Friday, January 3, 2014

KAWAN ATAU SAHABAT

Tulisan ini asalnya di tulis dalam FB pada 22 Mar 2013.....

Dalam gelak tawaku menonton Lawak Ke Der 2, aku tersentuh dgn penutupan sketsa Jozan yang menyanyikan lagu 'Sahabat Selamanya'. Satu soalan telah kuhadirkan ke diri sendiri, siapakah sahabatku selama 33 tahun aku hidup di dunia ini.

Sungguh, terdapat bezanya antara kawan dan sahabat..... Ramai mengharapkan mereka mempunyai ramai sahabat...tetapi malangnya yang ramai hanyalah kawan.... Entah berap...a ramai insan yang tatkala dia berkuasa, kaya dan ternama, di kelilingi dengan ramai kenalan....tetapi pada ketika tergugurnya pangkat dan jawatan, tidak ada lain melainkan hanyalah keluarganya... Sungguh begitu ramai orang yang menumpang gembira pada ketika kita memperoleh kejayaan, menepuk bahu emngucapkan tahniah. Tetapi sayang, pada ketika musibah menimpa kita, boleh dikira dengan jari berapa ramai yang datang menghulurkan bantuan. Itulah kawan...

Manakala pada ketika engkau terdampar di atas katil dek kerana sakit, ataupun pada ketika kesusahan melanda diri engkau, datang pula seseorang yang kita kenali cuba membantu, ketahuilah bahawa insan itulah sahabat engkau yang sebenarnya. Tidak ramai orang yang sanggup bersusah dan berkorban utk org yg lain. Apatah lagi jika pada ketika itu dia seorang yang senang dan bahagia.

Carilah sahabat, bukan kawan. Ini kerana setiap insan berbeza antara satu dgn yang lain...ada kekurangan, ada juga kelebihan. Kekurangan dan kelebihan pasti ada dalam setiap diri manusia itu.... Tidak ada sapa dapat melarikan diri dari hakikat ini..... Tetapi yang boleh menyempurnakan diri insan itu, adalah sahabatnya sendiri.... Sepertimana lirik lagu Sahabat Selamanya....

"Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang-renang kita ke tepian
Kita berbeda
Untuk saling mengisi
Segala kekurangan kita menjadi

Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya
Selama-lamanya setia"

Jadilah wahai kawanku, sahabatku selamanya....

Sunday, March 17, 2013

TELAH BERLALU MASA MENINGGALKAN KITA.....


Hari berganti minggu… minggu berganti bulan…bulan berganti tahun…demikianlah masa berlalu tanpa mengira siapa sahaja… yg ditinggalkan, jadilah ia sejarah dan kenangan. tidak mengira ia pahit ataupun manis, ia tetap sesuatu yg amat bernilai…… Manakala hari yang mendatang, masih menjadi tanda soal…. Yang tidak kita tahu ke mana akan ia bawa……

 

Setiap insan tidak lepas dari cengkaman masa. Semuanya dibatasi dengan ruang masa yang ada. Tiada sesiapapun dapat melepaskan diri darinya.

 

Demikianlah juga umur manusia… pada ketika kita masih kecil, tiada apa yang lebih penting melainkan dihabiskan masa dengan bermain…. Dan percayalah, setelah kita menjangkau usia tua, pasti kita akan merenung kembali masa yang telah meninggalkan kita . Pada ketika itu, timbullah penyesalan yang diiringi perkataan ‘Kalaulah….’      

 

Pada hari ini, telah berlalu setahun lagi dalam kehidupan ini…. Tidak ada apa yang lebihnya hari ini. Hanyalah hari ulang tahun kelahiran sahaja… tidaklah hari ini mempunyai kelebihan apa-apapun. Begitulah yang dilihat olehku pada apa yang sering-kali menjadi sambutan orang ramai. Manakan tidak, saban tahun pasti akan ditempuhi… ia sekadar menandakan meningkatnya umur kita setahun lagi….

 

Walaubagaimanapun, bagi yang berfikiran jauh dan juga berwawasan, hari-hari sebegini, sering dijadikan kayu ukur pada apa yang telah ditempuhi sebelum itu… Dari situ, dirancangnya untuk masa mendatang…. Itulah antara rahsia kejayaan insan-insan yang telah mengecapi apa yang mereka impikan……

 

Namun, ada satu yang lebih perlu kita renungkan lebih dari segalanya…… iaitu, apakah masa yang telah berlalu, telah kita gunakan untuk mengecapi kebahagian setelah hilangnya masa, iaitu kebahagian setelah kematian? Entah berapa ramai insan yang mengharungi kehidupan harian mereka dengan penuh kesabaran dan ketabahan, tetapi tidak sesaatpun disediakan bekalan untuk hari ‘kemudian’…. Entah berapa ramai insan yang melalui tanah perkuburan, tetapi tiada apapun yang terdetik di hati sanubarinya melainkan takutkan hantu….

 

Telah berlalu masa meninggalkan kita,……selamat datang masa yang mendatang…. Sentiasa saja masa mencemburui kita…. Tetapi jarang sekali kita mencemburui masa….

Kepada yang telah mengucapkan selamat kepada ku, terima kasih diucapkan. Semoga selamat yang diucapkan menjadi kenyataan.... Amiiinnn...

Sunday, March 3, 2013

Apakah kita menghargai masa?!!

Entah kenapa, datang pula rasa ingin menulis setelah sekian lama meninggalkan minat ini. Ditinggalkan bukan kerana bosan utk menulis lagi, tp lebih kpd masa yg cukup mengcemburui diri ini....

Masa.....cukup bernilai buat kita..... Beberapa hari lepas, sebuah radio membicarakan mengenai kajian yg mengatakan pekerja Msia tidak pandai menggunakan masa 8 jam bekerja sebaiknya (kajian diambil dr salah sebuah akhbar tempatan). Lebih teruk lagi, kajian mengatakan tidak lebih 4 jam sebenarnya kita membuat kerja dlm 8 jam sehari itu.... Jika benar kajian ini, tidak hairanlah jika kita melihat betapa ramai org yg tidak mampu memberi produktiviti sebaiknya. Benarlah manusia sentiasa di dalam kerugian (Surah AlAsr: 2).

Aku merenung diri sendiri. Aku cuba melihat diri ini dgn mata hati.... sesungguhnya terlalu byk masa telah ku buang. Sejak di alam kanak2, kemudian alam remaja, slps itu alam dewasa dan kini alam rumahtangga, tidak lepas dari berada dalam kerugian masa... Sayang... Masa pergi tanpa datang kembali... Ia pergi buat selamanya... Tetapi insan sentiasa merasakan pemergian masa itu tidak lebih dari sekadar berlalunya waktu....

10 tahun yg lalu, kita merasakan maut begitu jauh.... Kini pun, kita seakan merasakan ajal masih jauh...... Alhamdulillah, kadang-kala dicampakkan dalam sanubari ini perasaan takut utk menemuiNya dalam keadaan diri ini cukup hina.

Manakan tidak. Lihatlah disekeliling kita. Berapa ramai kita lihat, insan dewasa masih mengecapi habuan dunia tanpa mengira halal dan haram? Berapa ramai yg masih tidak segan melanggar perintahNya? Sepertimana mereka yg kita lihat, diri ini tidak jauh dari mereka. Barangkali, ada yg telah kita lakukan atau akan lakukan, lebih teruk dari apa yg kita lihat....

Semoga dijauhkan segala yg buruk dari diri kita...Amiinn...

Tuesday, July 24, 2012

Bermulanya kehidupan yang baru...

Assalamualaikum, Telah bermulanya permulaan yang baru dalam dunia kerjayaku. Takdelah dunia baru sangat pun...cuma tempat kerja yg baru... Di harap tempat yang baru ni memberi saya ruang masa untuk saya menulis dalam blog yng telah sekian lama sepi....

Thursday, August 4, 2011

A QUOTE TO REMEMBER

Leadership Quotes!
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, June 21, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 7 ^_^

Buat suami yang juga kawan, sahabat dan kekasih yang dicintai…

Maafkan ku mencuri ruanganmu. Bukan niatku nak hack tapi hanya sekadar platform untuk meluahkan sedikit catitan hati seorang wanita yang bergelar isteri buat mu selama ini.

7 tahun..nak kata baru tak juga.. nak kata lama.pun.. terasa baru…

Namun sepanjang perkenalan & perkahwinan ini, banyak liku-liku kehidupan yang kita lalui bersama. Susah senang, suka duka, perit derita jiwa & raga.. bak kata pepatah Hidup tak selalu indah kerana disitulah keindahan hidup”
alhamdulillah syukur kepada yang Esa, dapat kita harungi dan tangani bersama..atas nama cinta..

Bukan tujuan ku disini untuk mengimbau kembali perjalanan kita.. yang berlalu dijadikan pengajaran dan sempadan agar jalinan ikatan terus berkekalan..cuma ucapan terima kasih ingin ku taburkan atas ketulusan dan penghargaan yang diberikan selama ini. Semoga kasih sayang & cinta kita sentiasa mekar dan terus bercambah hari demi hari dengan tujuan yang sama…

Cinta yang dibina bukanah untuk kita berdua sahaja..ada yang lebih penting dan harus dikongsi bersama. Tuhan yang Esa telah kurniakan precious thing in the world untuk kita sayangi, belai dan didik menjadi khalifah yang berjaya duniawi and ukhrawi. Semoga kitalah hero & heroin untuk anak-anak.

Nak diikutkan, banyak lagi ingin diluahkan tapi tak terungkap dengan kata-kata & penulisan. Terima kasih sekali lagi dan ku berdoa agar aku dan hanya aku dihatimu hingga ke akhir hayat..

This song is dedicated for you

Kau masih ku cintai…sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku
Kau masih dewi hati ku…sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usar gusar…sayang…usah ragu
Aku milik mu
Cinta ku jika kau tanya pada bintang
kemilauan sinar takkan hilang
Akan kusinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu
Cinta ku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cinta ku
Hanya hati ku tahu apa mahu ku
Dan duniaku pastinya milik mu
Hingga ke akhir hayat ku…
Kau masih ku cintai…sungguh…
Dari hari pertama ku nikahi
Aku pasti…yakinnya pasti
Engkau milik ku (Awie)

Thursday, June 16, 2011

SEMINAR TO ATTEND

Published with Blogger-droid v1.6.8