya terhadap Rina. Dia sanggup mengorbankan cintanya demi persahabatan yang terbina setahun yang lalu. Sesungguhnya dia sedar, cinta itu memerlukan pengorbanan. Apalah guna cinta jika dia bertepuk tangan sebelah. Apa guna cinta, jika ada yang terseksa.

Asyraf membuka aplikasi 'Whatsapp' dan menaip mesej untuk Rina;

'Assalam Rina. Apa khabar. Rasa lama sangat kita tak berborak. Sebenarnya, saya nak mintak maaf if apa yang saya luahkan membuatkan awak tidak senang. Saya faham kiranya awak tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap saya melainkan sekadar kawan. Saya boleh menerima hakikat ini. Awak jangan risau. Yang penting, saya harap kita boleh kekal kawan seperti sebelum ini. Kerana saya sangat sayang pada persahabatan kita. Maafkan saya sekali lagi. ✌' Butang 'send' di tekan. Lama juga dia melihat mesejnya sendiri. Sedang dia membaca mesejnya, status Rina berubah ke 'online' dan 2 tik biru muncul menanda dia sudahpun membaca mesejnya.

'Rina is typing'... berdegup laju jantung Asyraf melihat Rina sedang menaip. Apalah agaknya dia akan balas.

'Wssalam. Jom jumpa hari Sabtu nanti. Kita bincang pasal benda ni 😉" Asyraf membaca jawapan Rina.

'Ok Rina. Nanti kita 'confirm'kan masa.' Jawab Asyraf. Dia berasa sedikit lega walaupun dia tidak tahu apa yang akan dikatakan Rina Sabtu nanti. Apapun, dia akan menerima keputusan Rina dengan hati terbuka dan redha.