Bagi yang sedang melalui dugaan, bersabarlah. Pintalah pertolongan daripadaNya. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Adil. Setiap dugaan yang diberikan kepada kita pasti ada hikmah dan ganjarannya. Jika tidak di dunia, insya Allah di kemudian hari.
Bagi mereka yang melalui hari-hari yang menggembirakan, nikmatilah hari itu dengan penuh kesyukuran. Jangan sesekali merasakan kegembiraan yang dikecapi itu datang dengan sendirinya, apatah lagi kerana usaha sendiri. Sebaliknya, kekal ingatlah bahawa semuanya dari Allah.....
Published with Blogger-droid v1.6.7